Wednesday, January 4, 2017

Aspirasi Untuk Melangkah Lebih Jauh!

Assalamualaikum semua 

Menjejak ke usia 28 di tahun 2017. Alhamdulillah dan segala puji ke hadrat Allah SWT. Diberikan usia, kesihatan dan limpah rezeki yang tidak terhingga. Syukur dengan segala yang Allah berikan. Akhir tahun lepas, pada 25 Disember... Nanie agak sibuk uruskan majlis pertunangan akak Nanie. Bila ayah diserang strok pada 2010 dulu, Nanie cuba sebaik mungkin untuk uruskan mana yang boleh. Syukur jugak bila saudara mara dan jiran tetangga banyak membantu. Majlis sederhana dan berjalan dengan lancar serta dengan jayanya. 

Kesian ayah, baju dia labuh lengannya... dah nampak macam tak ada tangan. Moga mak ayah sihat selalu. Amin! 







Bulan Disember untuk Nanie sangat pack! Lepas balik dari Korea terus sibuk uruskan majlis akak dan ada event untuk office semua. Tapi, bila kita sibuk... itu yang seronok kan. Ada je benda yang nak dibuat, nak difikir. Ke sana sini jugak lah Nanie. Tambah pulak dengan beberapa urusan blog. Kena siapkan semua sebelum akhir tahun. 

Mujur masa majlis akak Nanie, makcik pakcik semua tak shoot Nanie dengan soalan-soalan maut. Tapi biasalah, kita je sendiri panic attack. Tapi tak adalah sampai desperado sangat. Cuma dalam fikiran Nanie, its the time to find someone actually. Ehhh ke tak payah cari sangat? Ada orang kata, jangan cari sangat nanti kita frust. Ada pulak yang nasihat, usaha kena ada... kalau tak cari mana nak dapat. Haaa cemana tu??? Lagi pulak bila melihat beberapa kawan-kawan blogger serta kenalan zaman sekolah yang dah lebih dulu off market. Haih, peluh jugak kita scroll timeline di kala hujung minggu. Kihkihkih


Bila tengok semula pattern-patern target terdahulu, Nanie perasan yang Nanie memang sejenis Goal Getter. Nanie jenis yang membayang-bayangkan sesuatu tu... and Alhamdulillah dengan izin Allah dapat dicapai. Usaha secukupnya dan serahkan pada yang Maha Esa. Satu per satu target Nanie dapat direalisasikan untuk tahun 2016. Flashback semula, memang perasan yang Nanie a bit full swing di separuh masa kedua. Heheheh. Dah macam cerita bola sepak dah. Pergi Korea secara sponsored juga ada dalam wishlist di awal tahun 2016 dan Alhamdulillah termakbul. Pencapaian yang membanggakan tu buat Nanie sebagai blogger! 

Image may contain: 1 person, sunglasses and closeup

Untuk 2017, segala perancangan dan target telah Nanie siapkan. Tahun ni, Nanie perlu siap siagakan minda dan fokus kepada "pencarian". Kisah duka Nanie dah tinggalkan di Korea yang lepas (http://www.coklateyes.my/2016/12/bawalah-daku-pergi-dari-gelisah-ini.html). Move On beb! Move On! Jangan fikir lagi dah. Sepatah kata Akim, kawan baik Nanie... ada sebab semuanya terjadi. Ada sebab ditunjukkan segalanya. Allah sayang kau. Exactly beb! Moga ada yang lebih elok lagi kan....  


Dan, sebagai reward diri sendiri untuk tahun 2016 yang telah berlangsung dengan jayanya. Nanie hadiakan "sesuatu" untuk kepuasan diri sendiri. Tak banyak. Cukup mana yang ada dan mana yang boleh. Moga dengan reward sebegini boleh buatkan Nanie bekerja lebih keras dan berusaha lebih gigih untuk masa depan diri sendiri dan juga masa depan Blog Coklateyes ni. Nanie juga doakan anda semua berjaya dapatkan segala impian ok! 

Jangan sia-siakan wishlist awal tahun korang. Apa yang korang tulis tu, satu impian yang menolak korang untuk pergi lebih jauh. Explore diri korang. Cari seberapa banyak kelebihan yang ada untuk majukan diri sendiri. Prinsip Nanie senang : 

"Tonjolkan seberapa banyak kelebihan yang kita ada, supaya orang tak bercakap tentang kekurangan diri kita!" 


So, anyone here yang ada abang ke kawan-kawan lelaki yang single? Meh nombor telefon diorang. Hahahahahahaah ☺





1 comment:

  1. Alhamdulillah dik..akak pulak rasa besar hati bangga baca entry awak ni dik

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork