Wednesday, December 28, 2016

Pembukaan Rasmi THEFACESHOP Flagship Store di Pavilion, Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua

Beberapa minggu lepas Nanie dijemput untuk menghadiri Majlis Pembukaan THEFACESHOP 5th Generation Flagship Store di Pavilion, Kuala Lumpur. Untuk Flagship Store kali ini, THEFACESHOP membawakan kelainan yang menarik terhadap penataan gaya butik mereka yang lebih mesra pengguna dan segar! 





Gaya penataan yang segar dan menarik ini membuatkan Nanie sebagai pelanggan mereka rasa selesa dan senang untuk membeli belah di THEFACESHOP Pavilion, Kuala Lumpur. Ia secara tidak langsung memaparkan philosophy THEFACESHOP yang mahu mengetengahkan penggunaan sumber semulajadi sebagai aspek utama produk mereka. 




Bila Nanie jalan-jalan di sekitar flagship store THEFACESHOP ni, Nanie suka dengan gaya klasik tapi sofistikated yang mereka tampilkan. Di bahagian kosmetik, terdapat cermin yang panjang beserta tester section yang memudahkan pengguna untuk mencuba produk terlebih dahulu sebelum membeli. 




Begitu juga di bahagian skincare section. Semuanya disediakan tester. Dengan cara ini, pengguna dapat memastikan kesesuaian, tesktur, bau dan features produk THEFACESHOP yang bersesuaian dengan kulit dan diri mereka sendiri. Pengalaman 'on-hand' sebegini memberikan keyakinan yang tinggi buat peminat THEFACESHOP seperti Nanie.














Selain daripada itu, terdapat juga section untuk BEST ITEM. Disini, segala produk yang menjadi HOT SELLING & Pilihan No.1 Pengguna THEFACESHOP akan dipamerkan. Ia membolehkan pengguna mengetahui trend terkini dan produk-produk yang mendapat sambutan agar mereka boleh mencuba sekaligus mendapatkan produk ini. 



Terdapat juga section HIGHLIGHT PRODUCT yang menjadi main centre bagi Flagship Store ini. Diletakkan di hadapan pintu masuk, ia membuatkan pengguna dapat meneliti produk terbaru mereka beserta mencuba sendiri menggunakannya. Contohnya waktu tu, highlight produk THEFACESHOP adalah Disney Cushion, jadi mereka letakkanlah sample dan pilihan kepada pengguna. Kalau korang nak baca review Nanie berkaitan Disney Cushion X THEFACESHOP, boleh klik link ini : http://www.coklateyes.my/2016/12/disney-x-face-shop-cushion-limited.html





Satu pembaharuan yang dibawa THEFACESHOP ke Flagship Store mereka adalah khidmat Skin Analysis dan Personal Consultation. Nanie pun suka section ni. Yelah, kita kalau nak beli skincare, perkara pertama yang kita lakukan adalah kena tahu skin condition dan skin type kita. Jadi pada mereka yang tak tahu kulit jenis apa atau mungkin tak tahu produk bagaimana yang sesuai dengan kulit mereka, haaaa dialukan sangat datang ke THEFACESHOP Flagship Store di Pavilion Kuala Lumpur ni. 





Hari tu Nanie buat juga Skin Analysis... Alhamdulillah syukur banyak-banyak sebab kulit Nanie tak ada banyak masalah besar. Nanie cuma ada sedikit kulit kering dan pori terbuka. Paling best, kulit Nanie adalah 100% bebas jerawat dan parut jerawat. Kelembapan kulit Nanie pun ok. Maintain dan supple. Yeay! :) 




Jadi, Nanie memang alu-alukan anda semua untuk datang ke Flagship Store THEFACESHOP di Pavilion, Kuala Lumpur ini. Selain boleh membeli belah produk mereka, pengalaman untuk skin analysis dan private consultation tu memang berbaloi. Jom, datang ye! 

Untuk maklumat lanjut & alamat, seperti dibawah ini : 

Website: 

Facebook Page: 

Instagram:


Alamat : 
THEFACESHOP Flagship Store
Lot 4.52.01, Level 4
(near to Padini Concept Store)
Pavilion Kuala Lumpur,
168, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.


*Nanie akan continue dengan Seoul Journey with THEFACESHOP untuk entry seterusnya ye! Nantikan.... 



No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork