Friday, February 10, 2017

Review THEFACESHOP YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care

Assalamualaikum semua

Sejak Disember 2016 selepas Nanie ke Seoul, South Korea, Nanie memang dah announce dan beritahu dalam Instagram yang THEFACESHOP akan melancarkan skincare line terbaru mereka iaitu YEHWADAM Revitalizing  Anti-Aging Care. 


Pertama kali Nanie mendengar namanya, sudah pasti yang terlintas di kepala adalah apa itu Yehwadam? Sesuatu yang unik kan? Sebagaimana kebiasaan, set penjagaan wajah dari THEFACESHOP pasti akan memberikan sesuatu yang menarik dan mahal kepada pelanggan mereka. Dan untuk set skincare kali ini, apakah inspirasi THEFACESHOP dalam menghasilkan YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care?







YEHWADAM 蘂花譚
YE (蘂): herbs & plants
HWA (花): flower
DAM (譚): story


"Traditional herb line that contains Korean traditional herbs and flower extracts, inspired by 
stories of beautiful Korean women and their beauty secrets passed down through the 
generations."


Di Korea, wanita mereka sangat menekankan kecantikan kulit wajah sejak dari zaman dahulu kala lagi. Bagi mereka, kulit wajah yang cantik adalah kulit wajah yang bertenaga, tampak sihat dan muda serta memberikan keserian yang berpanjangan buat empunya diri. 



Disebabkan itulah, THEFACESHOP menghasilkan YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care yang mana menekankan rejimen penjagaan wajah kulit wanita Korea dengan penggunaan 3 jenis sumber semulajadi mereka iaitu herba, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Sumber formulasi tradisi wanita Korea ini diekstrak dan dihasilkan di kawasan yang cantik dan bersih di Korea. Sebagai contohnya Ginseng daripada daerah Gyeongbuk, Safflower dari Pergunungan Sancheong Jirisan dan ekstrak Goji Berry daerah Chungnam. 


Image result for yehwadam


THEFACESHOP YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care hanya menggunakan 5 langkah dalam memberikan penjagaan menyeluruh kepada kulit wajah kita. THEFACESHOP YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care terdiri daripada :


1. YEHWADAM Revitalizing Toner  (155ml - RM 130.90) 
2. YEHWADAM Revitalising Serum (45ml - RM 208.90) 
3. YEHWADAM Revitalizing Emulsion (140ml - RM 130.90) 
4. YEHWADAM Revitalizing Eye Serum (25ml - RM 199.90) 
5. YEHWADAM Revitalising Cream (50ml - RM 208.90) 

Kesemua THEFACESHOP YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care ini mempunyai peranan tersendiri dalam merawat, memperbaiki dan melindungi kulit wajah dari tanda-tanda penuaan yang boleh menjadikan kulit tampak tidak sihat.





Dalam penjagaan kulit wajah, toner berfungsi sebagai penyeimbang kepada kulit kering. YEHWADAM Revitalizing Toner ini berperanan dalam menyemibangkan kelembapan dan keasidan kulit wajah agar keserian sebenar dapat dikembalikan. Teksturenya yang jernih, tidak melekit mudah meresap ke dalam kulit menjadikan toner YEHWADAM Revitalizing Toner sangat menyegarkan dengan bauan bunga-bungaan. 








YEHWADAM Revitalizing Serum ini sesuatu yang sangat unik pada Nanie. Dihasilkan daripada ekstrak bunga teratai (Lotus), ekstrak Honeysuckle Flower dan Ceramide ia menjadikan teksturnya pekat dan sedikit likat. Namun apabila disapu pada kulit wajah dan dengan urutan membulat yang betul, serum ini meresap jauh ke dalam kulit tanpa meningalkan sebarang kesan berminyak. Rasa segar dan fresh je! Ceramide yang terkandung dalam serum ini berfungsi dalam mengekalkan kelembapan wajah berterusan walaupun dalam cuaca panas.





Walaupun telah mempunyai serum, di set YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care ini, THEFACESHOP tetap memberikan emulsion. Emulsion yang berfungsi sebagai pelembap dan krim kepada kulit wajah berperanan melindungi kulit wajah kita daripada pelbagai kotoran dan pencemaran yang ada di sekitar. Malahan emulsion ini juga membuatkan kulit wajah menjadi lembut dan semakin firm atau tegang supaya kelihatan kekal muda dan berseri-seri. 





Last but not least, bila bercakap mengenai anti-aging dah semestinyalah kita kena fokus bahagian mata kan? Sebab tanda penuaan paling ketara pada mata. Untuk itu, THEFACESHOP turut melengkapkan penjagaan dengan YEHWADAM Revitalizing Eye Cream & YEHWADAM Revitalizing Cream. Kedua-duanya memberikan manfaat yang berkualiti tinggi untuk mengawal penuaan pada wajah dan paling penting memberikan wajah kita satu treatment yang bagus dan merehatkan otot-otot melalui nutrisi terbaik dari herba dan bungaan semulajadi. 

Dan on top of all that.... 


 (50G - RM 257.90) 



Tidak cukup sekadar meremajakan dan sebagai anti penuaan, THEFACESHOP memberikan pelanggan mereka pilihan yang lebih tinggi nilainya melalui YEHWADAM Snow Lotus Brightening Pearl Capsule Cream. 


Krim pencerah yang mengandungi glowing white pearls seolah-olah mutiara ini sebenarnya merupakan snow lotus yang sangat rare. Snow lotus telah terbukti memberikan kelembapan kepada kulit wajah malahan juga turut mencerahkan dan meremajakan kulit kita. Wah... nampak tak banyak khasiatnya tu! 




Snow Lotus yang turut tergolong sebagai ginseng kepada masyarakat Korea merupakan bahan yang sangat berharga tinggi dan terkenal di Asia. Malahan, pada zaman dahulu kala ia dikenali sebagai "The Emperor's Herb" kerana hanya maharani dan wanita diraja yang menggunakannya dalam penjagaan kulit wajah.



Nak gunakan YEHWADAM Snow Lotus Brightening Pearl Capsule Cream ini, kena gunakan spatula disediakan untuk ambil sebutir "mutiara" nya. Lepas tu, kena hancurkan barulah disapu pada kulit wajah. Pearl Capsule yang direndam dalam cream sebegini bukan sahaja segar dan natural, malahan ia turut memberikan kesan pencerahan yang berkali ganda lebih baik.

Malahan dengan tambahan mutiara dalam krim ini menjadikan kulit wajah terlindung dari sebarang cela dan melindungi kulit kita daripada freckles dan kemerahan. Bukan tu je tau, THEFACESHOP turut meletakkan partikel kolagen dalam krim ini agar tekstur kulit maintain muda, firm dan melembutkan kulit wajah kita.

So, since Nanie pun dah start concern mengenai anti-penuaan ni, why not anda juga concern sama! Yep, anda semua perlu mulakan langkah penjagaan kulit bermula sekarang. Kulit wajah yang sihat, berseri dan maintain muda semestinya memberikan keyakinan pada diri anda.

Untuk maklumat lanjut, Nanie letakkan link-link untuk rujukan :


Website: 

Facebook :

Instagram : 


1 comment:

  1. Memang complete. Kalau dah beli Yehwadam ni, dah tak perlu yang lain lagi.

    http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork