Tuesday, January 10, 2017

Persediaan Bajet Untuk Travel Musim Sejuk ke Korea

Assalamualaikum semua 




Nanie dapat berita gembira ni pada hari Jumaat lebih kurang dua minggu sebelum terbang ke sana. Ingat lagi, ketika PR whatsapp Nanie masa tu tengah dalam meeting. Bila baca whatsapp tu, melompat gembira jugak lah. Ye lah, sapa tak gembira kan bila dapat sponsor dari THEFACESHOP untuk ke Korea. Habis semua satu kampung Nanie bagitahu. Dan petang tu jugak, Nanie mohon cuti dari boss. Alhamdulillah, boss Nanie sangat memahami. Dia kata Nanie deserved to go to holiday since Nanie memang tak pernah cuti panjang macam ni. Boss approved cuti. Yahooo!!! 





Sebagai seorang blogger, yang ada masa turun naik jugak lah motivasi menulis blog ni kan... Nanie rasa cukup bersyukur dan gembira. Sebenarnya Nanie pun tak tahu, bila pihak THEFACESHOP hantar portfolio Nanie ke Korea untuk pemilihan. Tahu-tahu je dapat berita ni. Terima kasih sangat pada THEFACESHOP Malaysia atas peluang terbaik ini. Jadi, Nanie nak share beberapa perkara penting & list barangan asas sebelum travel di musim sejuk ke Korea. 


RENEW PASSPORT 

Disebabkan passport dah mati, Isnin tu jugak Nanie renew passport. Untuk yang tak tahu, sekarang dah tak ada renew untuk 2 tahun, dia terus buat untuk 5 tahun. Dan bayarannya adalah RM 250. Nanie ke UTC Sentul. Datang sekitar jam 7.30 pagi, dalam pukul 9.30 pagi dah siap semua. Jangan lupa bawak juga passport lama ye. Oh ye, kalau nak renew sebelah malam pun boleh. Cuma nombor giliran tetap kena ambil dari siang. Kalau malam baru nak ambil nombor, biasanya dah habis dah. If ada masa lama lagi sebelum korang fly, boleh juga renew passpost secara online. Klik link ini untuk renew passport online : https://eservices.imi.gov.my/myimms/statusInquiry?type=26&lang=ms


CHECK STATUS IMIGRESEN & PTPTN 

Yes, jangan pandang enteng ye isu ni! Awal-awal lagi, sekiranya korang nak travel... tolonglah clearkan dan check status korang di imigresen. Terutama yang ada hutan PTPTN. Even, yang dah blacklist lepas tu dah clear pun tolong check juga. Alhamdulillah memang Nanie tak ada apa-apa halangan ke luar negara, tapi ye lah... benda macam ni kita tak boleh jangka. Korang boleh check status imigresen di link ini : http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx



TUKAR DUIT 

Nanie kalau nak tukar duit biasanya akan survey kadar mata wang dalam masa seminggu. Tapi tak banyak beza pun. Lebih kurang tu jugak lah. Sakit jugaklah ke Korea ni last minute dengan kadar mata wang RM yang turun teruk. Ketika Nanie tukar tu, kadar tukaran adalah RM 3.85 untuk 1000won. Nanie di Korea hanya 4 hari je dan trip ni adalah disponsor sepenuhnya oleh THEFACESHOP, jadi Nanie tukar RM 800.00 je. Kalau yang self-travel tu, boleh rujuk blog-blog lain ye untuk anggaran tukar duit. Nanie cuma boleh pesan, barangan di Korea harganya tak murah (sebab duit kita jatuh), tapi nak seronok korang tukarlah lebih. Senang. 


CHECK SUHU & WEATHER 



Penerbangan Nanie adalah pada 14 Disember. Waktu tu memang dah mula musim sejuk. Sebelum terbang, Nanie gunakan forecast weather untuk check suhu pada minggu Nanie kesana, sekitar -1' hingga -7'.  Penting ye nak tahu suhu dan cuaca di sana. At least kita boleh bersedia. 



PERSIAPAN & KELENGKAPAN

Dalam keadaan hujung-hujung bulan, dengan sedikit duit simpanan yang ada, Nanie buatlah persiapan ala kadar. Nanie kalau bab duit ni, Nanie selalu positif je. Insya Allah rezeki masuk. Tapi, Nanie kena bijak berbelanja. Nanie mulakan buat list apa yang priority untuk menghadapi musim sejuk ketika travel : 

List Barangan Asas Yang Perlu Ketika Travel di Musim Sejuk 

1. Heattech / Long John : Heattech atau long john ni merupakan lapisan pertama yang sangat-sangat bagus fungsinya. Mula-mula Nanie ingatkan heattch ni macam inner je, sebab bentuknya memang macam tu kan. Tapi bila Nanie ke Uniqlo dan pegang serta rasa kainnya, memang berbeza. Dia tebal, tapi lembut. 

Boss Nanie yang selalu travel memang sarankan Nanie untuk spend lebih sikit pada heattech ni. Dia umpama first protection untuk badan kita. Nanie ke UNIQLO Mid Valley, dan dan Nanie pilih Heattech yang Ultra Warm sebab bawah paras beku hingga salji tu dikira extreme cold. Nanie ambil warna hitam supaya tak mudah kotor dan harganya RM 59.90. Nanie tak beli legging di UNIQLO. Nanie gunakan legging biasa je. Sebab legging UNIQLO kecik-kecik saiznya. 

Image result for heattech uniqlo


2. Winter Coat Plussize - Susah jugak nak pilih winter coat ni. Tambah pulak di Malaysia sizenya ala kadar je. Hehehe. Jadi kena gigih sikit lah usha 2-3 kedai. Nanie pilih winter coat yang ada puff. Puff pada winter coat boleh membantu mengekalkan suhu badan. Kalau korang ada bajet lebih atau di kedai bundle jumpa winter coat yang ada bulu-bulu atau ada hoodie, lagi bagus untuk dibeli. 

Ada guna ye bulu-bulu dan hoodie tu. Bukan sekadar perhiasan. Winter coat puff ni memang fully cover. Di bahagian pergelangan tangan, ada grip yang tutup udara sejuk masuk ke lengan. Selain dari tu, Nanie juga cari winter coat yang mudah untuk dilipat. Ada winter coat yang puff dia terlalu tebal dan memang makan space bila nak masuk luggage. 


Barang-barang dan pakaian musim sejuk mahal hokeh!!! Terbeliak-beliak jugaklah biji mata bila tengok tag harga kan. Winter coat je paling murah dalam RM 400 hingga yang beribu. Tak masuk boot lagi, glove semua. Barukan passport je dah RM 250 untuk 5 tahun. Nak spend untuk pocket money lagi. Heheheh. Cabaran jugak lah. Masa ni lah Nanie gunakan pengalaman travel blogger kesayangan semua Sizzling Suzai untuk tahu cara dia buat preparation travel. 

Dia cadangkan pada Nanie untuk beli winter coat dari kedai bundle. Nanie pulak memang seumur hidup  tak pernah masuk kedai bundle. Sebab tak sure ada size kita ke tak. Nak beli online, takut saiz tak kena. Jadi, Nanie ambil inisiatif tanya pada kawan-kawan lelaki Nanie kat mana bundle yang cantik-cantik. Bawah office Nanie ada kedai bundle. Lepas balik kerja, Nanie usha dulu harga dan saiz, mujur ada yang sesuai. Harga RM 60 je Nanie beli winter coat. 



3. Anti- Slip GloveUntuk glove, Nanie beli di Daiso je. Harga of course lah murah kan. Sepasang RM 5.30. Tapi, Nanie nak sarankan korang beli Anti-Slip Glove. Anti-Slip Glove ni mudahkan korang untuk swipe handphone. Tak adalah sekejap-sekejap nak pegang handphone kena bukak glove kan. Nak tahu macam mana glove tu anti-slip? Korang hanya perhatikan tekstur glove pada ibu jari dan jari telunjuk. Tekstur tu mesti sedikit kesat dan kasar. Korang boleh test dulu sebelum beli. 


4. Muffler - Muffler ni optional. Kenapa optional? Sebab bagi mereka yang bertudung, dah ada satu layer protection dah. Tapi Nanie tetap beli sehelai jugak. Masa tu cari di AEON Mid Valley, dapatlah sehelai RM 20. Itu yang paling murah dan selepas diskaun ye. Hehehe. Nanie beli muffler sebab konon-konon nak fefeling sikit kan. Tapi kat Korea most of the time Nanie tak gunakan pun muffler tu. Ada satu malam masa di Itaewon Nanie guna muffler sebab suhu terlalu sejuk iaitu -13'. Leher pun rasa kebas semacam je woi! Tudung sangat membantu ye, sebab angin tu.. lain macam sejuk dia! Just perlu labuhkan tudung, and much better if korang kat negara sejuk gunakan pashmina jadi tudung. Nanie rasa yang itu lagi bagus!

5. Boot / Kasut & Stokin : Masa winter, tak payah nak mengada-ngada pakai kasut open shoes ye. Bawak sepasang/ dua pasang kasut yang memang tertutup, tebal dan mempunyai grip yang bagus. Lagi-lagi kalau tempat tu bersalji, Nanie sarankan korang memang kena pastikan permukaan kasut tu sesuai untuk ais. Di Korea, walaupun musim sejuk tapi di Seoul tak turun salji lagi. Jadi Nanie tak perlukan winter boot for snow, memadai dengan grip yang bagus sahaja. 

Tambah pulak,  Nanie kan bagitau yang bajet Nanie agak limited kan untuk ke Korea ni... jadi Nanie tak beli boot. Nanie gunakan sport shoes je. Sport shoes Nanie masih elok dan tapaknya pun masih baru. So, kita berjimat dekat situ. Hehehe. Pakai je lah apa yang ada. Itu konsepnya! 

Stokin pulak Nanie beli 3 pasang. Dua pasang Nanie ambil yang bulu tebal - beli di Daiso. Dan sepasang Nanie ambil yang heat tech beli di Uniqlo. Yang heat tech tu memang sentiasa pakai, terutama bila jalan sebelah malam. Yang bulu tu untuk kegunaan siang hari dan tidur malam. 



6. Heat Pad - Heat pad adalah sejenis pack dengan bahan pemanas (cecair / gel) yang berfungsi untuk memberi haba kepada badan & tangan kita. Nanie beli heat pad di Daiso dengan RM 5.30 dan dapat 10 keping heat pad kalau tak silap. Yang Nanie beli adalah untuk hand warmer. Tapi boleh je guna pada tempat lain. *Pre caution : Heat pad tak boleh diletakkan directly pada kulit tau. Kena lapik. Dekat bahagian kaki / betis, Nanie selitkan di lapisan antara legging dan seluar. 

Heat Pad ni Nanie sentiasa letakkan dalam poket winter coat, dan Nanie bawak spare juga di beg pack/handbag. Walaupun dah pakai glove, sejuk dia masih terasa. Jadi selalulah bawak heat pad kemana sahaja. Bila letak dalam poket, agak-agak sejuk terus cepat-cepat masukkan tangan ke poket. Selain tu, Nanie juga gunakan heat pad ni untuk panaskan handphone ye!

Jangan terkejut, bila suhu terlalu ekstrem... handphone pun boleh demam jugak. Handphone kawan Nanie, blogger si Chency tu kat sana mati-mati sebab suhu sejuk. Even, power bank Nanie pun rosak. Jadi, untuk keselamatan letakkan handphone pada heat pad. Satu heat pad boleh bertahan hingga 6-8 jam. Power bank pulak, Nanie sarankan korang bawak yang ada plactic cover. Nanie punya Pineng powerbank yang awal dulu jenis besi luar dia. That's why suku beku dia pun beku sama.
Image result for heat pack daiso


7. Lotion, lipbalm & ubatan - Nanie memang bawak satu small pouch bag dalam bag pack. Dalam tu Nanie siap letakkan lotion, hand cream, face moisturizer, lip balm, panadol dan balm. Bila musim sejuk, tangan memang kering. Jadi sekejap-sekejap Nanie lumurkan tangan dengan lotion. Selain tu, Nanie juga bawak wet tissue. Dengan wet tissue pun boleh lembapkan tangan. Bahagian muka pula, korangr rajinlah dab moisturizer ye, at least tak kering sangat dan tak sakit. Wet tissue pun penting jugak kalau nak pergi toilet. Ingat, kat Korea tak ada paip. Paip dia attached sekali pada toilet bowl. Faham-fahamlah ye. Botol kosong pun jangan dilupa. Itu perkara penting jika travel. Biasanya Nanie bawak yang folded. So lipat je selit dalam beg jika tak digunakan. 


8. Baju & seluar tebal - Lebih kurang 2-3 hari sebelum fly, Nanie adalah beli sedikit baju tebal. Walaupun dah pakai winter coat dan heat tech, Nanie masih lagi pakai baju tebal. Nanie beli baju di Scarlett Plus AEON Mid Valley. Holiday season kebanyakkannya memang keluarkan baju-baju tebal. Jadi mudahlah untuk Nanie pilih baju yang sesuai. Kalau ada fleece atau sweater pun bagus. Fleece ni adalah baju sejuk dari wool. Memang hangat dan lembut. 

Seluar pulak, Nanie memang gunakan jeans dan seluar slack yang tebal. Sekiranya korang nak pakai kain, boleh tak ada masalah... tapi jangan lupa seluar heat tech atau legging. Nanie sendiri, pakai kain, pakai legging dan seluar lagi. Itu pun, balik je hotel... kulit kaki kering dan merah-merah. Cepat-cepat rendam dalam air panas. Kalau ada yang confuse mana nak pakai dulu, ni Nanie bagi formulanya : Heattech/Longjohn + Baju tebal/fleece + Winter Coat. 


So far, terus terang Nanie katakan, Nanie memang buat persiapan ala kadar. Alhamdulillah. Semua urusan dipermudah. Nanie utamakan yang penting dan yang asas. Mungkin kelengkapan Nanie ni berbeza untuk korang, tapi at least mana yang boleh korang gunakan boleh lah ye. Nanie tak adalah expert sangat travel. But at least, ini apa yang Nanie sediakan dengan ad-hoc travel ni. Hehehe. 



Walau apapun, pengalaman ke Korea di musim sejuk ni adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat Nanie. Pertama kali Nanie merasai betapa sejuknya musim winter, betapa cantiknya pemandangan di Korea dan paling seronok  dan bersyukur bila ke sana atas tiket sebagai seorang blogger. 

Insya Allah Nanie akan sambung lagi my first day di Korea bersama THEFACESHOP. Oh, korang dah tengok new product dari THEFACESHOP? Yang bakal dilancarkan pada tahun 2017 ni? Kalau belum, baik tengok cepat. Klik link ini : http://www.coklateyes.my/2017/01/thefaceshop-2017-new-product.html


6 comments:

  1. Hi salam perkenalan....saya suka posting manfaat ini...Jom kita tukar entri bacaan
    http://vitaminmutiara.com/kaitan-kalori-dalam-diet-seharian/

    ReplyDelete
  2. best nya inn.. insyaallah ktorg pergi korea march nanti.. harap suhu ok la.. x tahan sejukkkkk

    ReplyDelete
  3. Nice entry & bagus dibuat rujukan masa hadapan. Doakan akak dpt merasa musim sejuk jugak nanti

    ReplyDelete
  4. bestnya... sangat best dapat pergi time winter, tapi selalunya waktu winter, waktu siang cepat kan, sekejap je dah gelap...

    ReplyDelete
  5. You're one of the luckiest person. Alhamdulillah & tahniah sebab dipilih untuk ke Korea. The Face Shop is definitely bukan calang-calang punya brand. I enjoy seeing your posts kat Korea! ;)

    and anyway, nice comprehensive tips untuk those yang nak pergi Korea.

    ReplyDelete
  6. haiii salam perkenalan
    2017 baru sempat nak berblog walking ke blog2 best ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork