Saturday, December 3, 2016

THE FACE SHOP The Therapy : Anti-Aging Formula dengan Thalassotherapy Essential Water

Assalamualaikum semua

Saban hari selain daripada usia kita meningkat, sebenarnya tubuh badan kita - setiap sel juga mengalami unsur-unsur penuaan. Proses penuaan ini menyebabkan penurunan proses alami kulit yang menjadikannya kelihatan tidak bermaya dan adakalanya tidak sihat sama sekali. Ramai antara kita berfikir, proses penuaan hanya bermula lewat 30-an dan  40-an, namun jangan terkejut... hakikatnya proses penuaan boleh bermula seawal usia akhir 20-an. Dan sekarang Nanie berusia 27 tahun... makanya, proses penuaan itu telah bermula.




Disebabkan itulah bila THE FACE SHOP keluarkan The Therapy Anti-Aging Formula dengan formulasi terkini yang lebih berkesan, lebih power dan lebih berkualiti... Nanie memang seronok nak mencubanya! 


Sebab tu lah Nanie dah mula cari sesuatu untuk 'berperang' dengan penuaan. Dan Alhamdulillah baru ni Nanie cuba THE FACE SHOP The Therapy Anti-Aging Formula. Rangkaian THE FACE SHOP The Therapy Anti-Aging Formula merupakan antara yang tersenarai bagi TOP SELLING PRODUCT untuk tahun 2016. Ia menjadi pilihan ramai kerana hasil yang menakjubkan selepas penggunaan. 

THE FACE SHOP The Therapy Anti-Aging Formula terdiri daripada : 

1. The Therapy First Serum - 130ml (RM 148.29)
2. The Therapy Moisture Blending Formula Cream - 50ml (RM 185.48)

Kedua-duanya mempunyai fungsi tersendiri dalam 'melawan' dan 'menghentikan' penuaan. Lagi pulak, orang seperti Nanie yang sentiasa terdedah pada pencemaran, cahaya matahari, makeup dan gaya hidup yang sibuk dan stress, lagilah penuaan tu semakin cepat dan pantas. 


THE FACE SHOP The Therapy First Serum 




Nanie pernah diajukan soalan, bila masa kita nak pakai serum? Yes... sometime kita sendiri confuse. Waktu bila lah nak pakai skincare regime yang banyak dan berbotol-botol tu kan? Sebenarnya, serum berfungsi selepas kita cuci muka dan toner. Serum digunakan agar dapat memberikan manfaat yang terbaik buat kulit kita. Kebiasaannya serum adalah water based dan sangat 'powerful'. 



THE FACE SHOP The Therapy First Serum menggunakan Thalassotherapy daripada European Blending Formula. Thalasso yang membawa maksud laut manakala Therapia adalah rawatan dalam Bahasa Yunani. Makanya secara am, THE FACE SHOP The Therapy First Serum adalah rawatan laut iaitu gabungan kebaikan khasiat semulajadi dari alga biru dan air laut Perancis. Alga biru yang digunakan sangat kaya dengan mineral serta anti-oksidan yang membantu mengurangkan proses penuaan. 



The Therapy First Serum ini mengandungi 3 bahan aktif iaitu Micro Crystal Particles, Thalassotherapy Essential Water dan tiga lagi minyak pati yang diekstrak daripada Palmosa, Avocado dan Sandalwood. Kesemua bahan ini digabungkan dengan sempurna untuk memberikan pelbagai manfaat pada kulit kita antaranya :  
  • Memberikan keseimbangan lembapan kepada kulit 
  • Meningkatkan kadar penyerapan mineral ke dalam lapisan kulit 
  • Memberikan kesan penjagaan anti penuaan kepada kulit 
  • Melembapkan dengan sempurna kulit wajah kita 
  • Memberikan kelembapan berpanjangan serta glowing complexion pada kulit 


Personally, Nanie sukakan The Therapy First Serum ni. Selain bauannya yang sedap dan menenangkan ia turut mudah digunakan. Sebagaimana Nanie beritahu tadi, ia adalah bersifat water based. Jadi sangat mudah meresap dan tidak melekit sama sekali. Pantas meresap ni sangat penting ye bagi perempuan, sebabnya tak perlu tunggu lama-lama nak kipas muka ke atau nak duduk depan air cond bagi kering ke. Senang. Lepas guna terus boleh pakai makeup. 

Cuma... pendapat Nanie lah, botol kacanya yang agak berat meyebabkan ia kurang travel-friendly. But, no worries. Tetap ada solusinya. Nanie akan transfer sikit untuk travel dalam botol pump yang kecil tu. Jadi, walaupun travel... masih tetap boleh gunakan The Therapy First Serum ni.


The Therapy Moisture Blending Formula Cream


Selain daripada First Serum tu, terdapat juga krim muka yang dapat memberikan kelembapan serta melawan penuaan dalam range The Therapy Anti-Aging Formula ni. Ia adalah The Therapy Moisture Blending Formula Cream.



Krim muka The Therapy Moisture Blending Formula Cream ni sangat menarik. Masih lagi menggunakan formula yang sama seperti First Serum, bezanya krim ini adalah campuran water based (Thalassotherapy Water) dan essential oil (Sandalwood, Avocado dan Palmosa). Sebelum kita gunakan tu, kita kena blend terlebih dahulu dua lapisan dalam jar ni. 




The Therapy Moisture Blending Formula Cream ini sangat sesuai untuk mereka yang combination skin. Dengan adanya essential oil tadi, ia akan menyeimbangkan minyak pada kulit wajah kita sekaligus memberi kelembapan yang sewajarnya. Gambar yang atas tu, Nanie saja tak campurkan kedua lapisan tersebut supaya korang boleh nampak bagaimana jernih dan segarnya krim dan Thalassotherapy water tersebut. 

Bila Nanie gunakan memang terasa sejuk dan tegang pada kulit wajah. Apatah lagi kalau gunakan sebelum tidur malam kan. Memang selesa sangat digunakan pada kulit kita. Dia jadi sebahagian daripada terapi jugaklah. Memang relaks je! Tapi perlu diingat ye, sebelum guna kena gaulkan dulu kedua lapisan tadi. Barulah ia memberikan mineral yang secukupnya pada kulit wajah. 

Antara fungsi The Therapy Moisture Blending Formula Cream adalah : 
  • Menyeimbangkan kelembapan kulit wajah walaupun dalam cuaca yang tidak menentu
  • Memberikan kesegaran berpanjangan terutama di siang hari 
  • Sebagai salah satu rawatan untuk keremajaan kulit wajah 
  • Menjadi perlindungan kepada kulit daripada pencemaran dan cahaya matahari 
  • Mengawal masalah kulit kering 
  • Salah satu agen untuk anti-penuaan

Hasil penggunaannya menyebabkan kulit wajah tegang sedikit dan membuatkan kulit lembut serta segar. Malahan, selepas gunakan serum dan face cream, Nanie terus gunakan makeup seperti foundation dan BB cream juga, ia tidak melekit mahupun berminyak. So, sangat selesa digunakan walaupun di siang hari. Bukan tu je, serum serta face cream ni juga boleh digunakan selepas setiap kali lepas solat. Barulah segar dan kekal remaja gitu!  

Jadi pada kawan-kawan Nanie yang tengah mencari serum & face cream terutama untuk 'melawan' penuaan dan mengekalkan kelembapan serta keremajaan kulit, why not to try THE FACE SHOP The Therapy First SerumThe Therapy Moisture Blending Formula Cream  ni. Dari segi harga, pada Nanie ia berbaloi kerana saiznya yang besar iaitu 130ml untuk serum & 50ml untuk face cream. Keduanya boleh digunakan lebih kurang 5-6 bulan macam tu. Jimat banyak tu kan? 

Untuk maklumat lanjut : 

Facebook 

Website 

Instagram



2 comments:

  1. macam best jeee . boleh la halang tanda tanda penuaan di usia 30 an.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi beli produk the face shop..tq review :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork