Thursday, March 24, 2016

Saleversary Reebonz.com : Diskaun Sehingga 90%!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Confirmlah korang pernah dengar Reebonz.com kan? Sapa yang tak pernah??? Nanie percaya wanita-wanita di Malaysia ni for sure pernah dengar. Silap-silap pernah bershopping di Reebonz.com. Nanie??? Hahahah mestilah pernah! Korang boleh baca pengalaman Nanie bershopping Reebonz.com dalam entry ni ----- http://www.coklateyes.my/2014/06/pengalaman-beli-beg-bersama-reebonz.html

Di Reebonz ni, korang cakap je nak brand apa, semuanya ada. Setakat hari ini, dah ada lebih 800 designer label yang dijual di Reebonz.com. Antara designer label yang mendapat permintaan tinggi ialah Prada, Balenciaga, Salvatore Ferragamo, Michael Kors dan banyak lagi! Memang rambang mata nak pilih. Lagi seronok bila setiap jenama ni ada discount yang sangat berbaloi.



Buat yang masih belum tahu, Reebonz.com adalah satu online service yang menjual pelbagai barangan berjenama dari seluruh dunia sejak tahun 2009 lagi. Jadi untuk tahun ni, Reebonz.com menyambut ulang tahunnya yang ke 7. Yeayyyy! HAPPY BIRTHDAY REEBONZ!!! 


Bersempena birthday Reebonz ni, jangan ketinggalan untuk dapatkan SALEVERSARY REEBONZ yang memang meletop habis lah! Nak tahu berapa banyak discount dorang bagi? Lebih dari 90% diskaun tau!!!! Haaaaa banyaknyaaaaaa lahai! Diskaun ni semua khas buat member Reebonz! Nilah masanya nak pakai handbag mahal-mahal tapi harga jimat tau!!! 



So korang dah jadi member Reebonz ke belum? Kalau korang jadi member memang best tau! Nanie dah lama jadi member Reebonz.com. Macam-macam kelebihan yang boleh korang dapat hanya dengan satu Member Sign-Up!



Sebagai member Reebonz.com, korang boleh dapatkan Exclusive Discounts sehingga lebih 60% tau! Banyak tu. Bukan sikit-sikit. Lepas tu, part loyalty points tu pun best. Boleh tukar kepada shopping credits. Kan untung tu!

Bukan tu je, kalau korang peminat Pre-Owned atau Vintage Lover, korang berpeluang jugak beli pelbagai barangan berjenama di Reebonz Closets. Dekat situ, semua barangan pre-loved yang authentic ada dijual. Korang boleh pilih je! Jangan risau... ketulenannya memang dah disahkan! 


Reebonz Closest ni pun boleh korang download di handphone masing-masing tau sebab mereka ada Apps tersendiri. Bahkan korang pun kalau ada barang berjenama yang authentic dan nak dijual, boleh lah letak kat Reebonz Closet. Mudah-mudahan jumpa tuan baru! 



Jadi apa korang tunggu lagi? Raya pun tak lamaaaa je kan! Boleh prepare awal-awal. Heheheh. Dapat handbag baru tu tau. Tak ke mengancam... 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link di bawah : 

Website : 

Instagram : 
@reebonzmy


Thursday, March 17, 2016

Meka Viniga & Triple - M : Makanan Talbinah Untuk Kesihatan

Assalamualaikum semua

Dalam menghadapi kesibukan harian, Nanie akui Nanie antara manusia yang paling liat nak bersarapan. Bukan apa, Nanie ada masalah kalau sarapan awal pagi macam pukul 7-8 pagi tu, confirm Nanie akan sakit perut. So biasanya Nanie akan breakfast pada pkul 10.30 pagi ke atas. Tapi itu kalau rajin lah. Cuba kalau malas. Hmmm jawapannya tak sarapanlah! Nanie tahu kebaikan sarapan dan sarapan adalah King of Meal kan... tapi nak buat macam mana dah perut tak boleh terima kan. 



So, Nanie cuba cari penyelesaian. Baru-baru ni, Nanie menghadiri satu event yang dianjurkan oleh Mekaray Ventures. Mereka adalah pengeluar kepada supplement makanan Talbinah. Haaa mesti semua tak tahu kan Talbinah tu apa?? Nanie pun baru tahu... meh Nanie share & kongsi. 

"Talbinah dapat menenangkan hati pesakit serta dapat meringankan kesedihan" 
                                                                     (Riwayat Bukhari & Muslim)



Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat dari biji Syeer (Barli) bersama kulitnya, dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu. Ia digunakan sebagai makanan tambahan dan rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar diubati oleh kaedah rawatan moden. Sifatnya lembut dan mudah dihadam. Berkhasiat dalam merawat penyakit fizikal dan mental terutamanya penyakit jantung, darah tinggi, kadar kolestrol yang tinggi, gangguan tidur dan parkinson. 

Mekaray Ventures mengeluarkan dua jenis produk yang berasaskan makanan Talbinah ni tadi. Keduanya adalah supplement yang memang sesuai diambil oleh semua lapisan umur tak kira lelaki mahupun perempuan. 

1. Triple - M (Meka Miracle Meal) 
2. Meka Viniga (Slimmie Viniga) 


TRIPLE - M ( Meka Miracle Meal) 




Triple - M ni adalah supplement minuman yang sedap dan sesuai untuk mereka yang nak jaga kesihatan secara menyeluruh. Dalam bentuk serbuk, ia mudah dibancuh dan rasanya sedap. Personally Nanie minum Triple - M, Nanie boleh terima rasanya. Lebih kurang macam kita minum oat ataupun susu. Rasa lemak manis kerana ada kandungan gam akasia atau gam arab dan madu asli.

Antara keberkesanan Triple - M adalah berkesan mencegah : 

  • Kemurungan (Stress) 
  • Penyakit Jantung
  • Kencing Manis 
  • Eczema
  • Darah Tinggi 
  • Migrain
  • Resdung
  • Gangguan Tidur
  • Masalah Usus
  • Strok
  • Arthiritis 
  • Kolestrol 



Kalau korang nak tahu, Nanie suka Triple-M ni sebab dia sesuai diminum ketika perut kosong. Bancuh je dengan air suam dan terus boleh minum. Macam Nanie kata tadi, Nanie kan tak suka breakfast so bila Nanie minum Triple-M boleh lah jadi alas perut nak tunggu lunch. 



MEKA VINIGA (SLIMMIE VINIGA) 




Kalau Triple - M untuk mereka yang nak jaga kesihatan, nah yang ni pulak memang khusus untuk mereka yang nak kurus. Haaa orang macam Nanie sesuai lah kan. *Sedar Diri* hahahaha. 

Untuk Slimmie Viniga ni ramuannya cukup unik. Bahan yang digunakan adalah madu, cuka kurma, delima, minyak zaitun, kelapa dara, habbatussauda dan ekstrak lemon. Tengok pada bahan pun boleh tahu rasanya kan? Tapi jangan risau... Nanie pun masa first macam takut jugak nak minum, tapi memandangkan semua bahan ni memang terbukti bagus untuk kesihatan, Nanie cuba. 

Antara fungsi penting Slimmie Viniga ialah membantu : 

  • Ransang pemecahan lemak
  • Tingkatkan metabolisme
  • Singkir air berlebihan 
  • Cepat berasa kenyang
  • Turunkan berat badan


Personally dia takdelah masam sangat. Masam manis, tapi masam yang natural. Pekat tapi tak tajam. First day Nanie minum, memang betul-betul cleaning proses tau. 2-3 kali jugak Nanie ke tandas. Hahahah. Kata nak slim kan? So kalau nak buang lelemak degil tu haruslah kena lalui proses pembersihan! 


BUKU INDAHNYA PEMAKANAN & PERUBATAN ISLAM 


Seperkara yang Nanie nak share lagi, actually Mekaray Ventures bukan saja-saja nak highlightkan makanan Talbinah ni. Selain daripada riwayat sahih Bukhari & Muslim, Mekaray Ventures turut disertai dengan Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah yang merupakan pakar dalam bidang Tafsir, Quran dan Sains Tauhid. Beliau juga merupakan salah seorang penulis dalam Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam yang mana buku ni merungkai  keajaiban penyembuhan dengan makanan semulajadi. 


KENAPA RAKYAT MALAYSIA RAMAI KENA KANSER? 

Banyak perkongsian yang diberikan oleh Dr. Wan. Nanie baca buku dia pun sangat menarik dan penuh dengan informasi yang kita sendiri pun tak tahu. Salah satu yang Nanie suka bila Dr. Wan bagitahu sebab kenapa rakyat Malaysia ramai kena kanser. Jawapannya sebab kita suka makan buah. Semua macam terfikir... kenapa salah ke makan buah? Tak salah... tapi cara pemakanan kita yang salah. Islam menganjurkan makan buah sebelum makan nasi, bukannya selepas makan nasi. Haaaa kaaauuuu semua baru tahu!!! Jadi adalah sebab musababnya secara Islamik dan secara saintifik kenapa penyakit banyak menyerang kita semua kan. Nanie memang tengah aim nak beli sebuah buku ni. 


Apa yang Nanie nampak, Mekaray Ventures cuba mengembalikan semula cara pemakanan dan kelebihan makanan menurut Islam. Islam tu kaya dengan pelbagai ilmu. Orang kita kena bijak mencari seberapa banyak ilmu agar kesihatan dan kehidupan kita menjadi lebih berkualiti dan bebas dari penyakit berbahaya. 

Sekiranya korang nak cuba, dan nak beli produk Mekaray Ventures boleh ke : 

Mekaray Ventures
111-3 Wisma PPC,
Jalan Dwitasik 1,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Nombor telefon : 603 - 9174 5449

Instagram : @MekarayVentures



Wednesday, March 2, 2016

The Face Shop CC Cushion : Intense Cover & Ultra Moist

Assalamualaikum semua


Memang tengah trend mengenai CC Cushion. Sana sini, semua makeup brand terutama Korea muncul dengan CC Cushion. Nanie pun salah seorang penggemar CC Cushion. Banyak brand yang Nanie dah try. Ada yang Nanie memang suka dan recommended dan ada yang Nanie tak berapa suka. 





Untuk Nanie, beberapa ciri-ciri CC Cushion yang buatkan Nanie suka adalah :

1. Tidak Berminyak & melekit
2. Menutupi cela dengan sempurna
3. Sesuai dengan warna kulit 
4. Harga yang berpatutan 
5. Tahan lama & mencantikkan solekan 

Jadi kelima-lima ciri-ciri kat atas ni ada pada The Face Shop CC Cushion yang terbaru iaitu CC Ultra Moist Cushion & CC Intense Cover Cushion. Kedua-dua produk ni baru dilancarkan ke pasaran.







The Face Shop CC Cushion ni dilengkapi dengan SPF 50+, PA+++ yang mana sangat bagus untuk brigthening & anti-wrinkles effect. Bagi mereka yang tak tahu, CC Cushion adalah teknologi terkini dari Korea untul Colour Control disamping mengekalkan kelembapan kulit wajah kita.

























Apa perbezaan antara Ultra Moist & Intense Cover ni ye??? Macam korang jugak, Nanie pun terfikir apa yang bezanya & mana satu yang sesuai kan? Yang penting sedikit tips Nanie nak share, bila kita nak beli skincare atau makeup, make sure kita kena tahu jenis kulit. So senang nak pilih. Namun kalau tak sure, biasanya kebanyak makeup dan skincare sesuai untuk All-Skin-Types.



CC Intense Cover Cushion sesuai untuk mereka yang mahukan kulit yang sempurna, flawless dan solekan yang tidak bercapuk. Malahan ketahanan untuk Intense Cover adalah sehinggan 25 jam dan mampu memberi litupan yang sempurna sekiranya kulit kita ada sebarang cela seperti jerawat, parut jerawat ataupun kemerahan.




CC Ultra Moist Cushion pula sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mahukan kulit yang lembap dan bersinar. Teruji secara klinikal, CC Cushion ini mampu bertahan sehingga 25 jam dan sangat bagus jika turut disertai dengan pemakaian serum.







PERSONAL OPINION

Personally Nanie sangat suka pada CC Intense Cover Cushion tu. Bila dipakai sangat menutup sebarang cela. Walaupun kulit Nanie bukan yang berjerawat atau berparut, tapi ada jugak kadang tu sedikit blackheads mahupun tona tak sekata. Jadi selepas pakai CC Cushion Intense Cover, memang nampak kulit jadi glowing dan tona jadi sekata.



Pemilihan shades juga bersesuaian dengan tona kulit orang Asia. Kedianya didatangkan dalam Apricot Beige & Natural Beige. Bila blend pada kulit nampak sekata dan teksturnya tidak berat serta mudah dikemaskan.




Seperkara lagi yang menarik minat Nanie untuk The Face Shop CC Cushion ni sebab harganya yang berpatutan dan sangat berbaloi. Untuk RM 88++ dia complete dengan refill sekali. So kalau compare harga dengan brand lain, The Face Shop CC Cushion lebih murah kan? 


Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah : 



Instagram : @TheFaceShopMalaysia 






 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork