Monday, January 25, 2016

Sedikit Update Aktiviti Cuti Panjang


Assalamualaikum semua

Cuti panjang di hari minggu ni memang banyak mim-nya [Read as Malas]! Konon-konon beberapa hari sebelum cuti panjang, dalam hati macam target lah nak update and kemas-kemas blog semua. Hmmmmphhhh... blog ke mana, apa ke mana... harapan sajo! 

Nanie rasa bukan Nanie sorang macam ni. Ramai lagi blogger macam tu. Hahahaha. Bila weekdays, balik kerja dah maghrib... terus penat uruskan rumah semua. Weekend pulak, kalau takde event atau jemputan kahwin, baru boleh feeling-feeling surirumah tangga sepenuh masa kononnya. Hahahaha.



Ok, cuti panjang Nanie bermula dengan belajar memasak. Well, basically kalau balik Johor, Nanie memang suka masak dengan mak. Mak Nanie tu pandai masak macam-macam. Pantang anak dia balik, ada je yang dimasaknya. Siap tanya lagi nak makan apa. Tu baru anak duk KL tu. Kalau anak duk London agaknya cemana lah.

Nanie masak simple-simple je. Nanie dengan akak Nanie actually dah jemu makan kat luar. Semuanya serba tak kena dengan tekak. Mahal je lebih. Kenyangnya tidak. Kadang tu rasa nak marah je. Pa'kal lah depan rezeki kan. So, Nanie masak Ayam Masak Kurma, Sayur Ala Shichuan, as kakak Nanie punya favourite dan Udang Goreng Tepung. Lengkap, kenyang sampai boleh ulang makan untuk dinner. Puas hati!




Next, dah siap makan semua... Nanie rasa macam nak kemas tempat makeup semua. Daripada lepas pindah hari tu, barang sekadar letak mana yang ada je dulu. Belum ada feel lagi nak kemas betul-betul.






Lepas dah kemas-kemas, walaupun tak kemas sangat than decide to buy makeup organizer. Walaupun dah ada yang besar tu, tapi nak yang clear one punya. Haih lah perempuan. Saje nak menghabiskan duit kan. Gaji belum dapat, plan dalam kepala macam-macam. hahahah!

Bila ke Sunway Pyramid, nampak MUJI. Pernah lah jugak tahu orang kata kat MUJI ada makeup organizer. Tapi Nanie selalu ke MUJI Mid Valley tak pernah nampak pulak yang besar. Ada yang kecik je. Bila masuk yang kat Sunway... baru jumpa. Berbaloi dan memang cun!

Makeup Organizer 3 tier : RM 52.90 

Makeup Organizer 5 tier : RM 86.90 

Nanie memang berkenan betul dengan yang 5 tier ni. Cun dan sangat berpatutan ye harganya kalau nak compare dengan yang ada dijual di luar. Basically,ni utk organizer paper. Tapi, perempuan kan multi-tasking! So, why not be creative and jadikan dia makeup organizer. Selain tu, makeup organizer yang macam Nanie beli kat Robinsons pun ada jual kat sini [ KLIK SINI ]. Cuma tadi Nanie tak sempat tengok harganya. Lebih murah atau lebih mahal dari Robinsons. Nanie decide beli yang 5 tier ni. Tapi belum beli lagi. Hahahaha. Tunggu gaji lah ye nak!



Dah setel semua, beli groceries apa semua...  balik singgah minum kopi dulu. Well, dekat KL ni Nanie jarang sangat minum kopi. Nanie biasanya minum kopi kalau balik Kluang. Which is kopi stesen tu je... [KLIK SINI]. Tapi memandangkan kakak Nanie yang nak minum kopi, layankan je lah.



Nanie and akak suka minum kopi San Fransisco ni. Sebab apa? Sebab dia BUY 1 FREE 1 tau! Hahahahah. Sepanjang masa ye. As long as both kena flavour yang sama. Dua kopi tu untuk large size, RM 17.50. Berbaloi sangat lah. Sebab kalau tak satu dalam RM 16. Gulp!




So sekian sahaja cuti panjang Nanie selama 3 hari. Minggu depan, KL cuti panjang lagi. Woooho!!! Tapi minggu depan Nanie ada events. Jadi tak balik Johor. Nampak gayanya balik Johor time cuti raya cina lah. Aduiiii....mesti jam jalan tu! Nanie kena plan nak balik kampung bila. Malas nak hadap jam. Lagi area Seremban tu..... bertabah je lah! 


Wednesday, January 20, 2016

Kluang Rail Coffee : Rugi Kalau Tak Singgah!

Assalamualaikum semua

Minggu lepas cuti panjang sikit. Adik Nanie yang belajar kat UMT balik cuti sem. Alang-alang Nanie pun amek cuti hari Isnin. Just nak rehat sikit kat rumah and ambil beberapa barang kelengkapan selepas pindah rumah baru.


Biasalah kalau orang Kluang ni, tujuan dia selain balik kampung rasa tak sah kalau tak pekena kopi stesen dengan roti bakar. Sapa-sapa yang penah datang Kluang, memang tahu lah betapa 'berhantu'nya kopi stesen dan roti bakar Kluang tu. Kalau hari minggu, dia punya beratur nak dapat meja tu mau makan 20-30 minit jugak. Perlu kesabaran dan kecekalan tinggi tau nak berebut meja. 



Kluang RailCoffee ni memang famous. Sapa datang Kluang, tak singgah Kluang Rail Coffee balik mesti menyesal. Dekat Kluang je, ada tiga cawangan Kluang RailCoffee ni. Memang dah terkenal lama malahan keluarga diraja Johor pun memang penggemar kopi stesen & roti bakar ni.

Kluang RailCoffee ni berbeza dengan Kluang Station yang ada di KL ye. Tak silap Nanie lah, actually mereka adik beradik dan seterusnya sorang pindah di KL dan bukak brand yang baru. Tapi rasa kopi di Kluang Station dan Kluang Railcoffee sangat-sangat beza! Yang original punya paling win. Paling sedap lah. Pekat, melekat, terangkat!


Yang Nanie pergi kali ni adalah cawangan baru Kluang RailCoffee. Yang depan Kluang Parade dah pindah ke blok belakang berdepan dengan Song Mart. Betul-betul dekat corner. Lebih luas, lebih senang nak parking dan lebih selesa.









Interior dalamannya lebih kepada Industrial Design. Cantik dan selesa. Masih lagi kekalkan konsep kopitiam, jadi jangan harapkan nak kerusi empuk bagai ok. Walaupun kerusi kayu tapi tetap selesa. Boleh lah kalau nak jadi tempat borak 2-3 jam.  Ruangan bar dia pun semakin panjang. Boleh nampak macam mana roti kita dibakar, kopi kita dibuat semua. Syok tengok dorang kerja!



Ni kopi ais yang memang sedap dia tak boleh cakap. Sapa pun yang minum kopi ni, balik memang teringat-ingat lah. Pernah tahun lepas Nanie bawak balik Kirin dengan Arief ke Johor, sebelum balik KL kiteorang singgah mengopi kejap. Fuh... sampai sekarang Kirin & Arief mengigau nak kopi stesen tau. Hehehe.

Nah kat bawah ni favourite Nanie. Roti Bun Bakar. Part paling best sebab dia gunakan home made kaya letak dengan butter wei... meleleh air liur tau! Nanie tak ingat pulak harga dia. Tak silap RM 1.50 je kot untuk satu bun bakar ni.


The famous roti bakar 



Nasi Goreng Chicken Chop 

Cheese Wedges - a bit salty but still ok 




Selain daripada roti bakar, Kluang RailCoffee pun ada sediakan banyak makanan main. Antara favourite Nanie :  Mee Hoon Sup, Mee Kari, Mee Hoon Goreng, Nasi Lemak Rendang, Sambal Sotong, makanan western dan fusion pun ada. Sedap-sedap semua. Tapi kalau yang original Kluang RailCoffee yang betul-betul sebelah stesen keretapi tu, pilihan menu betul-betul kopitiam asli. Nasi lemak daun pisang, mee hoon goreng pun daun pisang. Klasik kan?





Untuk cawangan yang baru ni, ada menu baru disediakan. Ada kuih muih tradisional dan ada jugak kek buat yang sukakan dessert. Pilihan makanan yang banyak dan sedap macam ni lah yang buatkan orang duduk lagi lama. Tapi jangan risau, walaupun ramai orang dan kena que meja semua... tapi kepuasannya memang terjamin!

So, sapa-sapa yang singgah Kluang... boleh singgah minum kopi stesen dan roti bakar dulu kat Kluang RailCoffee ni. Harga pun murah, makanan pun sedap. Kluang Railcoffee ni pun ada hotel tau. Lagi senang, korang tidur kat hotel dia bangun pagi turun bawah terus breakfast. Untuk maklumat lanjut boleh ke website mereka :


Website Kluang RailCoffee 




Thursday, January 14, 2016

Langkah Untuk Approved Kan Debit/Kredit Kad Yang Decline Pada Iphone.

Assalamualaikum semua


Buat pengguna iphone, pernah tak korang punya debit card untuk payment tiba-tiba decline! Allahuakbar Nanie memang bengkak hati jugak lah sebab bila nak purchase app kat App Store tapi purchasing method kita tak diterima. Sebelum ni ok je. Jadi Nanie kena cari solution macam nak setel semua ni.


Nanie ke Mac Store di Mid Valley, mereka berikan Nanie nombor telefon Apple Support [APPLE SUPPORT NUMBER : 1-800-803-638]. Tapi untuk Apple Support ni, kena cakap orang puteh ye. Cakap Melayu dorang tak faham. So gigihlah Nanie speaking untuk explain masalah yang Nanie hadapi. Setelah diperiksa, dari pihak Apple Store takde masalah pun payment Nanie sebab pembelian yang sebelum-sebelum ni takde masalah. Jadi, mereka minta Nanie contact pihak bank untuk tahu puncanya. 

Nanie terus call [Maybank Support : 03-7844 3696], Alhamdulillah dapat staff yang sangat membantu. Sebab dari pengalaman kawan Nanie, ada je Maybank Customer Service Staff yang tak membantu langsung. Jadi setelah diperiksa rupanya : 

"Bermula 1 Januari 2016, kesemua transaksi Antarabangsa yang gunakan credit mahupun debit card perlu diaktifkan." 

Nanie memang tak pernah aktifkan any International transaction ni sebab Nanie bukan keluar masuk Malaysia kan. Rupanya sebab Apple adalah company International jadi kena aktifkan juga. So bagitau pada staff support Maybank yang korang nak aktifkan International transaction untuk debit card. Dan ada beberapa pilihan untuk pengaktifkan antarabangsa ni, ada dua pilihan tempoh masa. 

Pilihan Tempoh Masa : 
1. Aktif Sehari (24jam)
2. Aktif Setahun 

Pengaktifan ni semua takde sebarang charge yang dikenakan. Nanie ambil aktif setahun. Tahun depan, kena call semula dan aktifkan lagi sekali. Macam tu lah tiap-tiap tahun ye.

Sebagai langkah kesalamatan kena letak limit juga untuk kad debit atau credit ni. Limitnya bermula RM 1000 hingga RM 5000 untuk sehari.  Limit card boleh diubah gunakan Maybank2u je. Sangat senang! 



Selepas pengaktifan, lebih kurang 10-15 minit dah boleh purchase app di App Store. Dah tak ada masalah. Tapi kena hati-hati bila kita aktifkan international transaction ni. Sekiranya kita pernah beli sebarang Apps yang auto-renewal seperti Sportify dan lain-lain, dorang akan tolak secara automatik duit dalam akaun kita tanpa sebarang notifikasi. 

Ada baiknya juga kalau kita limitkan RM 0.00 je. Bila nak beli, kena ubah limit tu dulu. Baru boleh beli. If tak ubah, dikhuatiri sekiranya kad kita hilang, orang boleh swap as debit card je. Bahaya gak tu. Tapi tadi Nani tanya, macam mana aspek keselamatan untuk sistem aktif antarabangsa ni. Katanya selagi kita tak share Card No dan CCV No yang ada di belakang kad, Insya Allah tak ada masalah.

So harapnya info ini membantu ye. Leceh jugak Iphone ni. Tapi Nanie tetap suka! Hehehe. 

Sekarang boleh beli banyak-banyak  App Store! :) 



Tuesday, January 12, 2016

Pindah Rumah Baru

Assalamualaikum semua

Tahun 2016, salah satu target Nanie dah tercaapai. Walaupun target tu takdelah besar mana, tapi Alhamdulillah... segala urusan Allah permudahkan. 31 Disember dan 1 Januari lepas, Nanie masuk ke rumah baru. Tak jauh pun dari rumah lama. Alhamdulillah walaupun masih menyewa, tapi keadaan sekitarnya lebih selesa dan yang paling penting dah tak perlu berebut parking lagi. Kalau sebelum ni, lepas balik kerja kena gegas balik rumah sebab nak parking. Tak nak double park semua. 

Lokasi rumah baru ni tak jauh pun dari rumah lama. Masih lagi satu jalan, tapi lain kawasan. Rumah lama, kat bahagian bawah. Rumah baru bahagian atas sikit. Mana yang tahu Pantai Hillpark... situ lah Nanie duduk. Ingat lagi tak rumah kawan baik Nanie, Akim? Nanie pernah post kat blog ni masa Nani tolong Akim deko rumah dia. So, rumah Akim blok depan...rumah Nanie blok belakang.

1. http://www.coklateyes.my/2013/05/hias-ruang-makan-gaya-vintage.html
2. http://www.coklateyes.my/2013/05/mini-garden-di-balkoni-elemen-hijau.html
3. http://www.coklateyes.my/2013/05/dekorasi-rumah-cranberries-crib.html



Bercakap pasal pindah... mak oi!!! Penat wohhhh.... tu lah kan perempuan. Konon barang macam tak banyak, sekali bila dah punggah.... aduhai patah pinggang woi. Disebabkan masa suntuk, jadi Nanie kemas berperingkat. Makan dua hari jugak lah kemas semua. Nanie siap ambil mover kot untuk pindah ni. Sebab Nanie ada beli peti ais, almari, meja  and kotak-kotak besar semua kan.


Lori 3 tan Abg Amri Mover tu bagi. Luas lagi! 

Cerita pasal mover kan, Nanie nak suggest abang mover yang Nanie gunakan ni. Ya Allah... memag terbaik sangat abang mover ni. Harga pun memang sangat berpatutan. Nanie kenal abang ni daripada Akim jugak. Nama abang ni, Abang Amri. Satu perkara yang Nanie suka... Abang Amri ni buat kerja sangat-sangat pantas ye. Dia datang siap bawak kelindan yang akan bantu dia. Kita just tengok dan bagitau je nak angkat barang mana. Sampai ke turunkan barang kat rumah baru semua siap dia letak kat tempat mana kita nak. 

Nanie janji dengan Abang Amri untuk datang pukul 10 pagi. Tapi 9.40 dia dah sampai. Terus mulakan angkat barang... tak sampai 30 minit semua barang Nanie dia dah masukkan dalam lori. Efisien kan? Ni contact Abang Amri. Korang whatsapp Abang Amri ni kalau nak pindah ke apa... siap-siap bagitau berapa banyak barang korang. Macam Nanie, Nanie mintak lori 1 tan je... tapi Abg Amri bawak lori 3 tan. Tapi charge utk 1 tan je! Tak sampai RM 200 pun... 

ABANG AMRI (MOVER) : 012-3530363 


Langsir cilok dari rumah Johor. Nanie nak putih. 


Kena stop beli barang ni! 

So basically sekarang ni semuanya dah berjalan seperti biasa. Dah unpack and susun semula semua baju dan barang-barang macam biasa. Alhamdulillah, kawasan rumah semua selamat dan teratur. Macam Nanie cakap lah, walaupun rumah ni selesa semua... tapi tetap masih rumah sewa kan.

Doa-doakanlah moga cepat dapat rezeki untuk beli rumah sebijik. Plan Nanie memang nak landed house. Tapi tahulah kat KL, mahal nau. Tertelan air liur kalau baca harga sebijik-bijik. Tapi tu semua yang jadikan kita makin kuat kerja kan. Rezeki tu kan milik Allah. Kalau Dia nak bagi, sekejap je Dia boleh bagi. Kita sebagai manusia kena usaha dan banyakkan sedekah. Insya Allah.


Thursday, January 7, 2016

Bangkai Cicak Dalam Bijirin Yogood

Assalamualaikum semua


Dua tiga hari lepas, Nanie ada tweet satu kes yang Nanie baca kat FB. Kes terjumpa rangka cicak dalam makanan cereal. Aduhai... kembang jugak tekak bila nampak post tu. Ye lah rasanya mangsa dan makan separuh kot dari cereal yang dicampur dengan susu tu. Memang agak geli lah...







Kecuaian dalam aspek kebersihan sebegini memang tak boleh di pandang remeh. Ye faham walaupun perkara sebegini memang boleh terjadi tapi secara tak langsung ia memberi imej buruk dan menyebabkan pengguna kurang percaya dengan brand mahupun produk yang terbabit. 



Apa yang perlu kita lakukan jika perkara sebegini terjadi?

Kalau dilihat dari kes kat atas tu, pengadu atau mangsa tidak mahu menuntut sebarang ganti rugi berbentuk kewangan kepada pihak pengeluar makanan. Ia adalah terpulang kepada mangsa sendiri. Namun, secara peribadi... Nanie sarankan adalah penting dan sewajarnya untuk kita sebagai pengguna melaporkan & bertindak kepada pengeluar makanan mengenai perkara sebegini kepada pihak yang bertanggungjawab dalam soal penyelengaraan dan pemantauan kebersihan premis. Perkara sebegini melibatkan kesihatan pengguna juga. Jangan main-main, kalau kita pun dah termakan benda kotor macam ni, kita rasa geli... nak muntah semua kan? 

Bila Nanie tengok kes ni, Nanie teringat satu landmark kes masa Nanie belajar law dulu. Donoghue v Stevenson. Yang mana, Donoghue minum ginger beer dan terjumpa satu decomposed snail dalam minumannya. Kes tu sangat menarik, sangat panjang dan sangat seronok untuk dikaji. Bermula dari kes tersebutlah, pengguna mendapat 'kuasa besar' terhadap pengeluar makanan. 

Nasihat Nanie, bila berlaku kes macam ni. Pertama sekali, ambil gambar sebagai bahan bukti. Dengan segera hubungi careline pengeluar dan buatkan aduan. Sekiranya selepas makan makanan tu, ada tanda-tanda sakit perut, muntah-muntah dan sebagainya... dengan segera dapatkan rawatan dan simpan semua bil rawatan. Untuk kes sebegini, pengguna boleh claim ganti rugi dari segi kewangan dan sebagainya. Bergantung pada kes. 

Nanie yakin ini bukanlah kes pertama yang berlaku kepada pengguna. Mesti ada yang pernah makan di restoran mahupun kedai makan, dan jumpa bendasing macam ni kan? Nanie sendiri pernah kena perkara macam ni jugak. Apa yang paling penting, jangan sekali-kali takut untuk melaporkan kepada pihak pengeluar makanan atau pihak berkuasa. Laporan anda akan membantu mereka untuk meningkatkan kualiti penjagaan kebersihan dan lebih bertanggungjawab. Ingat! Sebagai pengguna, kita berhak. 


Moga-moga tak ada yang kena teruk lagi! Geli lah... 



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork