Tuesday, May 31, 2016

Me'nate Steak Hub : Istimewa Menu Ramadhan!

Assalamualaikum semua

Isnin depan, Insya Allah kita semua akan menjalani ibadah puasa. Pantas betul kan masa berlalu. Moga-moga kita semua dipermudahkan untuk mengharungi puasa. Nanie berdoa sangat jangan panas terik. Tapi, kata orang kalau tak panas, tak challenge lah. Tak lah kita ni insaf diri menahan lapar dan dahaga. 


Semalam Nanie berkesempatan untuk menghadiri Majlis Preview Ramadhan di Me'nate Steak Hub. Kebetulan, lokasinya depan office Nanie je. Balik kerja, terus Nanie ke sana. Walaupun lokasinya kurang 5 minit dari office Nanie, tapi Nanie tak pernah lagi menjamu selera di Me'nate Steak Hub ni. Setiap petang Nanie lalu situ memang ramai orang. Boleh Nanie nampak dia hampir full house lah jugak! Lokasi yang strategik, betul-betul menghadap Jalang Genting-Klang, serta suasana restoren yang luas dan selesa menjadikan ia satu tempat makan pilihan ramai!


Me'nate Steak Hub ni memang famous. Walaupun ada yang mengeluh kata harganya mahal lah apa lah, tapi kalau nak sedap... nak benda berkualiti yang memang sekali makan teringat dua tiga hari, memang kenalah dengan harganya kan! Hehehehe. 

Disebabkan Nanie first time, Nanie pun usha-usha jugaklah harga daging yang ditawarkan. Range harga sekitar RM 30 - RM 400! But, don't panic! Ianya ikut kesesuaian potion, ikut jenis/bahagian daging dan yang paling penting... ikutlah kemampuan korang. If ada rezeki lebih, nak rasa real and fresh steak, apa salahnya nak merasa kan!


Ada banyak pilihan kat sini. Tepuk dada tanya selera... dan tanya poket juga! :)


Yang part ni memang kena tanya poket. Tapi kalau dah biasa, or willing
to spend and celebrate any special day or special person apa salahnya kan! :)





Tujuan Nanie dan kawan-kawan blogger yang lain dijemput semalam adalah bersempena Ramadhan Preview mereka. Kawasan Setapak, Danau Kota ni semua kan ramai orang Melayu. Jadi kalau esok masa bulan puasa teringin makan steak boleh lah singgah Me'nate Steak Hub ni. Ubah selera sikit kan. Ok jom tengok apa Promo Ramadhan mereka!



Bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjelang ni, Me'nate Steak Hub turut menyediakan pelbagai pilihan makanan berkonsepkan ala-ala nasi arab. Potion untuk setiap hidangan adalah 
untuk 4-6 orang. Tapi jangan risau. Memang banyak, mengenyangkan dan memuaskan. Paling penting masakannya lazat dan sedap! 



Antara pilihan hidangan untuk Ramadhan : 

1. Heavenly Beef 
- Nasi Me'nate & Beef Short Ribs : RM  300 
- Nasi Me'nate & Wagyu Spare Ribs : RM 400


2. Heavenly Lamb
- Nasi Me'nate & Lamb Shoulder : RM 350
- Nasi Me'nate & Lamb Shank : RM 350 


3. Heavenly Chicken 
- Nasi Me'nate & Grill Chicken : RM 99


4. Group Steak  (Pilihan Lamb/Beef & Grilled Chicken) : RM 80/pax with 
(Min.order 4 pax) 
- Sos
- Salad 
- Coleslaw
- Mashed Potato
- Nasi Me'nate / Aglio Olio












Daripada apa yang Nanie rasa, grilled lamb & beef mereka memang terbaik. Rasa smoke & perapan rahsia mereka tu. Lazat! Daging pun dimasak sempurna. Berbaloi dengan harga. Tak salah kan kalau nak makan yang luar biasa sikit sewatu berbuka nanti. 

Untuk mereka yang nak cuba datang & merasai nikmat makan steak yang memang terbaik ni... jemput singgah restoren ME'NATE STEAK HUB  di alamat berikut : 

Me’nate Steak Hub has 3 outlets
Setapak: Starpac Point, Jalan Tamn Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.

Ampang Branch: No.16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang Jaya, Selangor.

Bangi Branch: No. 25, Jalan Medan Pusat 2d 3b, Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hotline

Monday, May 30, 2016

REVIEW POBLING PORE SONIC CLEANSER DARI ALTHEA KOREA

Assalamualaikum semua



Nanie kan suka pakai makeup. Bila pakai makeup tu kadang-kadang walaupun dah dibersihkan, tapi tetap ada yang tak clear. Especially kalau Nanie pakai foundation + BB Cream. Nanie tak nak nanti pori pada muka tersumbat dan akan menyebabkan jerawat serta kulit berminyak teruk. 


KUNCI UTAMA NAK DAPAT KULIT BERSIH 

Oh sebelum terlupa, korang tahu kan... kunci utama untuk kulit muka yang bersih, segar dan bebas jerawat adalah Cleansing! Seriously, Nanie tak tipu. Nanie ingat lagi... dulu masa student kalau Nanie malas cuci makeup ke apa kan.. balik event terus tidur... esok pagi confirm ada jerawat naik.

Sebab tu, sekarang ni... Nanie cuba sedaya upaya untuk bersihkan makeup sebelum tidur. Biarlah malas macam mana pun. Ingat! Sewaktu tidur, kulit kita perlu bernafas. Jadi, kalau liang pori tersumbat dek makeup macam mana dia nak bernafas! Sesak tau... 

So, for today Nanie nak share satu beauty gadget yang Nanie memang suka sangat-sangat. Namanya POBLING PORE SONIC CLEANSER dari HABALAN. Dah lama Nanie memang aim nak beli Pobling ni. Kalau tengok kat Instagram, memang banyak orang jual. Tapi kebanyakkannya tak original. Ada jugak dijual di kedai DIY, DAISO semua tu.... cuma tak original lah. Nanie akan share macam mana nak tahu Pobling ori atau tidak. 

Inilah Pobling Pore Sonic Cleanser 
Bahagian bawah ada emboss text 



Nanie tahan je diri Nanie tak mau beli yang tak ori kan. Yang ori harganya lebih kurang RM 120 untuk satu. Tiba-tiba Tammy bagitahu yang Althea ada offer untuk Pobling. Dia kira macam share price, dari harga RM 120 kepada RM 68/satu and siap postage fee. Amboi apa lagi, nampak boleh jimat macam tu. So terus Nanie order! 

Bentuk button on/off pun boleh tentukan ia ori atau tidak
Biasalah Althea, tak sampai 7 hari dah sampai dengan selamatnya. Sama macam orang lain jugak, Nanie cuak jugak sebab electronic gadget nak dikenakan dengan air kan. Selamat ke tak? Kang tiba-tiba tengah pakai kat muka... short ke apa... dah terbakar! Nauzubillah.


Selepas google & cari info pasal Pobling, rupanya handle Pobling yang original adalah Water Proof. Even button On/Off dia pun water proof. Tak mudah untuk air masuk ke bahagian dalam. Pobling ni menggunakan kuasa bateri 3A. Bila tekan on/off tu, terus ada vibration. 

Vibration akan menyebabkan bristle membersihkan liang pori kita dengan lebih dalam, terperinci serta menyeluruh. Bukan sekadar membersihkan luaran, tapi sampai ke bahagian liang pori yang dalam. 



Boleh diceraikan satu per satu macam ni
Gunakan bateri 3A je...

Kepala bristle pula ditanggalkan. Selepas beberapa bulan (suggestion 3-4 bulan) head of bristle perlu ditukar bagi memastikan ia bersih dan memaksimumkan penggunaannya. Bristle Pobling perlu dicuci dan dijaga dengan bersih. Lepas guna, biasanya Nanie akan cuci dengan air suam dan dab kan pada tuala bersih. Selepas tu, keringkan dengan meletakkan pobling di tempat yang kering dan berangin supaya ia hygiene dan tidak menyebabkan pembiakan kuman atau bakteria. 





Nanie ada share di FB/IG dan You Tube mengenai review Nanie tentang pobling untuk mencuci wajah yang bermekap. Pada mulanya, Nanie pun was-was jugak. Sebab vibration yang dihasilkan tak lah kuat mana. Jadi, mungkin makeup tak dibersihkan dengan betul... Tapi setelah Nanie gunakan pobling... wow!!! Nanie boleh rasa perubahan! Untuk cucian, Nanie gunakan Laneige Foam Cleanser Moisture. Bubble yang dihasilkan banyak dan mencuci dengan bagus. 



JANGAN GUNA TERLALU KERAP!

Nanie selalu gunakan pobling 2x seminggu. Korang jangan gunakan selalu tau. Pernah sekali tu, Nanie buat 2x sehari.... uiiii lepas tu sebelah pipi Nanie rasa pedih dan merah. Mungkin sebab dia cuci sampai dalam kan. So bila terlalu banyak, jadi irritation sikit. Lagi satu, kalau guna tu, cukup sekadar press sikit je... don't use too much pressure. Kulit muka kan sensitif. So kalau pressure sangat pun boleh jadi merah. 

Beberapa perubahan selepas Nanie gunakan Pobling : 

1. Kulit terasa bersih, lembut dan licin
2. Kulit kurang berminyak, walaupun pakai makeup... tak cakey. 
3. Bahagian hidung, yang ada whitehead nampak bersih sikit. 
4. Kulit jadi makin cerah 
5. Jimat masa & jimat pencuci muka. Gunakan sikit dah dapat bubble banyak. 


TENTUKAN POBLING ORIGINAL

Kalau korang google, apa cara nak tentukan Pobling original atau fake... kadang korang sendiri pening kepala. Antara ciri-ciri mudah yang boleh kita ketahui ia ori atau fake adalah dari segi bristle, button on/off, harga, dan kelembutan bristle itu sendiri.

Tapi terkini dan yang paling mudah, pihak pengeluar Pobling, Syarikat Habalan dah siap letakkan QR Code pada kotak Pobling. So, bila kita scan terus je dia bukak laman web Habalan tu. Jadi disitu, sah ianya original.

laman web Habalan selepas scan QR Code 

Tapi kalau korang nak lagi mudah... tak payah pening kepala tentang ketulenan Pobling... ada satu lagi tips Nanie nak share. Yang ini paling mudah digunakan. Korang just beli melalui Althea Korea je... haaaa kan senang. Semua barang di Althea Korea adalah original ye. Directly from Korea and directly dari boutique jenama produk itu sendiri di Korea. Mudah kan? Insya Allah barang pesanan akan sampai dengan selamatnya! 



Nanie memang suggest sangat pada korang yang ada masalah untuk cuci makeup atau nak something more clean and clear bukan dengan cuci muka biasa. Korang boleh gunakan Pobling Pore Sonic Cleanser ni. Harga yang berpatutan, mudah digunakan dan menjimatkan masa menjadikan Pobling sangat famous di kalangan beauty blogger dan penggemar skincare Korea.


Untuk maklumat lanjut dan kalau korang nak beli, Althea Korea sekarang tengah ada Promotion Price untuk Pobling ni. Jimat hampir 30% daripada harga asal tau. Murah sangat-sangat! Ni pun kakak Nanie tengah order dari Althea Korea jugak. Cepat korang order Pobling Pore Sonic Cleanser ni di link dibawah :




>>> ORDER POBLING PORE SONIC CLEANSER <<<

Laman web : 

Instagram : 

Facebook : 


Laman web Althea Korea : 

Thursday, May 26, 2016

RONA CINTA BRIDAL : One-Stop-Centre untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum semua


RONA CINTA BRIDAL : One-Stop-Centre untuk Bakal Pengantin | Biasanya lepas raya, macam-macam majlis akan ada kan. Ada yang bertunang, ada yang buat majlis kahwin, ada yang berendoi, cukur jambul semua ada. Yelah biasanya time musim-musim raya ni senang. Sekali arung buat dengan open house ke apa ke. Jimat masa dan jimat duit jugak. 

Bercakap mengenai majlis keramaian, mungkin ada pembaca blog Nanie ni yang sedang mencari-cari pakej terbaik untuk majlis hari bahagia anda kan? Majlis sebegini kena plan out betul-betul. Kalau boleh nak jadi seperfect mungkin sebab hari bahagia kita kan. Tak kan nak jadi hari disaster. 


So, hari ni Nanie nak share sikitlah pasal pakej terbaik kelengkapan perkahwinan yang murah, affordable dan memang cun-cun semuanya. Geram je Nanie tengok design pelamin mereka tau. Namaya adalah RONA CINTA BRIDAL. 



RONA CINTA BRIDAL adalah event planner company yang menawarkan pelbagai pakej untuk semua hari bahagia anda. Apa sahaja majlis terutama majlis perkahwinan, majlis pernikahan,  majlis pertunangan, majlis cukur jambul, khatam Al-Quran pun boleh.


SERVIS RONA CINTA BRIDAL 

Bukan setakat pelamin-pelamin je ada tau, mereka juga ada pelbagai perkhidmatan. Kata orang macam one-stop-centre untuk bakal mempelai semua. Antaranya adalah : 

1. Pakej pelamin lengkap
2. Pakej pakaian pengantin lelaki & perempuan 
3. Pakej pelamin mini untuk nikah & bertunang
4. Pakej pelamin hiasan untuk berendoi
5. Hiasan meja beradap 
6. Tempahan baju pengantin dengan harga yang berpatutan 
7. Tempahan guest book & collage
8. Tempahan hiasan photobooth
9. Tempahan hiasan meja tetamu 
10. Kelengkapan majlis untuk bertunang, bernikah dan resepsi termasuk hiasan hantaran 



Design pelamin yang diketengahkan juga comel dan cantik-cantik belaka. Semuanya ala-ala garden yang penuh dengan bunga-bugaan. Boleh juga pilih kalau-kalau nak tema lain kan. Insya Allah Rona Cinta Bridal akan realisasikan impian pelamin anda. 

Warna yang digunakan semua pastel dan sejuk mata memandang. Rasa sweet je kan. Nanie pulak yang rasanya tak sabar nak kahwin tau... ecewah! Hahahahah. Sebab apa? Sebab comel dan very romantic! Pandai dia naikkan mood tu kan... 





SERVIS TERBAIK & TIP TOP!

Kawan-kawan Nanie selalu pesan dengan Nanie, kalau nak cari pelamin atau wedding planner... carilah yang betul-betul service bagus. Jangan nak pening kepala di hari kejadian. Bukannya tak tahu, ada berlambak kes-kes wedding planner tipu customer kan. Ada yang sampai harinya pun pelamin tak pasang-pasang. Lagi sedih kalau hilang terus, batang hidung pun tak nampak. Nauzubillah!!! 


So, Alhamdulillah RONA CINTA BRIDAL ni memang dipercayai dan sentiasa mendapat pujian customer dan memenuhi kepuasan pelanggan. Macam Nanie cakap tadi, tak kan nak jadikan majlis bahagia kita satu disaster kan. Kenalah cari wedding planner yang dipercayai, yang boleh bertolak ansur dan paling penting tidak menipu pelanggan. 




PROMOSI PERKAHWINAN RONA CINTA BRIDAL 


Kalau ada pembaca Blog Coklateyes yang sedang mencari-cari pakej perkahwinan terbaik, berpatutan dan dengan kualiti servis yang tip top, Nanie nak sarankan korang boleh berbincang dengan RONA CINTA BRIDAL ni. Tambah pulak sekarang ni mereka ada PROMOSI PERKAHWINAN yang meletop-letop dengarnya! Wow!!!


Promosi untuk mereka yang tempah FULL PACKAGE (makuep, baju pengantin & pelamin) dengan RONA CINTA BRIDAL, pengantin akan dapat FREE COLLAGE & FREE BUNGA TANGAN yang sangat comel bernilai lebih RM 200. Promosi ni SAH SEHINGGA BULAN SEPTEMBER 2016 tau. 




PAKEJ & BAJET BERPATUTAN 

Pakej perkahwinan dari RONA CINTA BRIDAL ni semua mampu milik tau. Pakej bermula serendah RM 950. Dan yang paling penting, sebagaimana owner RONA CINTA BRIDAL, Pn. Suraya Ajmain kata... dia akan create dan cuba realisasikan impian pengantin dengan mengikut bajet pengantin tu. Insya Allah. Dalam ekonomi sekarang kan, mana yang kita boleh jimat kita kena berjimat. 

Jadi, pada anda semua... terutama bakal pengantin yang masih pening & buntu nak cari pakej pelamin, wedding planner ke apa... jemput singgah ke RONA CINTA BRIDAL ni ye. Jap Nanie sharekan link-link dan alamat kedai mereka : 

FACEBOOK :

BLOG : 

INSTAGRAM : 


ALAMAT :

RONA CINTA BRIDAL 
Lot 3058-4, Teratak Idaman, Kg. Sg. Penchala,
Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur
(Dalam kawasan RASTA TTDI & berhampiran Restoran Puteri)

Telefon : 
012-907 2004 / 013-490 1560
 (Cik Suraya)



Wednesday, May 25, 2016

Mereka Bukan Hamba!

Assalamualaikum semua

Tu bos yang dok tengking-tengking tu! 

Untuk entry kali ni, just a sharing sebenarnya. A lesson untuk kita semua. Tak kiralah siapa. Pekerja mahupun boss, seorang ibu dengan anak, isteri dengan suami mahupun apa sahaja. 

Kejadian ni berlaku pagi tadi. Sebelum masuk office, Nanie singgah stesen Petronas berhampiran. Niat nak beli roti butterscotch nak dijadikan sarapan. Hari pulak baru lepas hujan, jadi mendung dan sejuk. 

Dari jauh sebelum melangkah masuk ke Kedai Mesra Petronas tu, nampak ada ramai orang. Ada yang kat ATM, ada yang tengah tunggu turn nak bayar isi minyak dan ada jugak di kaunter bayaran barang. 

Melangkah masuk je, terus Nanie dengar suara seorang lelaki menjerit dan memekik di hadapan kaunter. Nanie ingatkan dia memang style bercakap kuat-kuat ataupun tengah on the phone. Nanie terus je ke rak roti. 

"Bodoh betul! Ingat aku bayar gaji buta ke kat kau? Suruh belajar tak nak. Benda senang pun tak boleh buat? Habis pagi ni sapa nak jaga depan? Aku?! Sapa nak cuci jamban? Aku?!" 

Nanie cepat-cepat toleh ke kaunter. Kelihatan seorang lelaki di usia akhir 40-an sedang bercekak pinggang menengking dua warga Bangladesh di hadapannya. Dua lelaki warga asing tu tunduk dan kelihatan malu. Nanie syak lelaki Melayu akhir 40-an tu adalah tauke stesen minyak tu. 

Ye lah, satu kedai dengar suara kau memekik tau! Malu lah orang tu... Tak cukup dengan tu. Siap hentak-hentak meja kaunter sampaikan ada seorang abang dekat belakang lelaki tu menggeleng kepala. Malu dengan perangai kaum sendiri mungkin. 

Selepas memekik, marah-marah dengan perkataan herdikan... terus si tauke keluar. Hisap rokok. Nampak stress lah jugak. 

Nani ke kaunter untuk bayar. Ada seorang wanita di situ yang Nanie rasa mungkin senior/supervisor mereka. Muka lelaki Bangladesh tadi terpisat-pisat menahan malu. Sambil nak bayar tu, wanita tu beritahu... 

"Aku dah cakap, boss tu cepat marah. Korang tak percaya." 

Salah sorang dari mereka menjawab...

"Gaji bayar takde penuh. Bayar sikit-sikit... suruh orang buat itu..buat ini. Kerja banyak, potong gaji saja tau! Tarak guna punya bos. Tau dia saja ada untung. Orang penat tak tahu!" 

Yang sorang lagi mukanya dah masam. Pulangkan duit baki Nanie pun tanpa sebarang terima kasih. Nanie faham apa mereka rasa. Malu. 


KEJADIAN LEPAS


Patutlah 2-3 bulan lepas, ada satu kejadian yang berlaku pada Nanie dengan salah seorang cashier Bangladesh tu. 

Nanie isi minyak RM 50, dan berikan RM 100 padanya. Tapi bila pulangkan semula, terlebih RM 10 dari cashier. Yang Nanie pun tak perasan. Sesampai di kereta, cashier tadi berlari dapatkan Nanie dan beritahu dia terlebih pulangkan duit baik. Nanie bukak purse dan memang betul terlebih. Terus beri semula pada cashier tu. 

Yang menyedihkan, cashier tadi langsung tak ucap terima kasih. Apatah lagi say sorry. Nanie rasa pelik sebab biasanya orang mesti kata terima kasih sebab Nanie tak 'curi' duit dia yang boleh menyebabkan dia dipotong gaji. 

Nanie rasa biasanya warga Bangladesh ni pandai ucap terima kasih. Pandai berbudi bahasa sebab dia tahu dia hidup susah dan kita bantu dia kan. Tapi yang ni lain. 


MEREKA BUKAN HAMBA!





Selepas kejadian dimarah dengan boss tu barulah Nanie sedar kenapa warga Bangladesh tu tak ucap terima kasih pada pelanggan.  Sebab dia di-train untuk tidak tahu menghargai orang lain. Boss dia sendiri tak hargai dia. Tak berterima kasih pada dia sebagai pekerja. Jadi macam mana dia nak hargai pelanggan dan ucap terima kasih pada pelanggan?

Nampak tak macam mana ajaran orang atas mempengaruhi orang bawahan?


PENGARUH ORANG ATASAN PADA ORANG BAWAHAN

Sebagai orang atasan, sebagai boss jadilah seorang yang profesional dan dihormati. Nanie tak gemar orang yang suka marah depan-depan orang dan menjatuhkan air muka orang lain. Kalau betul orang tu buat salah, tegur dengan bijak. Tegur secara berhemah. 

Pekerja bukan hamba. Mereka juga ada maruah. Bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Sekalipun mereka adalah warga asing, tapi kita kan manusia. Punya hati budi dan perasaan. Bayangkan kalau kita yang diherdik, dimaki hamun depan orang ramai sebegitu. Kita suka? 

Nak menjadi pemimpin atau boss perlulah jadi teladan. Kalau staff atau pekerja tak menjalankan tugas dengan betul, tanya diri sendiri... cukup tak kita ni bagi training pada dia. Cukup tak kita ajar dia, bagi ilmu pada dia. Jangan cepat herdik dan maki orang padahal orang melihat diri kita yang kurang sebenarnya. 

Sekali lagi, Nanie sarankan semua kawan-kawan Nanie kalau andai kata satu hari nanti atau sekarang ni anda adalah seorang boss, ketua,  orang atasan, seorang ibu, seorang bapa atau siapa sahaja... jangan sesekali menjatuhkan maruah orang lain dengan memarahi mereka di khalayak ramai.

Sekalipun mereka buat salah, sekalipun dah banyak kali ditegur dan masih buat benda salah... jangan jatuhkan maruah! 

Jadilah bijak... tegur dengan baik dan dengan cara yang disukai. Bukan menjadikan orang tu semakin membenci. Ingat... hidup ini umpama roda. Kita tak sentiasa di atas.

Ok, tu je. 



*walau apa pun, Nanie tak sokong kemasukan 2.5 juta warga Bangladesh lagi ke Malaysia. 



Monday, May 16, 2016

My 27th Belated Birthday Celebration

Assalamualaikum semua

Tak habis lagi ni pasal Birthday Nanie. Well, this is why I'm in love with May! Cewah. Heheh. Khamis lepas kawan-kawan baik Nanie meraikan hari ulang tahun Nanie. Walaupun lambat, tak pe tak kisah pun sebab faham masing-masing kerja dan ada urusan tersendiri kan. Biasanya kalau kiteorang nak plan apa-apa, kiteorang akan tunggu si Shakirin lah. Bila dia off day. Kalau dia fly memang tak jumpa lah kami. 


Mula-mula ingat tak ada celebration ke apa. Hahahah macam nak sentap kejap lah dengan Kirin kan. Tapi tiba-tiba dorang plan 12 Mei lepas nak jumpa dan celebrate sekali. Lepas balik kerja terus ke Mid Valley. Ya Allah, time tu jugak hujan lebat yang sampai UM banjir kilat tu. Seram Nanie tengok gambar. Laluan Nanie tu. Supposedly Nanie ada di kawasan tu waktu macam tu. Tapi Allah nak selamatkan, hari tu Nanie ada event jadi setel awal terus gerak ke Mid Valley.

Oche, Ara & Kirin 

Sesampai kat sana, yang dah sampai Ara & Arief. Kirin & Oche trap lagi dalam jammed. Tak lama baru dia sampai. Tengah plan nak makan mana, tiba-tiba Kirin hilang. Katanya nak pergi beli barang. Nanie pun terus je lah jalan ke Madam Kwan masa tu. Tak semena-mena Kirin muncul datang bawak Aqeela Faisal. Allahuakbar!!! Memang terkejut habis. Qeela ni kawan sebilik Nanie di Kolej 6 dulu. Dia ni boleh Nanie katakan sebagai motivator Nanie lah. Apa je yang dia bagi nasihat Nanie suka dan terinspirasi tau!



Time ni Arief bersunggh nyanyi happy birthday to you tau! 


The beautiful Aqeela
Geng Spec Mata! Rabun woi...

Disebabkan semua baru balik kerja, kiteroang cepat-cepat order makanan. Lapar tau! Makanan kat Madan Kwan memang sedap-sedap kan. So, semua licin dan laju je habis makan. Than barulah bermula Cake Cutting Ceremony. Thank you so much korang yang gigih penat-penat beli kek semua. Terima kasih banyak-banyak tau!

Setel semua, dah dekat pukul 10. Kiteroang pun apa lagi, jadilah Mid Valley tu kiteorang punya. Amek gambar macam-macam. Sampai tak sanggu nak letak kat blog ni ha. Perangai semua... kemain. Kalah budak kecik kalau depan camera tau! Hahaha.

Self camera saje!


Walaupun Mid Valley dah tutup, kami sambung lagi. Tak puas kan nak borak lama-lama. Nak cerita itu ini. Apa lagi terus ke Chawan, Bangsar. Sambung lepak kat situ. Kebetulan Kirin baru balik dari Jepun, Ara baru balik Umrah, dan Qeela baru balik Cambodia, so semua syok cerita pengalaman! Borak punya borak, pukul 1.30pagi baru balik. Hahahahaha. Sayur je muka masuk office esoknya.

Sambung kat Chawan, Bangsar pulak. Mata dah kuyu dah semua. 








Dear Shakirin, Arief, Ara, Oche & Qeela....

Terima kasih banyak-banyak atas ingatan dan keraian ini. 
Terima kasih sebab selalu ada walaupun jarang berjumpa. 
Terima kasih sebab selalu memberi nasihat, semangat dan kata-kata inspirasi. 
Moga persahabatan kita kekal selamanya. 
Insya Allah. 




Alhamdulillah moga ada kesempatan lagi untuk Nanie menyambut ulang tahun yang akan datang. Mohon juga kawan-kawan dan pembaca blog doakan yang baik-baik untuk Nanie. Moga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipermudah urusan dunia akhirat dan jumpa jodoh yang baik dengan cepat. Amin YRA! :)


 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork