Tuesday, January 24, 2017

Korea Beauty Travel with THEFACESHOP : Part 1

Assalamualaikum semua

Kena kuatkan semangat ni nak teruskan entry travel ke Korea bersama THEFACESHOP! Jangan main-main. Sebab memang nak share pengalaman manis di sana. Ni lagi, bila tengok ramai kawan-kawan ke sana akhir-akhir ni... rasa rindunya lahai kan! 

Flight Nanie ke Korea adalah pada jam 8 pagi. Seawal 5 pagi Nanie dah keluar rumah dengan dijemput driver yang diaturkan oleh THEFACESHOP sendiri. Perasaan berdebar tu memang ada. Ye lah, pertama kali kan nak menjejak kaki ke sana. Lebih kurang pukul 6, sampai di KLIA tengok orang dah ramai sangat-sangat. Beratur, check in luggage lah paling lama. Sedar tak sedar dah dekat pukul 7.




Perjalanan 6 jam agak excited buat Nanie. Tapi disebabkan flight pagi, jadi most of the time Nanie tertidur dalam flight. Cuma bila dikejutkan dengan sarapan Nasi Lemak Pak Nasser tu memang layan jugaklah. Sedap rendang dia ye. Nanie suggest if naik Air Asia, ambil je lah Nasi Lemak Pak Nasser ni. Sedap dan puas hati.



Lebih kurang lagi 30 minit nak mendarat di Incheon Airport, Nanie perasan ramai penumpang terutama orang Korea sendiri, dah mula siap-siap pakai winter coat dan gloves. Kita ni yang tak tahu macam mana sejuknya cuaca sejuk tu, konon-konon macam tak ada apa lah. Dalam hati cakap, "Eleh, suhu -1' maybe tak sejuk sangat kot!". So, confident ye tak pakai winter coat. Tapi Nanie dah prepare dalam bag pack winter coat siap-siap. Mula-mula Nanie pakai yang nipis je, tapi atas nasihat Kak Sabby dan Chency yang dah ada pengalaman dengan musim sejuk, Nanie cepat-cepat tukar kepada Puffy Winter Coat.



Selamat landing, check Immigration, ambil luggage semua, kami pun berangkat ke pintu ketibaan. Bukak je pintu, zaaaaaaaaaaaaaapppppppppppp terus ye angin sejuk di bawah paras beku menyapa muka. Tudiaaa...mujur Nanie dengar nasihat Kak Sabby & Chency tadi. Sejuk dia memang sejuk gila lah. Sampai keluar asap terus dari mulut tu. Lebih sejuk dari peti ais woi. To be honest ye, lemak-lemak Nanie tak berguna pun di negara winter sebab Nanie masih lagi menggigil kesejukan! Kehkehkeh. 


Depan pintu ketibaan tu, nampak seorang Ahjussi 아저씨 dengan memegang signage THEFACESHOP MALAYSIA. Orang Korea ni, pemalu sikit. Ahjussi ni tak bercakap pun dengan kami. Mungkin disebabkan mereka kurang fasih berbahasa Inggeris kan. Tapi takpe. Kami pun ok je. Walaupun sampai mendarat di bumi Seoul pada jam lebih kurang 6 petang, tapi suasana dah macam maghrib. Even dalam perjalanan ke hotel kami di Junggu pun, hari dah gelap macam pukul 8 malam. 




Penginapan kami di Seoul adalah di Hotel Lotte. Terletak di kawasan pusat bandar dan bertaraf 5 bintang, Nanie memang kagum sangat dengan hotel ni. Cantik dari dalaman sehingga ke luarnya. Even di hadapan hotel sendiri penuh dengan pokok-pokok yang dihiasi lampu kelip-kelip sebab masa tu hampir Krismas kan. 




Selepas check-in, bilik kami semua berada di tingkat 29. Hotel Lotte ni ada dua tower. Yang satu khas untuk bilik-bilik, satu lagi Main Tower untuk restaurant, conference room dan lain-lain. Scan je card bilik tu, lif terus automatik tahu bilik kita di tingkat berapa. Canggih betul! Dekorasi hotel sangat cantik. Macam istana pun ada.

Masuk je bilik. Ya Allah... seronoknyaaa... First time masuk terus Nanie tengok pemandangan dari bilik Nanie. Subhanallah. Macam tak percaya Nanie berada di Korea. Sayup je tengok ke bawah. Bangunan tinggi-tinggi. Dan cantik-cantik. Cuma malam dia tak jelas sangat lah. Tapi rasa bangga dan terharu sendiri tiba-tiba. Terus face time dengan ayah and mak kat Malaysia. 


Now, kita tengok bilik pulak. THEFACESHOP berikan bilik sorang satu. Mula-mula tu rasalah takut kan. Sebab bilik dia besar. Kita dok sorang pulak. Tapi don't worry. Nanie beranikan diri je. Sebelum masuk, baca ayat kursi siap-siap. Bagi salam. Dan niat dalam hati, mudah-mudahan selamat dan dilindungi. Alhamdulillah. Nanie tidur dengan sangat selesa sepanjang di Korea. Cuma adalah 2-3 kali waktu tidur malam pertama tu kaki kejang sebab sejuk sangat. Malam seterusnya, Nanie pakai stokin, letak warm pack. Jom tengok bilik dia. 









Tak sempat baring lama-lama. Dalam pukul 9.00 malam macam tu, kami semua ambil kesempatan untuk berjalan sekitar hotel terlebih dahulu. Ikut pada maps, Lotte Hotel ni berhampiran dengan Myeongdong Street. Myeongdong ni paling famous di Seoul dengan street foodnya. Bukan tu je, ia juga famous dengan banjiran K-beauty boutique. Jadi, kami semua pun beramai-ramai jalan kaki ke Myeongdong, cuba-cuba mencari makanan. Lebih kurang dalam 10 minit berjalan kaki. Dah sampai! 



Sebagaimana jangkaan, memang bersepah-sepah street food dan pelbagai k-beauty boutique. Makanan memang sedap-sedap je pandang. Lupa nak bagitau, bila winter... ia adalah pesta untuk makanan laut. And Korea memang terkenal jugak dengan seafood mereka yang fresh dan lazat. Cumanya, makanan agak mahal sikit lah. Bukan mahal, duit kita yang jatuh berdebuk!







Nanie pilih makanan yang Nanie tengok ingredientsnya tiada meragukan. Contoh seafood, telur, dan buah-buahan. Di bahagian depan Myeongdong Street tu, ada je Pakistan jual kebab. Tapi dia panggil Kambing Lipat / Ayam Lipat. Pandai pakistan tu cakap Melayu ye! Hehehehe.





K-Beauty Boutique? Jangan cakaplah... bukan satu dua brand ada situ, berderet-deret. Dan dalam satu kawasan je sampai 4-5 kedai untuk satu brand yang sama. Mau tak mabuk kiteorang. Aduhai. Geram je tengok tau! Promosi dia pulak boleh tahan berbaloi lah! Nanie tak beli pun mask ke apa ke, sebab tahu dari THEFACESHOP confirm dapat banyak! hehehehe. Jimat duit gak kan.









Bukan tu je, ada jugak dijual casing handphone, stokin, kasut, accesories, baju, winter coat dan macam-macam benda kat situ. Orang Korea tak suka kalau korang dah tawar menawar than korang tak jadi beli. Make sure, dah tawar tu, kenalah ambil. Jangan jalan je terus. Tapi dia takdelah marah. Cuma muka dia berubah sikitlah! Nasib baik Nanie tak amalkan macam tu.

Dari segi bahasa pulak, if korang tak faham... korang keluarkan hanphone dan tunjuk nombor pada mereka. So far, Nanie rasa tak ada masalah sangat untuk bercakap dengan orang Korea. Mereka tahu Bahasa Inggeris yang basic. Oh, jangan terkejut... ada juga peniaga yang fasih bercakap Melayu ye. Comel je oppa cakap Melayu!






Di Myeongdong jugak ada kedai-kedai signature boutique mereka. Contohnya macam LINE ni. Ada satu butik yang menjual segala macam merchandise dan barangan dengan karakter LINE. Disebabkan ia musim Krismas, dekorasi kedai juga comel dan cantik! 



Jalan punya jalan, lebih kurang pukul 10.30 dah mula nampak kedai-kedai dah tutup. Kami bercadang nak cari Banana Milk yang famous tu. So, jumpa di 7Eleven mereka. Harganya lebih kurang RM 5 satu botol tu. Memang sedap lah! Malam ke berapa entah, Nanie dengan Kak Sabby borong Banana Milk. Sebelum tidur minum sebotol. Enak weh! Kat mana nak dapat kalau kat Malaysia ni? Anyone tahu???



Balik semula ke hotel, Nanie buat room service. Lapar woi. Hahahaha. Nanie ambil Grilled Fish apa entah. Mahal gak. Set ni dalam RM 250 kalau ikut duit kita. Mujur THEFACESHOP bayarkan. Heheheh. So makan je lah. Baru nyenyak tidur.


So, hari kedua kami full dengan event bersama THEFACESHOP Korea dan Social Influencer dari negara lain jugak. Nanti untuk next entry, Nanie akan ceritakan apa event-event bersama mereka. Banyak yang Nanie belajar. Seronok! Pengalaman berharga macam ni, memang Nanie akan share dengan korang. Supaya sama-sama kita dapat ilmu pengetahuan ye! 
 



Ok, bye korang. Jumpa next entry ok!


4 comments:

  1. Kenapa akak pulak yang sebak baca entry ni?? Rasa sama-sama terharu dik bila BETAPA ORANG MENGHARGAI kita dengan pemberian kenangan seumur hidup macam nie..sobs--sobs--pepagi plak touching! Happy tengok awak dik, mungkin sebab awak orang yang baik-baik jadi ALLAH SWT sentiasa merahmati awak dik.

    Moga terus berjaya ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak izwa sebab doakan yang baik-baik. Alhamdulillah syukur dengan rezeki dari Allah

      Delete
  2. beli banana uyu dekat jaya grocer.
    tapi dalam kotak la awak.
    1 kotak jatuh dalam RM6++ hehehe tp jaya grocer jual 6 kotak terus.
    dan kalau tak silap ada juga pernah terjumpa dekat AEON.

    ummm sedap2 :p

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya nanie! i baru aktif blog, nanti i blogwalking baca entri kat blog nanie ni ye!

    jom mbuat Roti Sosej Cheese Leleh.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork