Friday, December 2, 2016

Cara Jimat Beli Beauty Product Korea : Althea Beauty Box

Assalamualaikum semua

Nanie selalu dapat soalan... Kak Nanie kita nak beli makeup, tapi semua mahal-mahal. Tak mampu lah. Alaaa cemana.. cemana???

Kak Nanie yang baik hati ni pun kesian kat pembaca-pembaca semua. Nak bantu, Kak Nanie pun bukan jutawan.. hehehehe tapi, Kak Nanie ada idea....





Nah.........ini dia ALTHEA BEAUTY BOX!!!! 

Althea Box



ALTHEA BEAUTY BOX adalah satu box yang penuh dengan keriangan dan kegembiraan. Konsep dia mudah je. Setiap bulan, Althea akan lancarkan 2 jenis beauty boxes iaitu Althea Boxes dan Trend Boxes. Althea Boxes adalah mengikut tema-tema kecantikan tertentu. So, dalam Althea Boxes tu akan diletakkan produk kecantikan yang terkini di pasaran. Manakala Trend Boxes pulak adalah Hot Products tak kira daripada brand terkini atau sedia ada... dan kebiasaannya adalah berdasarkan beauty trends di Korea.



Nanie paling suka beauty box macam ni tak ada lain lah alasan dia, dah semestinya disebabkan dapat JIMAT BANYAAAAAAAAAAAAAAK sangat!!! Seriously! Kalau korang pernah mengikut trend Beauty Box, tak banyak beauty box yang worth the price lah. Asyik-asyik bagi sample. Rasa tak berbaloi. Tapi dengan Althea Box & Trend Box banyak sangat kelebihannya tau!


Korang bayangkanlah, satu kotak Althea Box tu ada 6-12 full size product yang harganya memang lebih mahal sehingga hampir RM 400++ sekarang bila dengan Althea Box & Trend Box harganya jauh lebih murah. Jimat banyak, dapat pun banyak. Memang seronok lah. Sapa tak suka kan part berjimat. Cantik dapat, jimat pun dapat. 😁

Photo Credit : http://beautybyrah.blogspot.my/2016/11/unboxing-cute-box-2-from-althea-korea.html


Nanie pun selalu baca review-review peminat Althea. Amboi, kemain semua happy tau bila dapat box masing-masing. Semuanya diluar expectation mereka. Dahlah dapat full size, dapat pulak bukan 1-2 jenis. Berbaloi habis lah. Mesti seronok kan!!!

Photo Credit : http://www.sabbyprue.com/2016/11/beauty-unboxing-althea-cute-box.html


Lupa Nanie nak bagitau, salah satu yang buat Nanie tambah tambah suka dengan Althea Box & Trendy Box adalah TAK PERLU SUBSCRIBE! Yes, sesetengah beauty box dulu-dulu memang korang kena subscribe for 6-12 months. Jadi dah membazir duit tambah pulak jika bulan tu produknya tak best. Tapi...tidak di Althea. Mereka adalah Free Subscription. So konsepnya, if bulan tu korang suka dengan produk dalam Althea Box, just beli bulan tu je lah. Tak perlu membazir.

Untuk bulan ni, tema mereka adalah Year End Party Box. Yang ini katanya dah SOLD OUT. So boleh tengok je lah ye. Memang awesome. Memang cun. Dan sangat sesuai dengan holiday collection. Nanie suka...




Geram je Nanie tengok box dari Althea ni. Dahlah comel, cantik dan selamat je packaging serta penghantaran mereka. So, kalau korang rasa nak sesuatu yang jimat, nak yang cantik, dan paling penting sesuai dengan mode semasa... apa kata korang spend sikit beli produk direct melalui Althea Beauty Box dan Althea Trendy Box. Nanie yakin, semakin meriah lah tema-tema akan datang dari Althea tau.

Untuk maklumat lanjut, klik link dibawah :

Website

Facebook 



4 comments:

  1. syok tengok barang makeup kat althea ni.macam nak grab semua je

    ReplyDelete
  2. geram je..eee..haha..tapi kita nak cari concealer dengan berus je sekrang

    ReplyDelete
  3. nak beli tapi tak beli-beli lagi.. Teringin nak dapat sekotak Althea tu..huhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork