Wednesday, December 7, 2016

Bayangkan Jika Ini Berlaku Pada Anda

Assalamualaikum semua


Pada suatu hari, kita mendapat berita yang tidak diduga...apatah lagi tanpa kehadiran suami tercinta disisi dan hanya bertemankan anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan wang yang banyak. Positif Kanser Payudara Tahap 1 telah membuatkan Puan Hasmah bergelumang dalam kesedihan...dia terduduk. Sedih dan murung. Hanya merenung mata anak-anaknya... dan tidak tahu bagaimana dia perlu mencari kekuatan terutama dalam kewangan. Bayangkanlah jika perkara itu berlaku pada kita... 



Hidup kita selalu diuji. Setiap manusia ujiannya berbeza. Ujian inilah yang menyebabkan kita perlu sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Menghargai setiap kurniaan-Nya dan jangan mensia-siakan walau sesaat. Ada orang diuji dengan wang ringgit, ada yang diuji dengan harta dan kekayaan, tak kurang juga yang diuji dengan sakit, musibah, dan pelbagai lagi dugaan. Yang penting, tetapkanlah iman dan jangan sekali-kali mengalah apabila diuji oleh Tuhan. Cerita yang bakal Nanie coretkan disini adalah cerita seorang wanita biasa, tapi hakikatnya... dia seorang yang luar biasa.

Puan Hasmah Bt Mohamed Baki adalah seorang ibu tunggal sejak kematian suaminya pada tahun 2008. Kehilangan suaminya menjadikan dia hilang punca dan dengan kudrat yang ada membesarkan tiga orang anaknya yang masih lagi kecil dan sedang belajar. Bukan mudah menongkat keluarga dengan kudrat seorang wanita. Banyak halangan yang perlu dilalui.

Ujian kehilangan seorang suami tidak tamat di situ. Kali ini, ujian buat dirinya sendiri. Pada 2011, dia mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan payudaranya. Seperti membengkak. Terus cepat-cepat dia buat pemeriksaan di Hospital Pantai, Ipoh. Doktor memberitahu terdapat beberapa ketulan cyst pada kedua-dua payudaranya dan menasihatkannya untuk membuang ketulan tersebut. Dia bersyukur kerana ia bukannya kanser. Namun...

Bersama memberi inspirasi untuk wanita senasibnya 

Langit tidak selamanya cerah. Pada bulan Mei 2013, berita buruk yang menjadi kengerian seluruh keluarga Puan Hasmah rupanya menjadi realiti. Dia disahkan menghidap kanser payudara tahap pertama. Walaupun tahap pertama, tapi kanser itu terlalu cepat merebak dan membesar.

Aduhai. Hati siapa yang tak luluh bila mendapat berita sedih begitu. Semangatnya kuat. Demi anak-anak tercinta. Dia yang bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan dan menanggung tiga orang anaknya yang belajar, meneruskan rawatan untuk kanser payudaranya itu. Namun, kosnya bukan sedikit. Habis segala wang simpannya itu sehinggakan dia buntu. Tak tahu mana lagi nak dituju bagi mendapatkan sumber kewangan.

Dari situlah doktornya menyarankan Puan Hasmah untuk memohon dana dari Khazanah-IHH Healthcare Fund. Dan berita gembira mula kedengaran... bersama dengan harapan buat keluarga Puan Hasmah.


APA ITU KHAZANAH-IHH HEALTHCARE FUND?



KHAZANAH-IHH HEALTHCARE FUND dilancarkan pada tahun 2012 dan merupakan satu dana yang mewakili Khazanah Malaysia Berhad (Khazanah) dan IHH Healthcare Berhad (IHH). Berperanan dalam memberi bantuan dan sokongan kepada masyarakat yang memerlukan, mereka bersatu dengan memberikan dana bagi pesakit yang memerlukan rawatan medical berterusan tidak kira sama ada di Malaysia, Singapura mahupun Turki. Pesakit yang layak akan menerima dana secara penuh atau sebahagian.

Sebanya RM 50 juta telah diperuntukkan untuk Khazanah-IHH Healthcare Fund bagi tempoh 5 tahun ini sehingga tahun 2017. Sebanyak 70% dana iaitu kira-kira RM 35juta telah diberikan untuk kegunaan pesakit di Malaysia manakala selebihnya sebanyak 30% adalah untuk pesakit di Singapura dan Turki. Sehingga kini, seramai kira-kira 1000 pesakit telah mendapat manfaat daripada dana ini.

Dengan hala tuju "Restoring Health, Changing Lives", Khazanah-IHH Healthcare Fund memberi sinar harapan kepada ramai orang di luar sana. Kos rawatan pada hari ini mencecah beratus-ratus ribu hinggakan kita sendiri rasa terbeban dan tak mampu untuk menanggungnya. Namun, dengan adanya dana sebegini, sedikit sebanyak ia meringankan bebanan pesakit dan keluarga mereka.

Kini, Puan Hasmah telah bersara dan menjadi Kumpulan Sokongan Barah Payudara Perak

Berbalik pada kisah Puan Hasmah. Alhamdulillah permohonannya untuk mendapatkan dana dari Khazanah-IHH Healthcare Fund diluluskan dan berjaya. Sinar harapan untuknya meneruskan kehidupan melihat anak-anak berjaya mula terang kembali. Dengan dana bantuan yang sewajarnya, beliau meneruskan pembedahan dan menjalani rawatan terapi sehingga 30 kali. Dana itu diguna dengan sebaiknya disamping kekuatan dan ketabahan Puan Hasmah melawan penyakit kanser.

Kini, Alhamdulillah. Puan Hasmah telah bersara dan menghabiskan masa bersama keluarganya. Beliau yang berusia 57 tahun kini, sangat berterima kasih kepada Khazanah-IHH Healthcare Fund atas bantuan yang diberikan. Atas dasar pengalamannya melawan kanser, Puan Hasma kini memberikan sokongan dan perhatiannya sebagai Kumpulan Sokongan Barah Payudara Perak kerana beliau ingin memberi sumbangan nasihat serta inspirasi untuk mereka yang senasib dengannya.



Usaha dari Khazanah-IHH Healthcare Fund sebegini amat murni dan merupakan satu cara terbaik dalam memberi manfaat kepada masyarakat. Mereka yang diuji dengan penyakit memerlukan sokongan moral dan kewangan yang tinggi daripada orang sekeliling. Mudah-mudahan, dengan bantuan sebegini menjadikan kita masyarakat yang saling sayang menyayang dan sentiasa saling membantu.

Untuk maklumat lanjut serta permohonan dana, boleh klik link di bawah :



Website : 





4 comments:

  1. Apa2 pun semua tak boleh diduga.

    ReplyDelete
  2. Sedih baca..bertambah sebak bila melihat gambar senyuman mereka. Dugaan bukan sedikit tapi masih mampu bertahan.

    ReplyDelete
  3. Sekarang memang kena bijak dan banyak berdoa itu pun satu. kalau boleh tak nak ada pape yang tak baik berlaku tapi semua urusan Allah jadi kena bersedia lah kot dengan cara memasing...

    ReplyDelete
  4. menakutkan ni..buat terapi pun sampai 30 kali. Pesakit kanser memang perlukan sokongan dari mana-mana pihak untuk teruskan hidup.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork