Tuesday, July 11, 2017

Review & Giveaway Dr.Belmeur dari THEFACESHOP

Assalamualaikum semua

Pesanan Nanie : Korang kena baca post ni sampai habis tau... Nanie ada nak bagi hadiah! 

Pernah tak korang give up dalam mencari skincare? Especially for those yang memang berdepan dengan masalah kulit yang sensitif & kulit kering yang serius. Nanie tahu perasaannya macam mana sebab ada je kawan-kawan Nanie yang mengalami situasi tersebut dan selalu cerita pada Nanie seksanya dorang nak mencari "jodoh" dalam skincare.

Disebabkan itu, Nanie ada mencuba set skincare terbaru dari THEFACESHOP. Memang terbaik & memang Nanie highly recommended. Personally - Nanie memang suka! Skincare terbaru ni adalah Dr.Belmeur yang memang khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering & sensitif menerusi range Daily Repair & Clarifying.




Sebelum Nanie cerita panjang-panjang, meh lah Nanie kenalkan korang apa manfaat Dr.Belmeur ni sampai Nanie jatuh cinta sangat-sangat. Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta kan...


COSMECUETICAL SKINCARE PERTAMA 

Dr.Belmeur merupakan Cosmeceutical skincare yang pertama dari THEFACESHOP. Cosmecutiecal skincare ni maksudnya adalah skincare yang merawat masalah kulit. Dan kebiasaanya, memang mahal lah kalau skincare macam ni. Untuk Nanie - ni dia set yang Nanie amalkan iaitu Daily Repair yang mengandungi Moisturizer, Toner & Ato Salt Cream.



DICIPTA KHUSUS UNTUK ANDA

Dr.Belmeur skincare range memang dicipta khusus untuk mereka yang ada masalah kulit & kulit sensitif. Tak kira tau lelaki atau perempuan semuanya boleh guna. Well, biasalah bila ia adalah untuk mereka yang ada kulit sensitif, bahan yang digunakan juga mestilah Mild Formula yang telah teruji secara klinikal dengan pemilihan bahan semulajadi berasaskan tumbuhan. The best part, skincare range Dr.Belmeur TIDAK MENGANDUNGI sebarang bahan tambahan tiruan dan wangian. Jadi memang sesuai sangatlah bagi mereka yang kulit sensitif kan?


ATO SALT CREAM UNTUK ECZEMA

Dr.Belmeur skincare range ni untuk pertama kalinya turut memperkenalkan ATO SALT CREAM. ATO Salt Cream ni memang fokus kepada mereka yang mempunyai masalah Atopic Dermatitis (eczema) yang menyebabkan kulit merah & kering. Peggunaan garam laut dalam ATO Salt Cream bukan sahaja boleh membunuh bakteria dan kuman, malahan ia turut mampu menghilangkan parut dan kesan iritasi.


MANA SATU YANG SESUAI?

Nanie sendiri, bukanlah takde masalah kulit... ada je. Nanie jenis kulit combination. Maksudnya ada part yang kering & ada part yang berminyak. Jadi bila macam tu, Nanie kena balancekan selalu kulit Nanie ni. So, sebagaimana Nanie bagitahu di awal tadi... Dr.Belmeur ada dua kategori kan iaitu Daily Repair & Clarifying. Apa beza dia?



DAILY REPAIR RANGE  (For Sensitive , Damage & Dry Skin) 
  • Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering & kulit rosak akibat jerawat dan parut jerawat 
  • Juga sesuai untuk mereka yang banyak terdedah di bawah sinaran matahari, kesan penggunaan kosmetik dan bahan kimia berbahaya
  • Juga sesuai untuk mereka yang ada kulit eczema 



CLARIFYING RANGE (For Acne-Prone & Oily Skin) 
  • Untuk penjagaan sebum, kulit berminyak dan menyeimbangkan kelembapan kulit 
  • Sesuai untuk acne-prone dan kulit berminyak 
  • Merawat kulit berjerawat tanpa sebarang iritasi dan kegatalan 
  • Merawat pori tersumbat yang menjadi salah satu punca jerawat 





DR. BELMEUR DAILY REPAIR MOISTURIZER 
120 ml  / RM 105.89 (inc.GST) 

Moisturizer Dr.Belmeur berfungsi untuk meredakan kulit sensitif  dan secara tak langsung memberikan perlindungan kepada kulit daripada punca kerosakan luar. Ia memberikan keselesaan kepada kulit dengan mengekalkan kelembapan. Nanie suka sangat sebab ia tak berminyak dan senang meresap. Jadi tak ada masalah nak gunakan untuk kegunaan seharian.






DR.BELMEUR DAILY REPAIR TONER 
200ml / RM 95.29 (inc.GST)

Toner pula berfungsi untuk memberikan kesegaran kepada kulit yang sensitif dan kering di samping memberikan kelembapan yang berpanjangan untuk kulit. Teksturnya yang pekat turut mampu mengeluarkan sisa kotoran & kulit mati pada wajah yang tidak tertanggal semasa cucian. Untuk toner, Nanie gunakan cotton pad untuk dab kan pada wajah supaya mudah digunakan dan serata di seluruh muka.




DR.BELMEUR DAILY REPAIR ATO SALT CREAM 
80ml / RM148.29 (inc.GST)

Ini merupakan keunikan Dr.Belmeur skincare range. Didatangkan dengan ATO Salt Cream yang direka khusus untuk kulit kering dan Atopic Eczema. Garam mineral yang mengandungi 8% garam dari Laut Mati memberikan kelembapan yang banyak dan mengurangkan kegatalan serta iritasi. Garam mineral dari Laut Mati ni memang sangat terkenal sebagai rawatan masalah kulit. Malahan melalui kajian dermatologi THEFACESHOP sendiri - sebanyak 42% pelanggan mereka memberikan result positif untuk kelembapan kulit dan tiada pengelupasan akibat kulit kering dalam masa 4 minggu sahaja! Teksturnya yang pekat (krim) boleh digunakan di mana-mana bahagian badan yang mengalami eczema. Bukan sekadar pada wajah je tau!



So, secara personally... Nanie memang suka sangat dengan Dr.Belmeur Skincare Range ni. Highly recommended untuk mereka yang ada masalah kulit terutama kulit kering dan kulit sensitif. Nanie memang faham perasaannya bila kita "cemburu" tengok kulit orang cantik-cantik kan.

Takpe, Nanie rasa boleh kita cuba dan iktiarkan dengan Dr.Belmeur ni. Mana tahu sesuai kan. Nanie sendiri perlukan Dr.Belmeur ni bagi kekalkan kelembapan kulit sebab selalu jugak terdedah matahari dan duduk dalam aircond.



GIVEAWAY TIME!!! 

Okay.. Now adalah part yang menggembirakan hati semua orang. Disebabkan ramai sangat yang tanya kat IG & Twitter Nanie sama ada ok ke tak skincare ni, Nanie dengan gembiranya nak buat Giveaway!!! Yeaaay... cepat semua tepuk tangan... hehehehe.

So semua pembaca Blog Coklateyes boleh join tak de masalah. Tapi... kena ikut step-by-step ye. Hadiahnya adalah Set Trial Pack Dr.Belmeur Daily Repair yang Nanie dapat khas dari Seoul, Korea. Set Trial ni hanya available di e-store THEFACESHOP saje tau. Baik join, mana tahu rezeki korang.


SHARE & WIN 
DR.BELMEUR TRIAL SET GIVEAWAY 

Langkah-langkah
  1.  Follow IG ---- http://bit.ly/1OZSWea (@innanieariffin) 
  2.  Tonton video ni untuk info mengenai Dr.Belmeur  ---- https://youtu.be/P_9LOjWRwUk
  3.  Tinggalkan komen dengan share masalah kulit korang di Instagram Nanie "Saya nak THEFACESHOP Dr.Belmeur Daily Repair kerana....."
  4. Gunakan tag @TheFaceShopMalaysia & hashtag #InnanieXTHEFACESHOP serta #BlogCoklateyes.
  5. Giveaway berlangsung bermula 11 Julai - 31 Julai 2017 & seorang pemenang akan diumumkan pada 3 Ogos 2017



Sebagai penutup, nah ni Nanie saje-saje cubaan buat video lagi. Selamat menonton & cepat-cepat tau join Giveaway tu. Mana tahu rezeki korang. Or, sekiranya ada kawan-kawan yang ada masalah kulit & cuba skincare ni pun korang boleh suruh dia join sekali. Giveaway ni berlangsung di Instagram je! Senang kan?!


Untuk mereka yang berminat nak beli Dr.Belmeur boleh klik link di bawah untuk info lanjut : 

THE FACE SHOP CORPORATE PAGE: 
                             www.thefaceshop.my  
THE FACE SHOP ONLINE STORE: 
                           https://goo.gl/d97f43  
    THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE: 
                           www.facebook.com/thefaceshopmalaysia  
    THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE: 









Thursday, July 6, 2017

Sedikit Cerita & Gambar Kenangan Aidilfitri 2017

Assalamualaikum semua 

Aidilfitri tahun ni Nanie cuti panjang jugak. Lebih dari 10 hari. Tapi bagus jugak cuti panjang sikit sebab sebelum raya - Nanie memang busy gila dengan urusan kerja. Jadi, time raya ni selain dapat rehat, dapat duduk dengan mak ayah lama-lama. And yes, Nanie pun busy dengan urusan perkahwinan kakak Nanie akhir bulan ni. So, time raya - kesana sini jugak hantar kad jemputan.

As usual lah pagi raya, mesti ada sesi salam bersalam, mintak maaf semua kan, itu juga menjadi rutin Nanie dan keluarga. Alhamdulillah, raya tahun ni mak dan ayah Nanie sihat. Malahan untuk ayah, dia makin ceria dan makin gembira. Gembira nak dapat menantu agaknya. Heheh!


Tuesday, June 20, 2017

Meet The Inspiring, Vivy Yusof | Fashion Valet Gaya Koleksi Raya 2017

Assalamualaikum semua

Sapa lagi belum beli baju raya? Ala tak semestinya baju baru kena beli time raya je kan. Hari lain pun boleh beli. Hehehe. Sebelum puasa hari tu Nanie ada hadiri majlis Fashio Valet Gaya Koleksi Raya 2017 bertempat di Black Box, Publika.

This is my first time menghadiri pertunjukan fashion dari Fashion Valet. Aim Nanie selain daripada melihat koleksi raya dari pereka terkenal, wajiblah sebab Nanie nak jumpa Vivy Yusof. Wanita yang memberi 1001 inspirasi dalam bidang bisnes ni kan. Jom tengok sikit sebahagian dari kolekri raya Fashion Valet malam tu.



Monday, June 19, 2017

Serum & Two Way Cake Yang Mudah Untuk Wanita Bekerja

Assalamualaikum semua

Bagi orang yang bekerja macam Nanie ni, kadang-kadang we need something yang simple, mudah dan senang diurus. Kata orang untuk kegunaan harian tu memang sangat bagus. Tak perlu yang leceh-leceh. Apatah lagi yang melibatkan makeup kan. Jadi baru ni Nanie diberi kesempatan untuk mencuba siri makeup & penjagaan wajah dari MEK International iaitu Two Way Cake with Full Coverage & MEK View Soothing Ivy Serum.



Thursday, June 15, 2017

Kes Dihina Abang Kebab di Bazar Ramadhan Jadi Viral

Assalamualaikum semua

Kalau korang ada terbaca kat mana-mana page mengenai status Nanie berkaitan dihina abang penjual kebab di bazar Ramadhan... yes memang itulah yang berlaku. Tak sangka pulak Nanie sampai tahap macam tu sekali viral status tu. Nanie menulis di FB untuk pedoman dan nasihat sahaja. Sekadar meluah rasa perangai masyarakat kita yang suka "melabel" dan "menghina" orang lain.



Monday, June 5, 2017

Althea Korea Raya Giveaway Festival

Assalamualaikum semua 

Dah ready persiapan raya korang tahun ni? Kalau baju dah ready, tudung dah ready, kasut dan hand bag pun dah ready.... Nanie harap jangan lah sesekali melupakan makeup & keserian wajah di pagi Syawal. Barulah meriah raya tahun ni. Hehehehe. 

Kalau korang masih lagi tercari-cari kat mana agaknya nak beli barangan makeup & skincare terbaik daripada Korea - rasanya Nanie tak perlu kenalkan lagi kot. ALTHEA adalah pilihan yang sangat bijak, berbaloi dan memang berkualiti! Terjamin... Nanie memang dah berkali-kali shopping di Althea. Dan sepanjang Nanie gunakan servis dari Althea, memang superb dan tip top! Tak payah risau-risau. 


Ni meh sini dengar, bersempena dengan kehadiran Hari Raya Aidilfitri - Althea Korea mengadakan Raya Giveaway Festiva yang mana dengan setiap pembelian di Althea Korea, korang boleh dapatkan barangan di bawah ni secara PERCUMA! Yes yes betul. Senang je, just tambahkan item pilihan dibawah pada shopping cart korang, nanti during check out - the item will be discounted. 




Mudah je kan. Siap dengan Free Postage lagi dengan setiap pembelian melebihi RM 99. Tak cukup dengan tu, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Setiap pembelian di Althea, korang akan dapat Limited Edition Box. Warna hijau dan sangat meriah kan? 


So, Nanie rasa tak payah lagi nak cerita panjang-panjang. Althea memang menjadi platform utama Nanie kalau nak shopping makeup dan skincare dari Korea. Segala maklumat lanjut & info pembelian, korang boleh klik link-link yang Nanie sediakan dibawah : 



Facebook : 

Website : 

Instagram : 

Wednesday, May 31, 2017

AVA Medispa Ampang : Manjakan Kulit Wajah dengan Rawatan Facial Berkualiti

Assalamualaikum semua

Salah satu cara untuk Nanie rasa relax sebenarnya bila pergi facial. Ye lah sapa yang tak rasa relax kalau muka dibelai, di bersihkan, di urut-urut... woi nikmat tau facial ni. Sapa yang tak pernah pergi facial, boleh Nanie kategorikan "agak rugi" disitu. Beberapa minggu lepas, Nanie ada jalani satu facial treatment di AVA Medispa Ampang. 

Bagi Nanie, pemilihan spa untuk facial ni mestilah dipilih dengan baik sebabnya, kita mestilah nak yang bertauliah untuk cantikkan wajah kita kan. So, pertama sekali jangan risau di AVA Medispa ni, beautician yang mengendalikan adalah jururawat aesthetic yang terlatih. 

Renting May Be Ideal For Your Lifestyle

Assalamualaikum semua

This post might be a little different from the rest. But, as for knowledge... we should take note on this matter. And nah, ni Nanie share a few info regarding renting a properties.



When you are looking for a new place to live, you really want to make sure that you do your research. You want to take some time to look into all of your different options. This is not something that you should do without putting in the effort and deciding what the best option is for you in your specific situation. Remember that you will be spending a lot of time in the place that you live, and you will be spending a lot of money to be there. You need it to be perfect. If you want to know the benefits of renting over buying a flat in Selangor, they are laid out below.

Tuesday, May 30, 2017

Resipi Muesli Breakfast Bowl with BOH Green Tea Latte untuk #BOHGTLBreakfastSearch

Assalamualaikum semua 

Baru-baru ni sebelum puasa hari tu, Nanie ada join #BOHGTLbreakfastsearch. Bukan senang ye nak dapatkan idea resepi apa lah yang bagus dan berkhasiat untuk dinikmati waktu pagi kan. Sebelum terlupa, saje nak share dengan korang semua... breakfast sangat penting ye untuk tubuh badan kita. Dulu masa zaman belajar Nanie bukan seorang yang breakfast, tapi bila dah kerja barulah rajin nak breakfast. And you know what, Nanie sendiri memang rasa bezanya bila sarapan dengan tak sarapan. 



Sunday, May 21, 2017

THEFACESHOP Miracle Finish Cushion Review Dengan 6 Pilihan Finishing Terbaru!

Assalamualaikum semua


Masa lawatan Nanie ke Seoul pada Disember lepas bersama THEFACESHOP, Nanie dah lama berkenan dengan CC Cushion terbaru mereka iaitu Miracle Finish Cushion yang menampilkan casing yang sangat elegan, cantik dan eksklusif. Sejak dari tu jugak lah, Nanie memang tak sabar nak tunggu pelancarannya di Malaysia. And here it is!!! THEFACESHOP Miracle Finish Cushion.



Monday, May 15, 2017

Kedai Emas MAYA, Kedai Emas Terbaik di Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua 

Dulu kan masa kecik-kecik, bila lagi 2-3 hari nak raya, mak Nanie mesti dah siap-siapkan pakaikan rantai emas dengan gelang emas kat kitaorang adik beradik. Mulalah masing-masing tadah leher sebab mak nak ikatkan benang dekat gancu rantai tu. Anak semua perempuan, meriahlah mak hiaskan anak-anak dia dengan emas. Terus mood raya tu masuk bila mak dah pakaikan barang kemas tau! Suka bunyi loceng gelang tangan lah... pakai loket huruf-huruf lah. Memori betul. Tu belum lagi tengok kedai-kedai emas penuh ye bila nak raya. Meriah macam pesta. Sebab semua nak nampak berseri bling-bling di pagi Syawal.


Sunday, May 14, 2017

Baju Kurung Moden 2017 Yang Cantik

Assalamualaikum semua

Sana sini dah sibuk keluar koleksi Hari Raya. Bukan main lagi, geram je tengok baju-baju raya yang meriah dan cantik-cantik belaka. Dah mula terasa dah semangat lebaran tu. Tapi, sebelum tu Nanie nak pesan... dah habis ganti puasa belum? Kalau belum, sempat lagi ni.... 

Minggu lepas, Nanie dijemput oleh Scarffeya untuk menyaksikan pelancaran Koleksi Scarffeya Allure Raya 2017 bertempat di Glasshouse, Seputeh. Bagi yang belum mengenali Scarffeya, Scarffeya adalah brand fashion online yang telah mula menembus pasaran fesyen muslimah sejak tahun 2014 lagi. 




Tuesday, April 18, 2017

Golongan Yang Dilarang Menderma Darah

Assalamualaikum semua 

Nanie ada kongsikan di Facebook mengenai satu sharing bermanfaat dari seorang doktor ni. Lepas Nanie share tu, baru Nanie perasan yang dia adalah kakak kepada pasangan pengantin yang mana tak lama dulu Nanie jadi pengacara untuk majlis adiknya. Patutlah namanya macam familiar. Pernah jumpa sebelum ni. 


Perkongsian doktor ini adalah berkaitan "Selfish". Rupanya ada golongan selfish di kalangan rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di hospital. Meremang juga bila baca perkongsian beliau. Ye lah, tak semena-mena orang lain boleh mendapat bala. Ini perkongsian Doktor Hana Hadzrami : 

Wednesday, March 29, 2017

Gogoprint : Online Print Namecard Dengan Mudah, Pantas & Berkualiti

Assalamualaikum semua

Namecard Nanie dah lama sangat habis. Kadang tu pergi ke event rasa tak sedap pulak bila tak ada namecard. Penting untuk seorang blogger memiliki namecard. Selain dari pengenalan diri, mudah juga untuk keep-in-touch kan. Baru-baru ni Nanie kongsikan pengalaman Nanie menggunakan khidmat Gogoprint untuk print namecard Nanie. Alhamdulillah memang puas hati & memang mengikut spesifikasi yang Nanie mahukan. Jom Nanie share pengalaman gunakan servis dari Gogoprint. 


Tuesday, March 28, 2017

Korea Beauty Travel with THEFACESHOP : Part 3

Assalamualaikum semua

Baiklah, ini adalah entry terakhir untuk Korea Beauty Travel with THEFACESHOP. Kalau nak diikutkan banyak sangat yang Nanie nak cerita, nak sharekan pengalaman menjejak kaki ke Seoul, Korea buat pertama kali. Untuk mereka yang belum lagi baca entry sebelum-sebelum ni, Nanie compile kan link disini ok. 


- Korea Beauty Travel Part 1 : http://bit.ly/2nqaVWZ
- Korea Beauty Travel Part 2 : http://bit.ly/2nENWYl
- Video Travel ke Korea bersama THEFACESHOP : http://bit.ly/2nq69sP
- Persediaan Bajet ke Korea untuk musim sejuk : http://bit.ly/2nFgpxA

Untuk hari ketiga Nanie di Korea, pagi Nanie dimulakan dengan breakfast dengan menghadap pemandangan bandar Seoul yang sangat cantik disimbahi sinaran matahari. Sehingga hari ini, Nanie masih lagi terbayang-bayang keindahannya. 



Monday, March 27, 2017

Resepi Mudah: POKKA Macaroni Cheese with Honey Lemon & Biscuit Crumbles

Assalamualaikum semua 

Nanie memang hari ni stay dekat rumah je. Rasanya sebab usia dah meningkatkan, tu pasal duduk rumah tu rasa heaven sangat. So, since duduk rumah jomlah kita masuk dapur kan. Asah bakat memasak sikit. Mana tahu esok dapat jodoh! Eh... hehehehe. Jomlah masak dengan Nanie. Nanie nak share resipi ciptaan sendiri ni. 


Sunday, March 26, 2017

POKKA Minuman Paling Diminati Di Malaysia!

Assalamualaikum semua

Bila Nanie drive balik ke Johor, Nanie mesti singgah kat mana-mana stesyen minyak. Selain daripada isi minyak dan isi Smart Tag, Nanie beli jugak makanan macam jajan dan gula-gula, juga Nanie akan beli minuman sekali terutama kopi yang boleh buat celik mata macam tu. Dan semestinyalah kalau Nanie, pilihan utama adalah kopi dari jenama POKKA! 




Thursday, March 23, 2017

Korea Beauty Travel with THEFACESHOP : Part 2

Assalamualaikum semua


Baru perasan, Nanie belum update lagi dengan pembaca semua mengenai Korea Beauty Travel with THEFACESHOP : Part 2. Ampun awak... kita busy tak ingat. Kerja...kerja... kerja! Hehehe. Takpe, now kita update sambil berkongsi pengalaman ye. Mana tahu, ada pembaca Nanie yang nak ke Korea kan? 

Seawal 8.30pagi Nanie dan team Malaysia dah turun breakfast bersama. Macam biasa, bila Nanie ke luar negara, breakfast ambil yang mudah dan yakin Halal. So basically Nanie lebih prefer amek cereals, buah-buahan dan susu je. 

Image may contain: food


Tuesday, March 21, 2017

THEFACESHOP Moisture Touch Lipstick : Review & Kesesuaian Dengan Tona Kulit Wajah

Assalamualaikum semua 

Walaupun Matte Cream banyak di pasaran, but somehow we still need a lipstick. Pada Nanie keduanya ada peminat tersendiri. Ada masa Nanie juga macam tu. Nanie perlukan lipstick sebab Nanie mahukan kelembapan bibir yang berterusan. So, Nanie nak share lipstick terbaru dari THEFACESHOP iaitu Moisture Touch Lipstick. 



Monday, March 20, 2017

Percutian Hebat di Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum semua
Yeay! Cuti sekolah dah bermula. Seronoklah semua yang bersekolah kan. Paling seronok mestilah budak-budak sekolah termasuk cikgu-cikgu. Yang mak-mak dan ayah-ayah pun seronok jugak. Boleh plan percutian untuk keluarga. Inilah masa untuk eratkan lagi sillaturahim dan sambil tu merehatkan minda dan badan yang dah digunakan untuk kerja dan menguruskan rutin harian. Anak-anak pun mesti dibawa berjalan juga sekali sekala. Barulah mereka gembira dan bersemangat untuk belajar. Lagipun, tak rugi bawa mereka berjalan sebab, ia sebahagian dari aktiviti menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan. Bak kata orang "Jauh perjalanan, luas pemandangan!".


Tuesday, March 14, 2017

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa bersama Stellavingze International

Assalamualaikum semua

Pada 8 Mac yang lepas, Nanie telah dijemput oleh Stellavingze International untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa yang bertempat di MELILEA Tower, Bangsar South. Seawal Nanie tiba, dah kelihatan beberapa wanita - terutama ibu-ibu dah lengkap berpakaian serba merah jambu. Nampak cantik dan sangat meriah.


Monday, February 27, 2017

PRUDENTIAL : Sejauh Mana Hubungan Dengan Keluarga & Ibu Bapa Mempengaruhi Hidup Kita?

Assalamualaikum semua 

Kebelakangan ni, Nanie terlalu sibuk. Boleh dikatakan hampir setiap minggu jadual Nanie penuh dengan pelbagai aktiviti. Adakalanya, Nanie sendiri rasa penat dan seolah-olah tiada masa untuk diri sendiri. Apatah lagi untuk pulang ke Johor dan bersama keluarga.

SEORANG YANG "FAMILY PERSON"

Jika anda mengenali Nanie secara peribadi, Nanie adalah "Family Person". Sejak dari zaman belajar lagi, setiap dua minggu Nanie akan pulang ke Johor berjumpa mak ayah. Sesibuk mana pun Nanie, Nanie tetap usahakan untuk pulang dan menguruskan mereka. Selain daripada menguruskan mak ayah, sebenarnya Nanie lebih berikan "Me Time" kepada diri sendiri apabila bersama keluarga. Sebab dengan berjumpa mereka, kemesraan antara Nanie dan mak ayah membuatkan Nanie hilang stress dan tekanan kerja. 



Sunday, February 26, 2017

STUFFIEE : Aplikasi Mobile Untuk Mudahkan Pengurusan Gambar Digital

Assalamualaikum semua 

Nanie ni memang suka sangat ambil gambar tau. Baru ni je Nanie upgrade storage iCloud Nanie kepada 200GB. Nanie suka ambil gambar sebab pada Nanie tu semua memori dan pengalaman. Masa Nanie ke Korea sahaja, lebih 6000 gambar Nanie ambil dan semuanya hanya menggunakan handphone. 

MASALAH BILA GAMBAR MELAMBAK

Tapi, ada masalah jugak bila banyak sangat gambar. Nanie rasa gallery Nanie sangat messy dan tak well-organised. Kadang tu bila nak trace semula gambar, ambil masa lama dan payah. Lama-lama Nanie buangkan je gambar yang tak perlu sangat. But, still... perlukan masa lah nak delete and sort out satu-satu kan. 


Seronoknya kalau ada aplikasi yang membantu kita on this part kan! Well. No worries anymore. Nanie nak perkenalkan STUFFIEE. Aplikasi yang memudahkan kehidupan seharian kita. A social ambassador app where friends recommend friend's stuffs! 

Friday, February 24, 2017

Olay Regenerist Miracle Duo : Berikan wajah 10 tahun lagi muda!

Assalamualaikum semua

Ingat tak entry Nanie mengenai simptom "Tua Sebelum Usia". Bagus kalau korang ingat. Itu tanda korang belum lagi tua. Masih muda. Hehehehe... Ok, Nanie kan nak share satu skincare yang Nanie gunakan untuk melawan penuaan kan? Now, ini diaaaaa yang Nanie maksudkan Olay Regenerist Miracle Duo. Produk terbaru dari jenama skincare terunggul , Olay.




Friday, February 10, 2017

Review THEFACESHOP YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care

Assalamualaikum semua

Sejak Disember 2016 selepas Nanie ke Seoul, South Korea, Nanie memang dah announce dan beritahu dalam Instagram yang THEFACESHOP akan melancarkan skincare line terbaru mereka iaitu YEHWADAM Revitalizing  Anti-Aging Care. 


Pertama kali Nanie mendengar namanya, sudah pasti yang terlintas di kepala adalah apa itu Yehwadam? Sesuatu yang unik kan? Sebagaimana kebiasaan, set penjagaan wajah dari THEFACESHOP pasti akan memberikan sesuatu yang menarik dan mahal kepada pelanggan mereka. Dan untuk set skincare kali ini, apakah inspirasi THEFACESHOP dalam menghasilkan YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care?



Monday, February 6, 2017

Masa Muda Bukan Masa Keseronokan Sahaja

Assalamualaikum semua 

Masa berlalu memang sangat pantas. Kadang kita tak sedar pun yang diam tak diam, kita semakin berusia. Nanie sendiri dah mencecah hampir ke 30 tahun. Ya Allah, rasa macam semalam je baru masuk sekolah, rasa macam semalam je masih lagi selekeh-selekeh main longkang semua. Dan tanpa kita sedar, banyak sungguh memori yang mengusik jiwa. Ada yang suka dan ada yang duka. 


YAAAAS: 9 Lala-Exclusive Downloadable Desktops - the Lala:

Friday, February 3, 2017

Review Smartphone GT-888 dari GT Mobile

Assalamualaikum semua 

Hari ni penggunaan smart phone sangat meluas. Tak kira tua, muda mahupun kanak-kanak, smart phone tu dah jadi perkara yang biasa. So, last 3 weeks Nanie terima satu smart phone iaitu GT-888 dari GT Mobile iaitu sebuah syarikat telekomunikasi dan teknologi yang bertapak di Singapore. 


Wednesday, February 1, 2017

GT DOLLAR GROUP MEDIA LAUNCH

Assalamualaikum everyone! 


Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Deputy Minister of Tourism and Culture debuted the launch of e-commerce giant, GT Dollar Malaysia at Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur today at the Malaysia FinTech Ecosystem Conference and GT Dollar Grand Launch.

The event was witnessed by distinguished government officials as well as 3,000 prominent IT and e-commerce industry leaders who support the development of a dynamic FinTech ecosystem, paving way for SMART innovations like GT Dollar, making Malaysia a force to reckon with in the FinTech sector.


Tuesday, January 24, 2017

Korea Beauty Travel with THEFACESHOP : Part 1

Assalamualaikum semua

Kena kuatkan semangat ni nak teruskan entry travel ke Korea bersama THEFACESHOP! Jangan main-main. Sebab memang nak share pengalaman manis di sana. Ni lagi, bila tengok ramai kawan-kawan ke sana akhir-akhir ni... rasa rindunya lahai kan! 

Flight Nanie ke Korea adalah pada jam 8 pagi. Seawal 5 pagi Nanie dah keluar rumah dengan dijemput driver yang diaturkan oleh THEFACESHOP sendiri. Perasaan berdebar tu memang ada. Ye lah, pertama kali kan nak menjejak kaki ke sana. Lebih kurang pukul 6, sampai di KLIA tengok orang dah ramai sangat-sangat. Beratur, check in luggage lah paling lama. Sedar tak sedar dah dekat pukul 7.



Thursday, January 19, 2017

Kulit Wajah Lebih Cepat Tua Dengan 5 Penyebab Ini

Assalamualaikum semua

Setiap hari Nanie bukan semakin muda. Tanda-tanda penuaan menyerang kita semua setiap masa dan setiap saat. Untuk wanita, tanda penuaan sering terlihat pada wajah terutamanya pada bahagian kulit dan ia adalah satu masalah besar buat kaum Hawa. Ye lah kalau Nanie pun sama. Nanie akan rasa sangat insecure tau. Bila tanda-tanda penuaan muncul dengan sangat jelas di wajah, mesti kurang keyakinan diri nak berjumpa dengan orang ramai. Tanda penuaan menurunkan keyakinan tau! 

Sebelum Nanie cerita panjang lagi, korang jangan tak tahu ye... tanda penuaan bukannya muncul pada usia 40-an atau 50-an, seawal usia 20-an pun dah ada tau wanita yang tampak jelas tanda penuaannya. Penuaan memang terjadi pada semua orang, tapi ada beberapa faktor yang menjadikannya muncul lebih awal.

No automatic alt text available.



Tuesday, January 10, 2017

Persediaan Bajet Untuk Travel Musim Sejuk ke Korea

Assalamualaikum semua 




Nanie dapat berita gembira ni pada hari Jumaat lebih kurang dua minggu sebelum terbang ke sana. Ingat lagi, ketika PR whatsapp Nanie masa tu tengah dalam meeting. Bila baca whatsapp tu, melompat gembira jugak lah. Ye lah, sapa tak gembira kan bila dapat sponsor dari THEFACESHOP untuk ke Korea. Habis semua satu kampung Nanie bagitahu. Dan petang tu jugak, Nanie mohon cuti dari boss. Alhamdulillah, boss Nanie sangat memahami. Dia kata Nanie deserved to go to holiday since Nanie memang tak pernah cuti panjang macam ni. Boss approved cuti. Yahooo!!! 

Monday, January 9, 2017

THEFACESHOP 2017 NEW PRODUCT | VIDEO JOURNEY

Assalamualaikum semua

Ramai tanya Nanie, apa yang Nanie buat masa di Korea? Actually, Nanie ke sana atas jemputan sebagai Key Opinion Leader 2016 yang berperanan mewakili suara pelanggan THEFACESHOP Malaysia. Seramai empat peserta telah terpilih dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. 

Nanie nak share dengan korang semua terlebih dahulu yang THEFACESHOP akan melancarkan 4 produk kecantikan dan makeup mereka yang terbaru. Excited betul Nanie bila berpeluang menjadi antara orang Malaysia yang terawal merasai & mencuba sendiri produk-produk mereka. 

Image may contain: 6 people, people standing

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork