Friday, February 3, 2017

Review Smartphone GT-888 dari GT Mobile

Assalamualaikum semua 

Hari ni penggunaan smart phone sangat meluas. Tak kira tua, muda mahupun kanak-kanak, smart phone tu dah jadi perkara yang biasa. So, last 3 weeks Nanie terima satu smart phone iaitu GT-888 dari GT Mobile iaitu sebuah syarikat telekomunikasi dan teknologi yang bertapak di Singapore. 




Bagi Nanie, smartphone perlulah mudah digunakan dan paling penting dapat memberikan kepuasan kepada penggunanya. Nanie sangat-sangat mementingkan kamera sebab suka ambil gambar dan video. So, jom kita tengok so far macam mana GT-888 dari GT Mobile ni. 



Dengan tagline "Always Desire More", GT-888 memberikan pengalaman yang bagus untuk smartphone Android dengan perisian Android 5.1 Lollipop. Mudah untuk diurus dan mudah juga untuk digunakan. Tidak renyah dan sesuai untuk kegunaan harian dengan penggunaan basic.




Didatangkan lengkap dengan kotak hard cover, GT-888, sangat nipis,  ringan dan di frame kan menggunakan metal frame. Untuk pilihan warna pula, terdapat dua pilihan yang diberikan iaitu sama ada Metal Grey atau Silk White. GT-888 dilengkapi dengan dual simkad. Mudah untuk mereka yang sibuk dan tak perlu lagi 2-3 handphone untuk urusan seharian. 

Bagi kameranya pula, kamera hadapan adalah dengan 5MP manakala kamera belakang dengan 8MP. Ini membolehkan GT-888 merakam gambar yang terang ketika gelap atau kawasan yang kurang cahaya. Nanie akan letakkan contoh gambar-gambar yang diambil menggunakan GT-888.




Satu perkara yang Nanie suka mengenai GT-888 adalah ketahanan baterinya. Nanie charge pertama kali dan bateri dapat bertahan lebih dari 12 jam dengan penggunaan minimal. Manakala jika tidak gunakan internet, handphone boleh bertahan sehingg 3-5 hari! Hebat tu. Speakernya juga jelas, tidak pecah dan sedap didengar.



Skrin GT-888 juga jelas dan besar. Dengan saiz 5.5", ia memudahkan pengguna terutama yang tangan besar gabak macam Nanie ni untuk menekan aplikasi. Malahan, dengan skrin yang besar juga, pengguna yang kaki You Tube akan puas tengok video. Skrin juga adalah tahan calar dan sangat responsive. Tak susah lah kita nak scroll bergigihan kan! 



Dari segi kamera pula, GT-888 dapat menghasilkan gambar yang cantik juga sempurna walaupun kurang cahaya. Untuk fungsi fokus juga sangat bagus dan pantas. Kamera akan automatik fokus pada objek dan memberikan sentihan bokeh. Cantik! So, bawah ni Nanie berikan gambar-gambar yang Nanie ambil gunakan GT-888 dalam pelbagai keadaan cahaya. 







Atas kepuasan penggunaan ini lah, Nanie memang dah niat nak hadiahkan mak smartphone GT-888 ni. Boleh lah mak ambil gambar-gambar masakannya ke, nak google resipi ke. Kan mudah! Alhamdulillah mak memang happy bila Nanie hadiahkan smartphone ni padanya. 



Buat masa ni, GT-888 dari GT Mobile ni belum memasuki pasaran Malaysia lagi. Tapi Insya Allah coming soon, memang mereka akan masuk sini dan meluaskan pasaran mereka. Oh, sebelum Nanie terlupa... harganya adalah RM 1500++.





Jadi, untuk anda yang sedang mencari-cari smartphone dan dalam budget sebegini... boleh lah masukkan GT-888 dari GT Mobile sebagai salah satu pilihan anda! Untuk info dan spec lebih details, Nanie lampirkan link berkaitan untuk rujukan pembaca.


WEBSITE : 




No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork