Thursday, September 29, 2016

Kencing Manis : Jenis Risiko & Cara Rawatan Awal

Assalamualaikum semua

sumber : Google 

Penyakit diabetes atau kencing manis bukan perkara baru untuk kita semua. Malahan ia seolah-olah dah jadi biasa di dengar. Ada juga terms yang kata ia adalah penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Mendengarkan kepada ketiga-tiga nama tu, dah cukup buat Nanie gerun dan takut. 

Jangan korang tak tahu ye, sekarang ni penyakit kencing manis atau diabetes bukan sekadar menyerang orang tua sahaja, kajian menunjukkan seawal usia 20-an lagi penyakit diabetes ni boleh menyerang. Diabetes yang menyerang ini adalah diabetes jenis II yang terjadi ekoran kegagalan badan kita menghasilkan insulin semulajadi yang berfungsi untuk mengawal glukos darah agar kekal normal. 

Monday, September 26, 2016

Tanda-Tanda Badan Berkolestrol Tinggi

Assalamualaikum semua

Nanie kan kalau pagi-pagi sebelum pergi kerja mesti pastikan yang badan Nanie tak simpan 'toksik-toksik' semalam. Ye lah, toksik-toksik sebegini lah yang boleh musnahkan badan kita dari dalam tau. Bahaya! Nanie perasan kalau Nanie tak buang segala toksik, confirm kat office macam tak produktif tau. Rasa lemau je. Heheheh.


Selain dari tu, ye lah Nanie kan plussize... Nanie kena selalu check up tahap kolestrol dalam badan Nanie. Kadang-kadang Nanie ada sakit kepala, dan rasa badan lemah sangat. Tu yang risau tu.... dah kenapa pulak badan rasa sakit-sakit sana sini macam orang tua. Nanie pun cepat-cepat google tanda-tanda badan berkolestrol tinggi.


Friday, September 2, 2016

Althea Turns 1 : The Birthday Pink Party

Assalamualaikum semua

Seriously tau, sampai sekarang masih terasa lagi Althea Birthday Celebration yang diraikan baru-baru ini. Bila Nanie melangkah masuk ke RUANG, Subang Jaya serba serbi bewarna pink menambahkan mood untuk Pink Party yang comel dan buat orang geram semacam!


Outfit of the day, Nanie hanya sarungkan dress abaya sempena Hari Raya Aidilfitri lepas yang kebetulannya warna pink rose. Kena tema dah. Tudung pulak Nanie pakai pastel green bluewish. Dan Nanie sarungkan sekali dokoh warna keemasan sebagai pelengkap gaya. Walaupun tak ala korean, tapi sekurang-kuranya nampak comel kan? Hahahaha. Baik cakap comel! 

Cara Ganti MyKad Secara Online

Assalamualaikum semua



Cara Ganti MyKad Secara Online | Ramai yang tak tahu bahawa urusan pertukaran MyKad boleh dibuat secara online. Haaaa ye ke? Iye lah awak. Kita dah buat. Baru je ni ha. Senang dan mudah. Pantas dan menjimatkan. Untuk orang yang macam Nanie ni, yang busy entah buat apa je pun... masa itu sememangnya emas. Tak adanya Nanie nak bersenang lenang menggoyang kaki woi. Tak cukup waktu adalah!


 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork