Monday, December 19, 2016

Pengalaman Ke Seoul, Korea Bersama THEFACESHOP Bermula!

Assalamualaikum semua 

Alahai rindunya kat Blog Coklateyes kesayangan Nanie ni. Macam dah lama je tak jenguk dia kan. Sihat ke tak, berhabuk ke tak. Alhamdulillah page view masih maintain. Ada drop sikit sebab tak update kan. Walau apa pun, mari kita menuju tahun baru dengan gembira terutama setelah pulang dari Seoul, Korea Selatan ni. Kenangan yang cukup manis buat seorang blogger biasa seperti Nanie. Alhamdulillah segala puji atas nikmat dan rezeki Allah.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing




Alhamdulillah, Nanie dah pulang marilah pulang dari Seoul, Korea Selatan  ke Malaysia pada Sabtu lepas. Semuanya berjalan lancar walaupun hati ada sedikit lara. Kalau masih ingat entry Nanie sebelum pergi, boleh baca di sini : http://www.coklateyes.my/2016/12/bawalah-daku-pergi-dari-gelisah-ini.html. Takpe, kita maintain senyum je. Setiap kedukaan atau kesedihan, Insya Allah akan diberikan kegembiraan kan. Langit tak selamanya mendung. ☺

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Fuh cerita pasal Seoul, memang confirm buat Nanie senyum ear-to-ear tau! Satu penghormatan terbesar dan peluang keemasan untuk Nanie dan semestinya Blog Coklateyes ni. Banyak yang Nanie belajar dan Insya Allah Nanie akan rakamkan perjalanan Blog Coklateyes X THEFACESHOP di sini. Satu per satu Nanie akan cerita. 


Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, shoes and outdoor

Image may contain: sky, twilight and outdoor

Hopefully korang excited lah sebagaimana Nanie sendiri excited. Seronok bila jalan tempat orang. Timba pengalaman, tengok cara hidup orang dan paling penting tengok bandar orang. Oh ye, Nanie juga akan reveal NEW PRODUCT dari THEFACESHOP untuk tahun 2017!

Tunggu ye, dalam masa terdekat Nanie akan update. Insya Allah.

4 comments:

  1. seronoknya dapat jelajah tempat orang kan..

    ReplyDelete
  2. Wow, bestnya dapat pergi ke Korea. :D

    ReplyDelete
  3. alaaaa besh nya die dapat jalan2... :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork