Tuesday, December 13, 2016

Bawalah Daku Pergi, Dari Gelisah Ini

Assalamualaikum semua

Dua minggu lepas, Nanie dapat perkhabaran gembira. Alhamdulillah. Kata orang tu mimpi jadi realiti gitu. Salah satu wishlist untuk awal tahun 2016 tercapai. Tu lah hebatnya kuasa "submit niat". Mula-mula macam tak percaya. Tapi setiap tahun, bila Nanie amalkan...stay focus and stay positive memang banyak benda yang baik-baik datang pada kita.





Insya Allah esok adalah harinya. Hari yang bersejarah dalam hidup Nanie. And yes, it can be my proud moment. Boleh cerita kat anak cucu tau. Ecewah. Even, masa mula-mula dapat berita ni pun.. Nanie kat ofis dah meloncat gembira. Share berita gembira ni dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan. Mereka pun tumpang gembira.

Blog Coklateyes membawa Nanie pergi 'jauh' kali ni. Pencapaian Blog Coklateyes yang memang Nanie tak sangka-sangka. Rezeki yang tak diduga. Alhamdulillah dan terima kasih pada blog sendiri. Korang semua doakan yang baik-baik ye buat Nanie. Walaupun kawan-kawan blogger yang lain dah biasa dapat sponsored trip, untuk Nanie yang pertama kali ni... heheheh besar maknanya. Lagi pula jauh ke tempat idaman semua. Memang lah gembira tak terkata.


GEMBIRA DALAM DUKA

Gitulah kan hebatnya perancangan dan rezeki Allah. Saat Nanie terima berita ni, sebenarnya Nanie tengah down dengan diri sendiri. Ada masalah "relationship" yang buatkan Nanie menangis berhari-hari jugaklah. Tapi aturan Allah berbeza. Dia beri Nanie kesedihan dan kelukaan terlebih dulu, barulah diakhirnya dia berikan kegembiraan. Proses preparation untuk trip ni buatkan Nanie lupa semua benda yang serabut dalam kepala. Lantas terus Nanie move on dengan sendirinya. See. Hebatkan Allah nak buangkan perasaan sedih kita! Syukur Alhamdulillah, sekarang Nanie boleh terima segalanya. But, don't worry. I am fine now. Insya Allah! Doakan mana tahu "tersangkut" oppa dekat sana. Haaa boleh stay terus kat situ kan. Kihkihkih.

Nanie sentiasa ingat dalam kepala. Apa sahaja yang kita inginkan, kalau kita fokus dan tanam niat dalam hati... cepat atau lambat tetap ia akan datang. Ia akan datang tepat masanya. Dimana kita telah bersedia untuk menerima. Begitu juga lah soal jodoh, rezeki dan aturan kehidupan kita.

Doakan Nanie selamat pergi dan selamat pulang. Nanti Nanie akan share lagi ye... Insya Allah. Ohhh kalau nak tahu kemana Blog Coklateyes bawa Nanie pergi, dan update terkini.... boleh FOLLOW Instagram Naniehttps://www.instagram.com/innanieariffin/





7 comments:

  1. kak nanie take care tau kat korea, tak mau sedih2 ye? have fun!!

    ReplyDelete
  2. wahh Ke Korea Ke Kita tu..selamat enjoy kat sana nanie. Take care :)

    ReplyDelete
  3. Selamat sampai dan selamat pulang. Be happy be bright be you. Dari pembaca senyap mu - Amiey =)

    ReplyDelete
  4. wah! bestnye dpt sponsor jenjalan.. have fun!

    in shaa Allah.. sabar ye.. nanti akan okay..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah berkat bersabar dan istiqomah

    ReplyDelete
  6. Whoaaa, Korean trip during winter~ Best2! Have fun dear!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork