Friday, February 24, 2017

Olay Regenerist Miracle Duo : Berikan wajah 10 tahun lagi muda!

Assalamualaikum semua

Ingat tak entry Nanie mengenai simptom "Tua Sebelum Usia". Bagus kalau korang ingat. Itu tanda korang belum lagi tua. Masih muda. Hehehehe... Ok, Nanie kan nak share satu skincare yang Nanie gunakan untuk melawan penuaan kan? Now, ini diaaaaa yang Nanie maksudkan Olay Regenerist Miracle Duo. Produk terbaru dari jenama skincare terunggul , Olay.







SOLUSI UNTUK CEGAH PENUAAN

Pakar-pakar dermatology Olay berusaha gigih mencari penyelesaian terbaik untuk memberikan wajah kita sentiasa tampil muda dan cantik tidak setanding usia. Kata orang tu, sekali pandang orang tak percaya dengan usia kita tau! Dan akhirnya, Olay telah menemui solusi terbaik untuk wanita kekal muda dan anggun. 


Baru-baru ni Nanie diberikan peluang untuk mencuba rangkaian produk penjagaan wajah terkenal daripada jenama ulung Olay iaitu Olay Regenerist Miracle Duo yang terdiri daripada Micro Sculpting Cream & Miracle Boost Youth Pre-Essence.


Rangakaian Olay Regenerist Miracle Duo ini terdiri daripada moisturizer dan essence yang memperbaiki kulit wajah kita bermula dari dalam sehinggakan ke permukaannya dan yang paling penting memberikan kesan yang dramatik.


Menurut Olay, kulit wajah kita terdiri daripada berjuta sel kulit wajah yang saban hari dimamah usia dan semakin kurang bertenaga. Sel-sel yang semakin kurang bertenaga inilah yang menjadi penyebab kulit menjadi cepat tua dan kusam.


Maka Olay mengetengahkan formula Skin Energizing Complex yang mampu menjadikan kulit wajah 10 tahun lebih muda dari usia sebenar dengan menggantikan sel kulit yang kurang bertenaga itu kepada sel yang lebih sihat, kuat dan bertenaga. Wah! Hebat tu kan? Rangkaian ini terdiri daripada :


1.  Olay Regenerist Micro Sculpting Cream - merupakan Olay's most advanced product  dan telah
menerima anugerah Olay Best-Selling sebagai produk terbaik untuk penjagaan wajah. Dengan kajian mendalam dan menyeluruh selama hampir 50 tahun, Olay menghasilkan krim wajah yang membantu untuk menegangkan kulit, menjadikan teksturnya lebih lembut serta sentiasa muda kepada pengguna mereka.




Walaupun teksturnya kelihatan krim yang pekat, namun ia mudah meresap. Nanie gunakan ke tempat kerja, berpeluh tu masih ok tak melekit sangat. Tak lah rasa berminyak sangat muka. Baunya sangat harum ye. Once Nanie apply, Nanie akan sapukan dalam circular motion supaya ia meresap jauh ke dalam kulit wajah.


2. Olay Regenerist Micro Sculpting Night Cream - Seterusnya, penjagaan malam pula adalah  night cream ini. Kulit kita tidak hanya mengalami penuaan di waktu siang sahaja, jadi krim ini memudarkan fines line di waktu malam sewaktu kita sedang tidur agar pemulihan kulit wajah terus berlaku sehingga 24 jam.






Yang ini teksturnya seakan-akan gel dan macam sleeping pack. Memang sesuailah kan untuk rawatan sebelah malam. Ia menegangkan dan menganjalkan kulit. Lepas bangun pagi boleh rasa kulit tegang dan fresh. Sekali lagi tidak melekit dan mudah meresap. Nanie tidur dengan nyaman je sebab baunya pun aromatherapy sangat!


3. Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence - Last but not least, ia diciptakan untuk meningkatkan kadar penyerapan mositurizer anti-penuaan dan metabolisme sel kulit kita agar tampak muda remaja, sihat mempersona sehingga 10 tahun lebih muda. Dengan titisan pertamanya sahaja ia telah memperbaiki jutaan sel di permukaan kulit kita, menghilangkan kedutan dan fines line serta membuatkan kulit wajah tegang dan cantik sempurna.





Tube panjang yang sangat bagus dengan fungsi lock ni menjadikan pre-essence ni mudah dibawa kemana-mana dan tidak takut tumpah. Oh, mungkin ada yang bertanya kenapa namanya adalah pre-essence. Actually Nanie gunakan ia sebagai base sebelum gunakan krim tu semua. Sebab fungsi pre-essence adalah meningkatkan metabolisme sel agar ia menyerap krim-krim tu dengan lebih baik. Ianya tidak melekit dan cepat meresap, tidak cair dan tidak terlalu pekat membuatkan ia senang disapu pada wajah Nanie tau.

Sehingga hari ni dah lebih kurang 3-4 minggu Nanie gunakan. Nanie suka dengan bauannya. Serius. Walaupun dah pakai pagi, sampai tengahari bauan wangi masih ada. Insya Allah kalau kita pakai secara konsisten bermula di awal usia lagi, tanda-tanda penuaan akan berkurang dan mungkin slow lah dia kan...



Nanie memang sarankan kawan-kawan semua yang seusia Nanie atau yang dah nak masuk 3 series ke untuk gunakan Olay Regenerist Miracle Duo ni. Mudah didapati dimana-mana farmasi dan paling penting, harganya berpatutan dan memberikan hasil yang sangat awesome tanpa sebarang pembedahan ye. Original k!

Untuk maklumat lanjut :

Website 


#OlayMalaysia #BestBeautiful 




2 comments:

  1. kita pernah pakai serum dengn moisturizer..mmg best...

    ReplyDelete
  2. Harga berpatutan tu yang buat ianya menjadi pilihan...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork