Monday, February 6, 2017

Masa Muda Bukan Masa Keseronokan Sahaja

Assalamualaikum semua 

Masa berlalu memang sangat pantas. Kadang kita tak sedar pun yang diam tak diam, kita semakin berusia. Nanie sendiri dah mencecah hampir ke 30 tahun. Ya Allah, rasa macam semalam je baru masuk sekolah, rasa macam semalam je masih lagi selekeh-selekeh main longkang semua. Dan tanpa kita sedar, banyak sungguh memori yang mengusik jiwa. Ada yang suka dan ada yang duka. 


YAAAAS: 9 Lala-Exclusive Downloadable Desktops - the Lala:


Kehidupan jauh dari mak ayah mengajar Nanie banyak perkara untuk hidup berdikari. Disinilah Nanie belajar untuk membuat keputusan, untuk berani meredah segala permasalahan, berani untuk belajar sesuatu yang baru yang semuanya penting dalam yang namanya kehidupan. 

Nanie bersyukur kerana mak ayah dah berikan seberapa banyak panduan, ilmu agama dan kehidupan sehabis baik untuk Nanie ketika bersama mereka. Jadi, sebab itulah... Alhamdulillah Nanie tahu bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang betul dan mana yang tidak. Panduan, nasihat dan segala macam tunjuk ajar yang mak ayah serta guru-guru berikan pada Nanie, Nanie jadikan guideline bila berjauhan ni. 

Nanie tahu, mungkin ada di antara kita yang pernah tersilap langkah. Tersalah buat keputusan dan akhirnya menjerat diri sendiri. Biasalah itu namanya kehidupan. Risiko sentiasa ada. Kita setiap hari sebenarnya bermain dengan api. Dan api itu adalah ujian serta cabaran. 

Menjadi seorang manusia perlukan kita bijak untuk menilai. Tak semua keseronokan itu baik untuk kita. Lagi-lagi ditengah kehidupan kota ini. Terlalu banyak "keseronokan" yang ditawarkan. Yang sebenarnya, semuanya palsu. Bukan keseronokan, tapi lebih kepada kehancuran. 

Tak kiralah lelaki atau perempuan, beringatlah bila kita mengejar keseronokan. Selalu letakkan agama kepada asas dalam membuat keputusan. Selalu fikir masa depan dan selalu rujuk pada mak ayah jika kita rasa lost dan tak ada hala tuju. Jangan buat keputusan sendirian. 

Memang - membuat keputusan - juga adalah sebahagian skill dalam kehidupan, tapi kalau tak ada panduan... macam mana keputusan nak betul? Orang tua kita tu dah lalui banyak pengalaman. Mereka tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan ikut hawa nafsu semata-mata. Sebab masa depan kita ni panjang. Salah buat keputusan, boleh punah masa depan! 

Nanie bercakap sekadar memberi nasihat sebagai kawan. Mungkin jika tak hari ini, nasihat ni mungkin berguna di hari kemudian. Walau siapa pun kita. Walau apa pun dugaan dan kesulitan yang kita lalui, ingatlah... sentiasa letakkan agama dan tuhan dihadapan. Nescaya, yakinlah jalan itu tak akan sesat. Jika susah, pasti ada bantuan. Jika hilang punca, pasti ada panduan. 

Moga-moga entry ini sampai mesejnya. 





6 comments:

  1. rasa macam kecik jer lagi, tak nak membesar boleh tak? huhu, dah makin naik tingkat umur, semakin banyak tanggungjawab yang kena pikul, ALLAHU, hanya DIA jer tahu apa yang kita lalui sepanjang umur ini meningkatkan kak? =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi peringatan, sama2 mengingati amalan yang baik... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Entry bagus dik..akak suka baca atleast anggap benda ni untuk kebaikan kita bersama.

    ReplyDelete
  4. akak pon dulu masa bujang..belajar..kerja..dok sendiri...berdikari sendiri..tak tinggal ngan family.. pandai2 lah nak survived..huhu..biler rasa salah langkah.. buat silap..balik semula kat arwah emak.. balik rumah.. dan rasa lebih tenang biler dapat dengar nasihat2 emak.. tapi kesusahan..kesilapan..dan apa sahaja tu lah yang mengajar kite..giteewwww... :)

    ReplyDelete
  5. betul2 tu. setuju2. :)
    saling mengingati sesama kita

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork