Wednesday, December 28, 2016

Pembukaan Rasmi THEFACESHOP Flagship Store di Pavilion, Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua

Beberapa minggu lepas Nanie dijemput untuk menghadiri Majlis Pembukaan THEFACESHOP 5th Generation Flagship Store di Pavilion, Kuala Lumpur. Untuk Flagship Store kali ini, THEFACESHOP membawakan kelainan yang menarik terhadap penataan gaya butik mereka yang lebih mesra pengguna dan segar! 



Monday, December 19, 2016

Pengalaman Ke Seoul, Korea Bersama THEFACESHOP Bermula!

Assalamualaikum semua 

Alahai rindunya kat Blog Coklateyes kesayangan Nanie ni. Macam dah lama je tak jenguk dia kan. Sihat ke tak, berhabuk ke tak. Alhamdulillah page view masih maintain. Ada drop sikit sebab tak update kan. Walau apa pun, mari kita menuju tahun baru dengan gembira terutama setelah pulang dari Seoul, Korea Selatan ni. Kenangan yang cukup manis buat seorang blogger biasa seperti Nanie. Alhamdulillah segala puji atas nikmat dan rezeki Allah.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing


Tuesday, December 13, 2016

Bawalah Daku Pergi, Dari Gelisah Ini

Assalamualaikum semua

Dua minggu lepas, Nanie dapat perkhabaran gembira. Alhamdulillah. Kata orang tu mimpi jadi realiti gitu. Salah satu wishlist untuk awal tahun 2016 tercapai. Tu lah hebatnya kuasa "submit niat". Mula-mula macam tak percaya. Tapi setiap tahun, bila Nanie amalkan...stay focus and stay positive memang banyak benda yang baik-baik datang pada kita.



Friday, December 9, 2016

Pengasas Produk Kecantikan Ini Berkongsi Pengalaman "Beauty Is All About Pain"

Assalamualaikum semua 

Nanie kan paling suka jumpa orang. Terutama kalau kawan-kawan blogger tau. Sebab dia punya perasaan dan minat yang sama tu buatkan kita tak rasa kekok untuk berbual. Tapi kan, kali ni Nanie blind date dengan sorang blogger dan kawannya ni... seriously Nanie rasa insecure sangat-sangat. Balik tu macam termenung kejap lah ke luar jendela... mesti korang nak tahu kan siapakah gerangannya? 

Dorang dah janji agaknya pakai baju hitam putih. Kak Su yang pakai necklace merah tu &
Kak Anny yang sebelah lagi. 

Wednesday, December 7, 2016

Bayangkan Jika Ini Berlaku Pada Anda

Assalamualaikum semua


Pada suatu hari, kita mendapat berita yang tidak diduga...apatah lagi tanpa kehadiran suami tercinta disisi dan hanya bertemankan anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan wang yang banyak. Positif Kanser Payudara Tahap 1 telah membuatkan Puan Hasmah bergelumang dalam kesedihan...dia terduduk. Sedih dan murung. Hanya merenung mata anak-anaknya... dan tidak tahu bagaimana dia perlu mencari kekuatan terutama dalam kewangan. Bayangkanlah jika perkara itu berlaku pada kita... 


Monday, December 5, 2016

Disney X THE FACE SHOP Cushion Limited Edition

Assalamualaikum semua

THE FACE SHOP telah berkolaborasi bersama Disney dan menampilkan karakter kartun kegemaran ramai yang comel-comel belaka. Geram je Nanie tengok satu-satu. Disebabkan kolaborasi ini, maka BB & CC Cushion dari THE FACE SHOP ini adalah Limited Edition. 



Saturday, December 3, 2016

THE FACE SHOP The Therapy : Anti-Aging Formula dengan Thalassotherapy Essential Water

Assalamualaikum semua

Saban hari selain daripada usia kita meningkat, sebenarnya tubuh badan kita - setiap sel juga mengalami unsur-unsur penuaan. Proses penuaan ini menyebabkan penurunan proses alami kulit yang menjadikannya kelihatan tidak bermaya dan adakalanya tidak sihat sama sekali. Ramai antara kita berfikir, proses penuaan hanya bermula lewat 30-an dan  40-an, namun jangan terkejut... hakikatnya proses penuaan boleh bermula seawal usia akhir 20-an. Dan sekarang Nanie berusia 27 tahun... makanya, proses penuaan itu telah bermula.



Friday, December 2, 2016

Cara Jimat Beli Beauty Product Korea : Althea Beauty Box

Assalamualaikum semua

Nanie selalu dapat soalan... Kak Nanie kita nak beli makeup, tapi semua mahal-mahal. Tak mampu lah. Alaaa cemana.. cemana???

Kak Nanie yang baik hati ni pun kesian kat pembaca-pembaca semua. Nak bantu, Kak Nanie pun bukan jutawan.. hehehehe tapi, Kak Nanie ada idea....


 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork