Monday, January 9, 2017

THEFACESHOP 2017 NEW PRODUCT | VIDEO JOURNEY

Assalamualaikum semua

Ramai tanya Nanie, apa yang Nanie buat masa di Korea? Actually, Nanie ke sana atas jemputan sebagai Key Opinion Leader 2016 yang berperanan mewakili suara pelanggan THEFACESHOP Malaysia. Seramai empat peserta telah terpilih dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. 

Nanie nak share dengan korang semua terlebih dahulu yang THEFACESHOP akan melancarkan 4 produk kecantikan dan makeup mereka yang terbaru. Excited betul Nanie bila berpeluang menjadi antara orang Malaysia yang terawal merasai & mencuba sendiri produk-produk mereka. 

Image may contain: 6 people, people standing



Untuk tahun ini, THEFACESHOP melancarkan dua kategori skincare range dan dua produk lagi untuk kosmetik. Kesemua rangkaian produk ini adalah bagi memenuhi permintaan serta keperluan kecantikan pengguna THEFACESHOP yang mana semakin lama mendapat tempat di hati ramai wanita terutama di Asia dan seluruh dunia. Jom Nanie kenalkan produk terbaru THEFACESHOP untuk tahun 2017 ni.

1. Yehwadam Revitalizing Line




2. Dr. Belmeur Line



3. Miracle Finish Cushion 



4. Moisture Touch Lipstick

Kesemua produk terbaru ini akan dilancarkan secara berperingkat bermula Januari 2017. Nanie yakin semua peminat beauty and skincare  termasuk Nanie sendiri tak sabar-sabar nak merasai sendiri pengalaman menggunakan produk terkini mereka kan. Nanie paling geram dengan Yehwadam Revitalizing Line dan Miracle CC Cushion tu. Hehehe. 

Alhamdulillah banyak betul pengalaman yang Nanie timba dengan team THEFACESHOP Korea. Banyak pendedahan yang mereka berikan di samping peluang keemasan untuk Nanie mengembara dan merasai sendiri suasana di bumi Oppa yang menjadi kegilaan ramai orang. 

Insya Allah next entry Nanie akan buat day-to-day journey to Korea. Tapi sebelum tu, jemput dan silakan korang tengok video journey Nanie di sana. Nanie baru je ni belajar-belajar buat video. Akan diusahakan untuk improve lagi ok! Please subscribe my YT Channel too! :) 





Untuk keterangan lanjut, boleh klik link yang diberikan : 

Website: 

Facebook Page: 

Instagram:


2 comments:

  1. Wahh! Best nya kak nanie. Pengalaman yang best ni. Anyway pika pun tak sabar nak try product from The Face Shop jugak ni.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. Bestnya pergi Korea! Harap2 one day boleh pergi sana.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork