Monday, December 5, 2016

Disney X THE FACE SHOP Cushion Limited Edition

Assalamualaikum semua

THE FACE SHOP telah berkolaborasi bersama Disney dan menampilkan karakter kartun kegemaran ramai yang comel-comel belaka. Geram je Nanie tengok satu-satu. Disebabkan kolaborasi ini, maka BB & CC Cushion dari THE FACE SHOP ini adalah Limited Edition. 





Nanie memang pengguna CC Cushion daripada THE FACE SHOP. Tambah pulak bila ada Special Edition Collaboration dengan karakter Disney macam ni. Lagi lah Nanie suka. Ye lah terus teringat zaman kecik-kecik Nanie. Memang suka tengok Disney Channel. Sapa tak suka kan? Selain daripada BB & CC Cushion, terdapat juga eye shadow pallete dan lip tint dalam kolaborasi ini. 


Untuk Nanie yang suka benda-benda comel ni kan, packaging untuk kolaborasi bersama Disney ni memang win! Terdapat tiga karakter yang dipilih untuk menjadi ikon kolaborasi iaitu :

1. Mickey Mouse - all time favourite cartoon! 
2. Winnie The Pooh - yang gebu comel perut dia tu...
3. Mike Wazowski dari Monster Inc. - kawan baik yang paling setia! 

Ketiga-tiga karakter ini dipilih kerana sifat mereka yang menjadi tauladan yang baik kepada semua. Malahan, ketiganya juga comel-comel belaka. Meh Nanie tunjukkan BB & CC Cushion nya ye.


BB POWER PERFECTION CUSHION SPF50+ PA+++
HARGA : RM 112.25 (inc. GST) 
SAIZ : 15g 



Nanie percaya dalam banyak-banyak Mickey Mouse memang kegemaran ramai. Samalah macam Nanie. Bersama THE FACE SHOP, Mickey Mouse dijadikan cover casing untuk BB Power Perfection Cushion. Casingnya yang bewarna hitam dengan menampilkan wajah Mickey Mouse yang 2-D menjadikan ia sangat eksklusif. Ditambah pula dengan sponge yang bewarna hitam dan kemasan tali merah. Lagilah buat Nanie geram sangat-sangat.



THE FACE SHOP BB Power Perfection Cushion ini dilengkapi dengan SPF 50+++ PA+++ menjadikan ia sesuai untuk menjadi perlindungan kepada kulit daripada sinaran UV matahari terik. Ia turut dilengkapi dengan Vita Skin Complex yang merupakan agen penghasilan kolagen dan memberikan kegebuan pada kulit wajah selepas digunakan.




Tak kurang juga, ia turut memberikan manfaat sebagai anti-wrinkles dan pencerahan. Terdapat juga Omega-3 didalam THE FACE SHOP BB Power Perfection Cushion ini yang berperanan memberi kelembapan sempurna pada kulit wajah. Dari segi litupannya pula, BB Power Perfection memberikan impak yang tahan lama walaupun selepas 8-10 jam. Tidak berminyak dan blend dengan sangat baik untuk tona kulit orang Asia. 



CC COOLING CUSHION SPF42 PA+++
HARGA : RM 112.25 (inc. GST) 
SAIZ : 15g 



Pilihan yang kedua pula adalah Winnie The Pooh. Yang ini juga tak kurang comelnya. Ditambah pulak dengan kombinasi warna kuning dan merah. Cushion casenya nampak sangat comel dan memang menarik mata. Bagi kolaborasi bersama Winnie The Pooh ini, ia adalah CC Cooling Cushion. Kenapa cooling ye? 


Cooling Cushion bermakna, ia memberikan cooling sensation selepas penggunaan. Cooling sensation berperanan dalam mengurangkan garis halus, mencerahkan dan melindungi dari sinaran UV.  Ia turut dilengkapi dengan SPF42 PA+++ yang mana menurut kajian dapat melitupi hampir 98% kulit wajah dari sinaran UVA & UVB.


Bukan itu sahaja, ia turut membantu mengekalkan kelembapan wajah kerana mengandungi Hyaluronic Acid dan Skin-like Ceramide yang merupakan agen pelembapan yang terbaik. THE FACE SHOP Cooling Cushion juga mengandungi Flower Essential Formula yang dapat memberikan kesegaran berpanjangan dan membantu dalam menghasilkan sel kulit baru yang cantik.




Ada lagi yang menarik tau. Selain daripada bahan-bahan tadi, CC Cushion ini turut mengandungi beberapa bahan eksklusif  iaitu Snow Oil, Birch Tree dan Flower Water. Bahan ini diformulasi dengan baik agar dapat memberikan litupan sempurna dan mudah untuk diratakan bersesuaian dengan tona kulit setiap orang. Selepas Nanie gunakan THE FACE SHOP CC Cushion, memang rasa lembap, sejuk dan selesa!



CC LONG LASTING CUSHION SPF50 PA+++
HARGA : RM 112.25 (inc. GST) 
SAIZ : 15g 


Bagi siri Mike Wazowski pula, THE FACE SHOP CC Long Lasting Cushion ini adalah berfungsi dalam melitupi pori terbuka, tidak kira kecil atau besar serta mampu melembutkan kulit wajah. Dengan formulasi tidak melekit dan mudah disesuaikan dengan semua jenis tona dan dengan semua jenis kulit, THE FACE SHOP CC Long Lasting Cushion dapat bertahan lama walaupun kita berpeluh serta paling penting dapat meminimumkan kilauan muka akibat minyak dan memberikan kesegaran berterusan. 


Paling menarik, ianya turut diformulasi dengan bahan semulajadi pelembap wajah iaitu Biosaccharide Gum-1 yang mana menjadikan kulit nampak sihat serta lembap. Untuk CC Long Lasting Cushion ini, turut memperkenalkan Skin-Fitting System Technology yang mampu membuatkan wajah tidak bercapuk atau makeup kelihatan 'cakey' selepas menggunakannya dan memberi efek kesegaran kekal. 



Selepas penggunaan, kulit terasa sangat lembut dan licin kerana ia mempunyai "blurring effects" yang membuatkan kulit wajah tampak mulus, dan flawless. Ianya sangat bagus bagi melindungi kulit wajah terutama bagi mereka yang ingin menggunakannya untuk jangka masa panjang. 



Salah satu perkara yang Nanie suka, bagi THE FACE SHOP CC Long Lasting Cushion ni, litupannya bersesuaian (low-medium coverage) untuk melindungi  parut dan sebarang kemerahan (irritation) pada wajah. Nanie hanya perlu dab-kan di kawasan yang  bermasalah dan biarkan untuk beberapa saat agar ia menyerap dan blend dengan tona kulit. Selepas itu, hasilnya sangat menakjubkan.


PILIHAN NANIE? 



Secara keseluruhan Nanie suka dengan ketiga-tiganya. Masing-masing ada kelebihan tersendiri dan ikut kepada kesesuaian serta concern kulit masing-masing. Untuk pilihan Nanie, THE FACE SHOP CC Cooling Cushion (Winnie The Pooh). Ianya bersesuaian dengan kehendak kulit Nanie - lebih kepada moisturizing dan anti-aging. Sebab kulit Nanie sekarang combination - dry. Jadi lagi sesuai yang berikan kelembapan yang perfect kan!

 Dibawah ni Nanie bagi conclusion ikut mana satu kesesuaian korang ye :

  • BB POWER PERFECTION CUSHION (Mickey Mouse) - sesuai untuk mereka yang mahukap litupan & perlindungan menyeluruh. Tahan lama & sesuai untuk outdoor activity, 
  • CC COOLING CUSHION (Winnie The Pooh) - bagi mereka yang inginkan kesegaran, serta untuk penjagaan kulit wajah anti-aging yang dapat cover garis halus 
  • CC LONG LASTING CUSHION (Mike Wazowski) - untuk wanita yang mahukan perlindungan dari parut, namun tetap memberikan kesegaran serta kelembapan kulit wajah




Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah :

Facebook 

Website 

Instagram


10 comments:

  1. hi innanie, masih ingat lagi tak intan wandalaara 3thn dulu.. i'm back now! sejak url .my hilang dulu. hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye!!! ingat ingatttt.... laaa ye ke URL hilang... welcome back...

      Delete
  2. Comel kak nanie.. pika suka mickey mouse tuu.. packaging dia superbbb. Next nak try yg monsta inc pulak laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kakak memang comel.... try lah yg monsta inc pun cute!

      Delete
  3. Replies
    1. hehehhe boleh je nak jadikan mainan anak-anak. sebab cartoon comel.

      Delete
  4. Problem is, darker shades memang tak ada dengan cushion foundation macam nie...
    -Hari

    ReplyDelete
  5. Comelnyaaa! Kalau dapat ni sayang nak guna..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork