Tuesday, February 23, 2016

Review & Unboxing Set Trial Khas KOSÉ Sekkisei

Assalamualaikum semua



Kalau korang ada follow IG Nanie, @innanieariffin... minggu lepas korang bolehlah tengok macam mana excitednya Nanie bila dapat Hadiah Kotak Pink besar kat office. Hahahah. Excited kot sebab ingat boyfriend mana hantar duit satu kotak. Siap ada belon love-love lagi. Comel!!! 


Sebenarnya dalam kotak pink tu, Nanie dapat Set Trial Khas KOSÉ Sekkisei. Set  ni mengandungi Basic Care & Special Care yang memang sangat bagus untuk semua jenis kulit terutama wanita di Asia.






KOSÉ Sekkisei adalah jenama skincare yang sangat terkenal di Jepun. Dipercayai dan digemari oleh ramai wanita, dan sebagai perintis dalam penjagaan pemutihan kulit, Sekkisei komited untuk membantu wanita mencapai kulit yang cerah dan berseri-seri, umpama salji segar.

Dengan tagline Glow From Within, Set KOSÉ Sekkisei telah memberi keserian pada kulit wanita selama lebih 30 tahun sejak dilancarkan pada 1985.  Penjagaan untuk mendapatkan kulit yang cantik mestilah bermula seawal mungkin. Ia direka khas untuk korang mendapatkan kulit yang mulus.



Set KOSÉ Sekkisei ini diformulasikan dari kuasa ekstrak herba timur yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza, agar dapat memberikan wanita kulit yang lebih cerah, tona sekata dan lembap. 





 KOSÉ Sekkisei Emulsion 




KOSÉ Sekkisei White Wash Liquid 







KOSÉ Sekkisei Lotion 







KOSÉ Sekkisei Clear Whitening Mask 





Dalam set KOSÉ Sekkisei ini, 3 bahan utama yang digunakan adalah : 

[review] KOSE Sekkisei Lotion Mask : 3 Ingredients & 9 Benefits !

3 Bahan Utama dalam KOSÉ Sekkisei 

Coix Seed Extract -
 Sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme, memutihkan serta melembapkan kulit 

Angelica Extract - 
sebagai agen anti infeksi, memutih serta memberi kelembapan yang maksimum

Melothria (White Lotus) Extract -
Meningkatkan kuantiti dan penghasilan melanin dalam melindungi kulit 



Review & Pandangan 

Sepanjang Nanie cuba dan guna Set KOSÉ Sekkisei ni, Nanie sangat suka pada tekstur dan bauan yang dihasilkan. Bauan lembut tetapi ke arah herba membuatkan Nanie selesa pakai Set KOSÉ Sekkisei. Untuk pencerahan kulit, Nanie yakin ia memang membuatkan kulit kelihatan radiant atau glowing bertepatan dengan tagline mereka Glow from Within. 

Tekstur yang pekat membolehkan sedikit sapuan memadai untuk digunakan pada keseluruhan muka dan wajah. Pengamalan setiap pagi dan malam menjadikan kulit bertambah lembut dan licin. Walaupun dari segi kos agak tinggi, namun dengan hasil yang diberikan, bagi mereka yang mampu tak salah untuk mencuba kehebatan formula oriental ini sendiri. 



Kalau ada yang berminat nak cuba Sekkisei , ada satu lagi edisi Khas Sakura. Cantik botol dia iaitu SEKKISEI Lotion Sakura Design 500ml (RM331.70).

Untuk maklumat lanjut tentang Set Trial Khas yang baru ni, korang boleh klik link berikut : 

Facebook 


Laman web Kose Malaysia 



Wednesday, February 17, 2016

Usah Serabut Fikir Benda Remeh & Tak Bermanfaat!

Assalamualaikum semua

Setiap pagi bila kita bangun dari tidur, macam-macam perkara yang kita fikir. Kalau Nanie sendiri, kadang dalam pada mandi tu dah mula plan out kat office nak buat apa, apa kena settelkan, apa yang di target, to do list... macam-macam lah. Memang complicated kan hidup kita ni. 

Walau apa pun, hidup kita ni sebenarnya kita yang corakkan. Kita yang memilih sama ada nak happy pada hari tu, atau sebaliknya. Sama ada kita nak buat baik pada hari tu, atau sebaliknya. Semuanya kita yang tentukan. Bukan orang lain. 

"Your mind is a powerful thing. When you fill it with positive thoughts, your life will start to change.":

Kita selalu dengar orang cakap, berfikiranlah positif. Insya Allah benda yang positif juga akan datang kat kita. Nanie nak kata sentiasa positif tu tak jugak. Sebab ada masa, amek kawwww semua aku fikir negatif bagai. Itu lumrah manusia. Ada masa semangat kita turun naik kan. 

Bila meningkat dewasa, Nanie belajar banyak benda. Kadang-kadang pembelajaran tu datangnya dari pengalaman sendiri, mahupun pengalaman orang lain. Nanie bersyukur sebab saban hari Nanie dikekelilingi orang-orang yang positif dan sentiasa tahu hala matlamat hidupnya. 

Jujur Nanie katakan, dulu Nanie jenis selalu fikir satu perkara tu habis-habis. Mula lah kadang sampai over thinking. Tapi, sekarang... Nanie punya prinsip senang je. Orang yang tak worth it untuk aku fikir dan hiraukan... tak payah layan. Jangan masuk kepala senang ceritanya. Biarlah apa dia nak buat, apa nak jadi... terpulang dia. 

Amen So Now You no! If I'm not responding it's not cuz I don't love You! I'm just tired of you always bringing me down!!!!:


Seriously, bila buat prinsip macam tu... kepala kita pun tak serabut. Banyak benda lain yang kita nak kena fikir, buat apa benda picisan yang kau sibukkan. So sekarang ni Nanie nak sarankan... tak payah semakkan kepala fikir perkara tak penting. Letakkan fokus setiap hari dan target jugak supaya setiap hari kita tu bermanfaat. 

Cuba dan rasakanlah perubahannya. 

Serious Nanie dah buat lama... and graf kebahagiaan saya meningkat 200%! heheheeh



Friday, February 12, 2016

Botanics dari Mentholatum : Pencuci Muka Sumber Semulajadi Dengan Harga Berpatutan

Assalamualaikum semua

Bukan senang nak cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita. Ada masa kulit kita sendiri berubah-ubah. Kadang dia oily, kadang dia kering. Semuanya bergantung pada pemakanan dan persekitaran kita. Seperti Nanie, kulit Nanie lebih kepada combination skin. Which is oily di bahagian T-Zone dan sedikit kering di bahagian pipi. 

Sebab tu, sebelum kita beli apa-apa pencuci muka... kita kena tahu dulu kulit jenis macam mana kita ni. Namun, kalau korang tak sure kulit korang jenis apa... jangan risau sebab BOTANICS dari Mentholatum menawarkan pencuci muka yang boleh digunakan oleh semua jenis kulit.





BOTANICS dari Mentholatum menggunakan sumber semulajadi untuk kesemua produk mereka. Yelah, sumber semulajadi ni paling bagus untuk semua kulit kita kan. Namun apa yang lebih menarik lagi, kesemua produk BOTANICS ni sangat berbaloi dengan harganya. Nanie boleh bajet harga produk mereka tak lebih RM 25. 

Pilihan yang ditawarkan oleh BOTANICS juga meliputi pelbagai pilihan berseuaian dengan semua peringkat umur. Terdapat dalam dua kategori yang memudahkan pengguna, iaitu Foam Wash & Pump Wash, masing-masing memberikan efek yang terbaik untuk mengembalikan kecantikan dan keserian wajah kita. Antara pilihan yang boleh didapati dengan jenama BOTANICS adalah :
 

1. Deep Clean Face Wash - RM 21.90
2. Moisturizing & Brightening Face Wash - RM 21.90 
3. Oil & Blemish Foam Wash - RM 25.90 
4. Whitening Foam Wash - RM 25.90 
5. The Sheet Mask untuk Anti-Oksida, Pori, Whitening, Soothing & Hidration - RM 6.90 sekeping

Untuk yang jenis tube pula berharga RM 14.90 setiap satu dengan pilihan : 

1. Deep Cleansing Face Wash
2. Hydra Whitening Face Wash 
3. Hydrating Face Wash 
4. Pore Refining Face Wash 

Paling best setiap satu tu menggunakan bahan semulajadi seperti Aloe Vera, Rosemary, Calendula, Arbutin Bearberry, Green Tea, Jasmine, Ylang-ylang dan macam-macam lagi bahan natural yang terbukti sejak dari dulu memberikan kesempurnaan pada kulit wajah. 






Masa di event tersebut, Nanie adalah cuba satu pump kat tangan. Memang rasa sangat ringan dan lembut. Tak terasa seperti pencuci muka yang biasa. Baunya pun sangat wangi tapi tidak terlalu kuat. Menenangkan dan bila apply pada kulit tu... tak tajam. Sebab apa? Sebab ianya formula semulajadi dan menggunakan bahan-bahan natural sepertia bunga-bungaan, herba dan sebagainya. 



Adik Nanie ada masalah kulit kering dan jerawat pasir. So Nanie pun suruh dia cuba. Tengok hasil dalam 2-3 hari ni nampaknya bagus. Sebab dia melembapkan kulit kita. Lagi satu, bila bahan semulajadi ni senang untuk orang yang ada jerawat jenis merah-merah atau open wound sebab dia tak menyakitikan bila cuci. 





So, Nanie rasa sekiranya korang memang peminat natural remedies dan memerlukan something within budget boleh cuba BOTANICS dari Mentholatum ni. Penggunaan yang berterusan dan dengan bahan yang selamat Insya Allah akan memberikan hasil yang diinginkan. Lagi pulak dengan bauan wangi yang menenagkan, mesti rasa fresh lepas cuci muka! :)

Untuk maklumat lanjut boleh klik :


WEBSITE : 


FACEBOOK : 


*Produk BOTANICS dari Mentholatum HANYA BOLEH DIDAPATI di Guardian Store sahaja*


Wednesday, February 10, 2016

Nak Makeup Flawless & Jimat Masa?

Assalamualaikum semua 

Makeup ni kena ada feel, kena ada mood tau. Kalau dua element tu takde, bukan sekadar makeup, nak calit bedak kat muka pun malas! Biasalah perempuan, bila banyak benda nak dibuat satu hari, memang tak ada punya nak tepek foundation ke, eye liner ke apa. Cukup sekadar apa yang mudah. Lipstick pun kadang malas... 

Walaupun sibuk, macam Nanie sendiri memang akan pentingkan penampilan. Nanie memang suka kalau ada produk yang boleh jadikan kita cantik, kemas, presentable dalam masa yang singkat. Tak guna masa panjang dan melecehkan. Sebab tu bila Nanie nampak Alifnur Foundation ni, Nanie macam berkenan sangat lah. Foundation yang jimatkan masa makeup kita. 



Mungkin ada yang tak tahu kan apa fungsi foundation dalam makeup. Ok, foundation merupakan lapisan asas dalam solekan. Selain daripada menutup cela dan tona tidak sekata, foundation juga berperanan untuk memberikan finishing yang tahan lama dan blend dengan kulit kita. Seperti juga Alifnur Foundation, ia memberikan banyak kelebihan pada kulit kita. 

Antaranya kelebihan Foundation ALIFNUR : 

🌺Full Coverage!
🌺Menjadikan kulit muka flawless sekelip mata!
🌺Menjadikan kulit muka ‘glowing’ tanpa dipinta
🌺”Jalan mudah”untuk makeup dengan cepat!
🌺Tidak berminyak
🌺Tahan selama 12 jam !
🌺Tidak bercapuk
🌺Tidak merekah
🌺Senang di pakai
🌺SPF 30 melindungi kulit dari cahaya matahari.
🌺Menutup parut jerawat,jeragat serta tanda lahir
🌺Memutihkan kulit muka dengan kandungan Vitamin C
🌺Menutup lingkaran hitam bawah mata
🌺Merawat jerawat,jeragat dan lingkaran gelap bawah mata
🌺Sesuai untuk semua jenis kulit
🌺Mudah dicuci
🌺Boleh dibawa solat
🌺Melembapkan kulit wajah
🌺Merawat kulit kusam
🌺Senang di pakai
🌺Kualiti Antarabangsa pada harga mampu milik !
🌺Satu botol tahan 2 bulan bergantung kekerapan penggunaan.

Walaupun baru dilancarkan, feedback dari pengguna Alifnur sangat memberangsangkan. Kata orang memang tak mengecewakan lah kalau guna Alifnur Foundation ni. Rata-rata yang Nanie tengok, memang nampak perubahan ketara selepas guna foundation ni. Nampak glowing, shining dan yang paling penting tak ubah tona asal kulit pengguna dan makeup tak cakey! Alifnur Foundation memberikan makeup natural, tidak berminyak, dan ringan untuk digunakan. 









Selain daripada tu, antara yang best lagi sebab harga Alifnur Foundation ni murah beb! Memang berbaloi betul lah kalau nak guna untuk harian kan. Dengan harga RM 60 (SM) & RM 66 (SS), sebotol foundation 30 ml ni boleh tahan 1-2 bulan. Depends pada penggunaan. Berbaloi dan jimat kan? 

Lagipun, foundation dengan penjagaan kulit wajah dari cahaya matahari ni pun bagus. Kira macam 2in1 kan. Yelah, Malaysia ni kan selalu panas terik. So, pakai foundation Alifnur, tak perlu dah nak tepek sun block atau sun screen sebab lengkap dengan SPF30++. Lagi satu, Alifnur Foundation senang ditanggalkan bila kita nak solat. Haaaa... muslim friendly ni bagus!!!



Ohhh ye, sekarang ni dorang pun tengah mencari pengedar / agen dropship. Kalau korang berminat nak tambah duit poket, boleh dapatkan informasi di link-link di bawah. Yang nak beli pun boleh contact HQ mereka terus. 

Instagram : 

Facebook : 

Tel : 019-3007 112 

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork