Thursday, January 19, 2017

Kulit Wajah Lebih Cepat Tua Dengan 5 Penyebab Ini

Assalamualaikum semua

Setiap hari Nanie bukan semakin muda. Tanda-tanda penuaan menyerang kita semua setiap masa dan setiap saat. Untuk wanita, tanda penuaan sering terlihat pada wajah terutamanya pada bahagian kulit dan ia adalah satu masalah besar buat kaum Hawa. Ye lah kalau Nanie pun sama. Nanie akan rasa sangat insecure tau. Bila tanda-tanda penuaan muncul dengan sangat jelas di wajah, mesti kurang keyakinan diri nak berjumpa dengan orang ramai. Tanda penuaan menurunkan keyakinan tau! 

Sebelum Nanie cerita panjang lagi, korang jangan tak tahu ye... tanda penuaan bukannya muncul pada usia 40-an atau 50-an, seawal usia 20-an pun dah ada tau wanita yang tampak jelas tanda penuaannya. Penuaan memang terjadi pada semua orang, tapi ada beberapa faktor yang menjadikannya muncul lebih awal.

No automatic alt text available.




1. SINAR MATAHARI 

Cahaya matahari hari ini tidak sesihat dahulu kala. Sinar matahari adalah faktor eksternal atau luaran yang menjadikan seseorang sangat cepat menjadi tua. Sinar matahari menjadikan kulit sangat kering dan menjadi kusam lama kelamaan. Mereka yang banyak bekerja di bawah sinaran matahari akan lebih berisiko untuk kulit wajah cepat tua.



2. RADIKAL BEBAS

Jika di siang hari, faktor eksternal penuaan kulit adalah matahari tapi untuk faktor radikal bebas ianya berlaku 24 jam siang dan malam. Sama ada dari faktor luaran mahupun dalam badan kita. Pencemaran udara seperti asap tebal dari kenderaan juga perubahan ekstrem cuaca menjadikan kulit kita seperti tidak tentu arah yang seterusnya menjadikan ia cepat tua. Radikal bebas ini bertindak merosakkan kulit dari dalam dan menyebabkan kulit tidak setanding usia kita.



3. KOSMETIK ATAU PRODUK YANG TIDAK SESUAI 

Walaupun pelbagai kosmetik dan produk skincare di luar sana, namun jangan terperanjat jika Nanie katakan ada produk yang menjadikan kulit bertambah cepat tua. Bagaimana? Mudah je, apabila kita menggunakan produk yang salah dan tidak sesuai dengan kita. Sebab itu, kita perlu mengenali dengan tepat jenis kulit kita dan produk apa yang sesuai dengan kita.

Campuran bahan kimia yang tinggi serta paraben menyebabkan kulit kita "tidak bernafas" dan membuatkan lebih banyak pengumpulan minyak dan pori tersumbat yang akhirnya menyebabkan kulit tampak kusam dan tidak cantik.


4. GAYA HIDUP YANG TIDAK SEIMBANG 

Untuk mendapatkan kulit yang cantik, gaya hidup kita juga memainkan peranan yang penting. Antara yang menjadi keutamaan adalah tidur yang cukup, makanan yang seimbang dan juga stress level yang terkawal. Kesemua elemen ini memainkan peranan penting dalam mendapatkan kulit yang muda dan segar.


5. PEMAKANAN 

Sedar atau tidak, pemakanan memainkan fungsi yang besar dalam kehidupan kita termasuk juga dalam menjamin kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Seringkali kita mendengar, pemakanan yang seimbang, tidak berminyak dan paling penting rendah kolestrol mampu memberikan kulit wajah yang cantik. Pemakanan yang tidak sihat membuatkan kulit kita serba serbi tidak kena.


Kita dari tadi bercerita mengenai penuaan kan, tapi korang tahu tak sejak usia berapa penuaan paling tinggi menyerang wanita? Menurut kajian seorang pakar dermatologi di New Zealand, usia akhir 20-an hingga pertengahan 30-an merupakan waktu paling berisiko untuk kulit kita mengalami penuaan yang banyak. Kena betullah dengan Nanie tu... tu yang Nanie kena start jaga dari luaran dan dalaman.

Nak tahu tak apa tanda-tanda penuaan di wajah kita?


1. Garis Halus & Kedutan

Garis halus paling mudah dilihat apabila kulit wajah kita semakin menua. Garis halus yang paling ketara adalah dibahagian mata. Garis halus turut boleh dilihat pada pipi dah dahi. Garis halus sebegini akan jelas kelihatan jika tidak dikawal bermula usia 30-an lagi. Ia juga lebih jelas apabila ada face expressions pada muka kita.


2. Kenduran

Kulit yang telah mengalami penuaan akan mengalami kenduran. Ia tidak akan terletak pada tempatnya dan mula mengendur serta jatuh. Kenduran ini merupakan tahap yang kedua dalam proses penuaan. Ia kadang-kadang membuatkan wajah tampak lebih tua dan sesetengah wanita terutama di Barat akan kehilangan keyakinan diri bila sampai pada tahap ini.


3. Hilang Tegang

Wajah seseorang yang telah mengalami penuaan akan hilang keanjalan dan ketegangannya. Sebagai contoh, pipinya tidak lagi seperti plump, tetapi sudah mula gelebeh dan permukaannya akan lebih mudah terjejas. Ini kerana sel kulit di permukaannya tidak lagi dapat membantu melindungi sel-sel lain dan ia seakan-akan longgar.


4. Kulit Jadi Semakin Gelap

Ada juga kajian yang mengatakan, kulit kita akan menjadi sedikit gelap bila ianya telah rosak atau tua. Kulit wajah yang gelap akan menjadikan diri kita bertambah hilang keyakinan diri. Kulit gelap terjadi kerana masalah pigmentasi yang biasanya berpunca dari cahaya matahari.


Walaupun begitu, Nanie nak pesan pada semua pembaca Blog Coklateyes... tak perlu risau sangat jika kita mengalami penuaan. Ia adalah proses yang normal dan semulajadi. Sebagai wanita, kita perlu mencari solusi terbaik untuk "melambatkan" proses penuaan ini. Bukan sekadar hanya perlu mengubah lifestyle sahaja, ia turut ditambah dengan penggunaan rawatan wajah atau skincare terbaik yang memfokuskan kepada masalah penuaan ini. 

Insya Allah nanti Nanie share ye skincare yang terbaik Nanie dah jumpa untuk melambatkan proses penuaan  ini. Alhamdulillah, sepanjang Nanie gunakan memang Nanie suka sangat! Tunggu ye review dari Nanie. 


No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork