Monday, February 27, 2017

PRUDENTIAL : Sejauh Mana Hubungan Dengan Keluarga & Ibu Bapa Mempengaruhi Hidup Kita?

Assalamualaikum semua 

Kebelakangan ni, Nanie terlalu sibuk. Boleh dikatakan hampir setiap minggu jadual Nanie penuh dengan pelbagai aktiviti. Adakalanya, Nanie sendiri rasa penat dan seolah-olah tiada masa untuk diri sendiri. Apatah lagi untuk pulang ke Johor dan bersama keluarga.

SEORANG YANG "FAMILY PERSON"

Jika anda mengenali Nanie secara peribadi, Nanie adalah "Family Person". Sejak dari zaman belajar lagi, setiap dua minggu Nanie akan pulang ke Johor berjumpa mak ayah. Sesibuk mana pun Nanie, Nanie tetap usahakan untuk pulang dan menguruskan mereka. Selain daripada menguruskan mak ayah, sebenarnya Nanie lebih berikan "Me Time" kepada diri sendiri apabila bersama keluarga. Sebab dengan berjumpa mereka, kemesraan antara Nanie dan mak ayah membuatkan Nanie hilang stress dan tekanan kerja. 




Sebagai anak, hubungan dengan keluarga amatlah penting untuk Nanie. Walaupun Nanie duduk belajar dan bekerja jauh dari keluarga, namun tali kekeluargaan amat penting buat diri Nanie. Pada Nanie, ibu dan ayah adalah sokongan dan tulang belakang paling kuat buat diri Nanie yang masih setahun jagung menempuh kehidupan ini.


PRUDENTIAL INDEKS PERHUBUNGAN 2016

Baru-baru ni, buat pertama kalinya Prudential telah mengeluarkan Prudential Relationship Index 2016 (PRI) yang bertujuan untuk mengkaji dan memahami hubungan peribadi orang Asia terutamanya rakyat Malaysia. Hubungan peribadi ini termasuklah hubungan kepada ibu bapa, anak-anak, pasangan, kawan-kawan juga saudara mara. Mereka ingin tahu, apakah faktor yang boleh mengukuhkan atau melemahkan sesuatu perhubungan. Malahan, mereka juga ingin tahu bagaimanakah kita boleh memperbaiki sesuatu perhubungan dan bagaimanakah perhubungan boleh memberikan kepuasan. Skor 100 dalam PRI bermaksud perhubungan utama seseorang menyampaikan 100% daripada perkara yang mereka mahukan melalui perhubungan tersebut.



Daripada kajian yang dijalankan lebih kepada 5,000 orang, Malaysia menduduki tempat ke-5 daripada 10 negara di Asia dengan skor indeks sebanyak 71/100. Ini bermakna, di Malaysia, secara purata, perhubungan utama orang memenuhi 71% daripada keperluan perhubungan yang mereka ingini. Ini juga bermakna bahawa “jurang perhubungan” Malaysia adalah sebanyak 29%.




HUBUNGAN ANAK - IBU AYAH

Memfokuskan kepada hubungan anak-ibu bapa, 85% daripada rakyat Malaysia dalam tinjauan yang berumur 25 hingga 55 tahun mempunyai ibu bapa yang masih hidup. Daripada angka ini, lebih daripada satu dalam tiga iaitu sebanyak 36% tinggal bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Ramai yang tinggal berjauhan, termasuklah Nanie dan sebanyak 33%  tinggal lebih sejam masa perjalanan dari ibu bapa mereka. Skor purata bagi perhubungan rakyat Malaysia dewasa dengan ibu bapa mereka adalah 48/100.


Kajian PRI ini menunjukkan 59% rakyat Malaysia merasakan adalah penting bahawa ibu bapa mereka kerap berinteraksi dengan mereka. Kebanyakannya rakyat Malaysia mempunyai hubungan agak mesra dengan ibu bapa mereka. Hanya 15% mengatakan mereka bertengkar dengan ibu bapa mereka setiap minggu, dengan 66% mengatakan mereka bertengkar kurang daripada sekali sebulan.

Bagi Nanie yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa, Nanie sendiri megaturkan jadual Nanie untuk sekurang-kurangnya dua kali sebulan pulang menjenguk mereka. Walaupun mungkin ada sesetengah orang berpendapat bahawa selagi ibu bapa mereka masih sihat, mereka tak perlu berada disisi ibu bapa, namun pada Nanie "masa" yang kita ada bersama mak ayah adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Umur mereka bukan lagi semakin muda kan. Jadi, sementara masih ada waktu, ada baiknya untuk sama-sama menggembirakan hati mereka.

Dalam perhubungan dengan mak ayah, Nanie rasa perlu banyak bertolak ansur. Perbezaan umur adakalanya menjadikan pemikiran anak dan ibu bapa berbeza. Ada masa, sebagai orang muda kita merasakan keputusan kita paling betul. Tapi bagi Nanie, setiap apa yang mak dan ayah nasihatkan ada sebab musababnya. Ada "sesuatu" yang mereka nampak tapi kita tak nampak. Mereka menasihatkan atas sebab sayang dan tidak mahu kita tersalah buat keputusan. Jadi, sebagai anak ada banyak perkara yang perlu kita fikirkan secara masak-masak sebelum membuat keputusan dan melihat dalam semua sudut.


KEWANGAN DALAM PERHUBUNGAN

Sorotan PRI pula memberitahu kita antara punca terbesar pergaduhan dalam perhubungan di Malaysia adalah mengenai wang. Nanie tak nafikan, dalam zaman yang serba mencabar ekonominya ini, wang menjadi elemen terpenting dalam meneruskan kelangsungan hidup dengan selesa dan memenuhi keperluan seharian. Walaupun Nanie masih belum berkahwin dan tiada tanggungan keluarga, Nanie sendiri terkesan dengan ekonomi hari ini. Nanie sendiri amalkan perancangan kewangan yang penuh hati-hati. Tak nak terlebih belanja!


Secara keseluruhan, rakyat Malaysia cenderung untuk memikirkan bahawa ibu bapa akan menyediakan sokongan kewangan, kesejahteraan dan praktikal. 71% mengatakan bahawa ibu bapa mereka akan membantu mereka semasa dalam keadaan kecemasan. 68% mengatakan ibu bapa mereka prihatin terhadap kesejahteraan mereka, dan 66% mengatakan ibu bapa mereka membantu menjaga anak mereka.

Rakyat Malaysia juga berkemungkinan untuk bermurah hati kepada anak-anak mereka – 65% daripada mereka yang mempunyai anak mengatakan mereka memberikan sokongan kewangan kepada anak mereka. Orang Melayu terutama sekali berkemungkinan untuk memberikan hadiah kewangan yang kecil kepada anak-anak mereka. 41% daripada orang Melayu memberikan wang kepada anak-anak mereka setiap hari, berbanding dengan hanya 26% orang Cina Malaysia. Kurang daripada separuh rakyat Malaysia mengatakan mereka menghabiskan terlalu banyak wang untuk anak-anak mereka.


MAK AYAH SUMBER KEWANGAN 

Sebagaimana Nanie sendiri, Nanie juga berfikiran yang sama. Secara jujur, ada masa jika Nanie kesempitan dalam urusan kewangan, tak lain tak bukan... orang yang Nanie rujuk dan dapatkan bantuan adalah mak dan ayah Nanie. Walhal mak dan ayah Nanie keduanya telah bersara. Namun, bagi Nanie, Nanie berpendapat mereka mempunyai simpanan yang cukup untuk "memberikan bantuan" kepada Nanie dan mereka kurang berbelanja atau memerlukan duit menyebabkan duit lebihan itu boleh disalurkan kepada Nanie sekiranya kecemasan. Bukan itu sahaja, kadar keboleh percayaan mereka untuk Nanie mendapatkan bantuan juga tinggi atas dasar, "Takpe, ayah mesti boleh bantu!"


Sebagai anak, Nanie juga sedikit sebanyak berusaha untuk memberikan bantuan kewangan kepada kedua ibu bapa Nanie. Walaupun tidaklah banyak, tapi setiap bulan Nanie akan allocate some amounts of my salary untuk mereka. Bahkan, kalau balik cuti hari minggu tu Nanie bawa mereka berjalan, belanja makan dan Nanie juga membantu menyara adik Nanie yang masih belajar. Dengan bantuan sebegini, sedikit sebanyak ia meringankan bebanan ibu ayah dan membuatkan mereka rasa dihargai.


Bagi Nanie sendiri, kasih sayang tiada tandingannya dengan wang ringgit. Ibu bapa kita tidak mengharapkan sebarang balasan duit dan permata daripada anak-anak. Mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang agar kita menjadi insan berguna dan dapat berbakti pada mereka. Sebagai anak, kita perlu sedar bahawa perhubungan dengan ibu bapa memainkan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan. Bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain, bagaimana kita berfikir dalam membuat keputusan juga bagaimana corak yang kita corakkan untuk anak-anak kita kelak juga dipengaruhi oleh didikan ibu ayah kita terhadap diri kita.


Indeks Perhubungan Prudential 2016 membolehkan Prudential menambah nilai kepada pelanggan, perunding kewangan, rakan niaga, pekerja, wakil kerajaan dan orang lain dengan membantu mereka memahami dan meningkatkan daya yang membentuk serta memacu perhubungan peribadi yang sihat dalam keluarga mereka, kalangan rakan dan di tempat kerja.



JAWAB KUIZ & KENALI PERHUBUNGAN ANDA 

PRI ini mewakili perhubungan setiap individu dalam memenuhi apa yang dikehendaki daripada perhubungan yang ideal. Ia digunakan sebagai penanda untuk menilai kekukuhan dan kelestarian perhubungan tersebut. PRI akan membolehkan Prudential untuk memberi tumpuan terhadap isu terbesar dalam kehidupan pelanggan mereka. Prudential bertujuan untuk menjadi rakan kongsi yang benar-benar memahami, menambah nilai dan menunjukkan cara untuk meningkatkan perkara terpenting bagi pelanggan mereka dalam perhubungan peribadi.


Nanie berharap, setiap dari kita mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa masing-masing. Ingatlah, masa yang mereka ada tidak lagi banyak. Dan kita juga satu hari nanti akan melalui fasa yang sama sebagaiman ibu ayah kita. Luangkan masa dengan mereka, serta hargailah mereka. Jangan malu untuk tunjukkan penghargaan kepada ibu dan ayah kita :

  • Ucapkan terima kasih. Ucapan yang pendek ini mempunyai kesan yang sangat besar. Ucaplah dengan khusus. Ucapan yang kecil ini amat mendalam kesannya.

  • Bantulah mereka. Tanpa perlu disuruh, sama-sama bantu kerja rumah jika berpeluang bagi meringankan beban ibu bapa kita. Mereka akan menghargai tindakan kita. 

  • Berbual selalu. Masa bersama keluarga sangat berharga dan kita sebagai anak-anak pula cepat membesar. Ibu bapa amat menghargai jika kita meluangkan masa dengan mereka. Tanyakan khabar mereka. Kadang kala mereka hanya ingin meluahkan perasaan kepada anak yang sudi mendengar.

  • Masa berkualiti. Selalunya ibu bapa hanya ingin tahu tentang hari anda dan bagaimana keadaan kita. Ibu bapa mudah risau, jadi kalau mereka tahu tentang keadaan semasa kita, mereka akan merasa lebih tenang.

Tips yang Nanie berikan ini, moga-moga dapat mengeratkan hubungan kita dengan ibu bapa. Mak Nanie sendiri dari Nanie belajar sehingga hari ini setiap malam tanpa miss, akan telefon atau face time dengan Nanie serta adik beradik lain. Lagi pula kami semua tiga beradik perempuan. Lagilah mak risau kan. Tapi Alhamdulillah, kami tiga beradik pandai menjaga diri. Insya Allah. 


Nanie juga nak ajak anda semua untuk jalankan satu kuiz perhubungan yang telah disediakan oleh Prudential.


Untuk maklumat lanjut & ambil tahu mengenai perhubungan anda bersama orang tersayang, korang boleh klik link yang Nanie berikan dibawah : 





#PrudentialMY 
#PrudentialRelationshipIndex


1 comment:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork