Friday, December 9, 2016

Pengasas Produk Kecantikan Ini Berkongsi Pengalaman "Beauty Is All About Pain"

Assalamualaikum semua 

Nanie kan paling suka jumpa orang. Terutama kalau kawan-kawan blogger tau. Sebab dia punya perasaan dan minat yang sama tu buatkan kita tak rasa kekok untuk berbual. Tapi kan, kali ni Nanie blind date dengan sorang blogger dan kawannya ni... seriously Nanie rasa insecure sangat-sangat. Balik tu macam termenung kejap lah ke luar jendela... mesti korang nak tahu kan siapakah gerangannya? 

Dorang dah janji agaknya pakai baju hitam putih. Kak Su yang pakai necklace merah tu &
Kak Anny yang sebelah lagi. 



FOLLOW DARI TAHUN 2010 

Ni lah dia blogger kak Suraya Sulatin dari Blog Choyaya Secret Garden ➡https://surayasulatin.blogspot.my/. Kak Su ni, Nanie memang dah lama follow dan tahu kisah-kisah Kak Su sebab dulu masa awal-awal Nanie berblog, lebih kurang tahun 2010 macam tu, Kak Su selalu muncul di blog Cik Puan Bunga ➡http://www.cikpuanbunga.com/. Seorang guru yang duduk di Batu Pahat dan sekarang sedang berpantang hero kedua! Nanie dengan Cik Puan Bunga agak rapat dan 2-3 kali jugaklah kami jumpa sampai pernah sekali hantar munjung raya ke rumah. Gigih kan? Demi kasih sayang katanya...

Berbalik pada cerita Kak Su... kalau korang nak tahu, Kak Su dan Kak Anny ni adalah pengasas kepada AnneSuraya Skincare. Haa.. jangan korang buat-buat lupa ye. AnneSuraya Skin Care yang kotak purple cantik-cantik dengan formulasi Intensive Cream yang hebat tu.  Panjang lebar Nanie cerita semua dalam dua entry sebelum ni. Mana-mana yang belum sempat baca, Nanie nak paksa korang baca :

1. http://www.coklateyes.my/2016/11/review-annesuraya-skincare-set.html
2. http://www.coklateyes.my/2016/11/perempuan-sangat-takut-bila-kulit-wajah.html

Nanie janji dengan Kak Su untuk lunch sama-sama. Ad hoc gila planningnya. Malam sebelum whatsapp-whatsapp tiba-tiba Kak Su ajak jumpa. Ehhh kita ni, pantang dipelawa! Apa lagi terus je set masa dan tempat dengan Kak Su. Nasib baik Kak Su seorang yang memahami, nak jugak dia datang ke Setapak ni jumpa Nanie.


SEBIJIK MACAM ANAK DARA

Dari jauh Nanie nampak seorang gadis sunti berpakaian korporat tau. Nanie tengok.. Eh Kak Su lah. Masya Allah.... apasal cantik sangat ni. Serius tau. Kalau Nanie tak kenal Kak Su, Nanie memang bajet kak Su ibarat lepasan SPM. Tapi padahal dah  ada si Sheindong, anak sorang tu. Nani mati-mati ingat Kak Su gadis sunti. Baru nak ngorat. Kehkehkeh. Dah bersalam cium peluk semua, kiteorang pun terus lunch sesama. Masa ni Kak Anny belum sampai. Tak lama dalam 5 minit lepas tu baru Kak Anny sampai.

Masa Kak Anny sampai, Nanie lagilah macam nak pengsan. Terbeliak gak tengok. Kulit dia cantik, putih melepak disimbahi Nur. Dengan gaya ala datin, wah wah wah... memang kagum. Wei apasal semua orang lawa-lawa wei? Aku salah masuk kumpulan ni. Apasal aku sorang yang tak semenggah ni? Dah mula dah rasa nak sorok muka. Kalau tadi Kak Su ala-ala gadis sunti, yang ni ala-ala adik manis umur 19 tahun wei! Serius dua-dua ni lawa-lawa. Ok, takpe. Since ini kali pertama kita berjumpa, kita kenal-kenal dulu.


KITA IKAN BILIS JE! 

Kak Su terus ligat menekan ipad order makanan. Sambil tu mulut dia pok-pek-pok-pek bercakap. Macam dah sepuluh tahun kenal. Gitulah blogger, kau tak payah nak segan-segan. Kau jumpa je, confirm tak kekok. Sebab blogger semua kan easy to mingle and easy to social! Pertama sekali kak Su jumpa kita dan-dan dia puji kulit kita. Iols malu terus tau! Hahahahaha. Tak adalah lawa mana. Sekadar simbahan cahaya terang benderang je tu kakak. Macam-macam jugak Kak Su tanya, skill amek gambar lah, skill tulis entry lah.

Ya Allah segan woi. Kak Su tu lagi lah power. Dah lah geng-geng bloggerati kan. Lagilah power. Kita ni ikan bilis je Kak Su. Tak ada apa yang menarik lagi nak dibanggakan. Cewah! Nanie cuba sehumble mungkin.


Kalau korang nak tahu, empunya nama Suraya Sulatin ni - blog dia memang best wei! Power tahap kau boleh addict lah. Bercerita mengenai kehidupan dia yang fabulous tapi masih lagi humble tahap gadis Melayu, korang WAJIB TERJAH DATANG BERTUGU BERTANGGA di blog  ➡https://surayasulatin.blogspot.my/ ni. Cerita pasal makan dia win! Kau kalau tengok Kak Su makan memang kau tergoda. Tapi setelah kau melihat solidnya si Suraya Sulatin. Pasti kau akan rasa cemburu ye. Nanie terusan insecure di penjuru meja! Hahahaha.


Kak Su cerita macam-macam dengan Nanie. Dengan cara diet, tips-tips paksa cantiknya lagi. Ya Allah memang berbaloi lah duduk sejam dengan kak Su. Tu pun rasa tak puas. Banyak sangat Nanie nak korek lagi dari dia ni. Sebab apa? Sebab kakak Suraya ini bukan calang-calang orangnya.

Next, cerita Kak Anne pulak...


TRANSFORM DIRI JADI CANTIK

Masya Allah ini pun satu lagi kakak cantik + baik. Satu pakej lengkap. Nanie tak pernah kenal Kak Anne ni. Tapi dia punya manja mengada-ngada dengan Nanie ehhhh macam kakak-adik gitu tau. Nanie tahu dia geram dengan Nanie sebab tak habis duk pukul-pukul lengan gebu sambil lentok-lentok kepala. *itulah fungsi plussize, jadi plushie toys tau!*


Kak Anne ni pulak, cerita pasal beauty gak dengan Nanie. Bermula dari strategi bisnes & blog sampailah kepada the struggle life of being beauty! Haaa gitu tajuknya. Iye beb. Kalau korang dengan Kak Anne bercerita macam mana dia TRANSFORM DIRI DIA JADI CANTIK, kompem ye korang teringat "Beauty is all about pain!". Kak Anne ni lah sebenarnya pengkritik hebat kak Su sampai dia jadi cantik macam ni.

Kak Anne pesan, kalau nak diet... ada banyak cara. Yang penting kena ada sparing partner yang condemn dan brain wash kita hari-hari. Kena tahu target dan aim kita. Kalau nak berat sekian sekian, dengan cara macam mana pun kena dapatkan jugak. Proses untuk jadi cantik memang sakit beb. Kak Anne cakap, yang penting displin , motivasi dan hati kena kental.



Adalah dalam satu entry kat blog Kak Su ➡https://surayasulatin.blogspot.my/2016/10/dari-jendela-anny-gambar-lama-yang-seram.html#more mereka ni share "wajah scary" mereka berdua. Memang scary wokeh! Bila Nanie jumpa depan-depan memang kebabom cantik dua-dua. Lain betul dulu dengan sekarang. Kak Anny selalu pesan, semua orang ni cantik. Cuma usaha dan effort kita nak nampak cantik tu yang lain-lain. Kita sendiri yang tentukan. Deep wokeh! Tak jadi Nanie nak telah Sushi. Hahahahah! 




Seronok sangat jumpa dua kakak cantik pengasas AnneSuraya Skincare ni. Bukan senang ye nak jumpa founder turun padang jumpa kita. Yang jenis humble relax je. Berkongsi macam-macam tips, bercerita macam kakak dengan adik. Walaupun first time je jumpa padahal.



Last but not least, terima kasih banyak-banyak pada Kak Su dan Kak Anne sebab buatkan Nanie lebih bermotivasi. Betul, nak cantik kena ada effort. Segala tips, dorongan serta "cacian" yang diberikan Nanie memang simpan. Nak jadi pembakar semangat katanya kan. Mana tahu gambar dengan Kak Su dan Kak Anne ni jadi gambar Before Nanie. Haaa tak ke meletop tu.



Pada semua pembaca blog Nanie yang nak cantik, nak tips cantik, nak tahu pasal skincare, health and beauty tips atau macam mana TIPS TRANSFORMASI gadis sunti dua orang ini, boleh lah datang ke blog Kak Su. Kalau tak korang follow je IG mereka. Confirm ye... macam-macam input yang korang dapat. Bukan untuk cantik je, family and parenting tips pun ada. Bagus woh! Ingat ye, semua orang cantik. And yes beauty is all about pain.



BLOG 


INSTAGRAM 




4 comments:

  1. Tetiba kan rasa macam dicurangi pulak oleh Kak Sue and awak. Huaaaaaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan laaaaaaaaaaaaaaaaaaa. I tetap sayang U ok baby?
      Selamat Berpantang

      Delete
  2. bestnya jumpa orang cantik. Nanie pun cantik..tapi tak jumpa² lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang cantik. kulit tu mulus je... Tinggi orangnya.

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork