Sunday, February 26, 2017

STUFFIEE : Aplikasi Mobile Untuk Mudahkan Pengurusan Gambar Digital

Assalamualaikum semua 

Nanie ni memang suka sangat ambil gambar tau. Baru ni je Nanie upgrade storage iCloud Nanie kepada 200GB. Nanie suka ambil gambar sebab pada Nanie tu semua memori dan pengalaman. Masa Nanie ke Korea sahaja, lebih 6000 gambar Nanie ambil dan semuanya hanya menggunakan handphone. 

MASALAH BILA GAMBAR MELAMBAK

Tapi, ada masalah jugak bila banyak sangat gambar. Nanie rasa gallery Nanie sangat messy dan tak well-organised. Kadang tu bila nak trace semula gambar, ambil masa lama dan payah. Lama-lama Nanie buangkan je gambar yang tak perlu sangat. But, still... perlukan masa lah nak delete and sort out satu-satu kan. 


Seronoknya kalau ada aplikasi yang membantu kita on this part kan! Well. No worries anymore. Nanie nak perkenalkan STUFFIEE. Aplikasi yang memudahkan kehidupan seharian kita. A social ambassador app where friends recommend friend's stuffs! 

APA ITU STUFFIEE?


STUFFIEE adalah aplikasi mobile yang baru dilancarkan. Berfungsi untuk menyimpan gambar-gambar anda secara digital, namun lebih tersusun dan mengikut kategori yang disediakan. Malahan bukan itu sahaja, melalui STUFFIEE juga kita boleh bersosial dan membantu rakan-rakan lain mendapatkan info dan maklumat. Nak tahu macam mana? Jom Nanie terangkan serba sedikit mengenai STUFFIEE.


STUFFIEE IBARAT ORGANIZER

Macam biasa lah, STUFFIEE ni korang boleh download di Play Store. Buat masa ni STUFFIEE hanya available dalam Android, dan Insya Allah akan memasuki pasaran App Store juga. Jadi, lepas korang download tu, masukkan lah semua butiran diri. Dan boleh terus guna selepas pengesahan. STUFFIEE berperanan sebagai "organizer" untuk gambar-gambar kita dengan lebih spesifik dan teratur. Ia bukan sekadar, menjadikan kita lebih teratur malahan lebih mudah untuk diakses semula. 




KATEGORIKAN GAMBAR ANDA!

Apa yang menarik dan berbeza sikit dari aplikasi lain, di STUFFIEE segala gambar yang kita upload boleh dikategorikan mengikut pilihan yang sesuai. Macam Nanie sendiri, bila Nanie perhatikan semula gallery Nanie, gambar semua lebih kepada makeup, lipstick, skincare dan travel. Jadi, Nanie hanya perlu upload sahaja gambar tersebut di STUFFIEE dan masukkan ikut kategori. 


BANTU KAWAN DAPATKAN INFO & INSPIRASI

Kategori ini juga boleh diakses oleh kawan-kawan dalam friendlist kita. Jadi, sekiranya esok lusa mereka nak cari info atau apa-apa yang berkaitan dah mudah dah. Klik je pada kategori yang disediakan dan terus ada koleksi makeup atau skincare Nanie. Haaa... kan mudah tu. 


Antara kategori yang disediakan adalah travel, ride, food, sports, gadget, fashion dan hobbies. So, untuk kategori makeup Nanie masukkan dibahagian fashion dan hobbies. Jadi, sapa-sapa je yang klik pada dua kategori tu akan nampak post Nanie. Even Nanie pun boleh jugak akses kategori-kategori yang korang post gambar. 







TAK TAHU NAK BELI HADIAH APA UNTUK KAWAN-KAWAN? 

Korang pernah tak pening kepala nak cari hadiah untuk seseorang? Nanie selalu wei... sebab kadang-kadang kita tak pernah tahu apa barang yang dia ada atau apa yang dia berkenan kan? Haaa sekarang ni dengan STUFFIEE, korang boleh lebih mengenali kawan-kawan korang. Macam mana??? 

Dalam aplikasi ni, ada kategori WISHLIST. Kat situ, korang sendiri boleh uploada anything yang menjadi idaman korang. Contohnya, korang teringin nak pakai tudung Duck Scarf ke, handbag dari LV ke, apa-apa jelah. Teringin nak makan KFC  ke, atau mungkin teringin nak jalan-jalan ke Universal Studio Singapore ke... dan dari situ kot-kot lah kawan-kawan tak tahu nak beli hadiah apa pada korang... mereka hanya perlu bukak je WISHLIST Category tu... dan tengok lah apa yang korang suka. 



ANDA JUGA ADA PENGARUH TERSENDIRI! 

Bukan tu je tau, nak tau tak... yang sebenarnya setiap dari kita ada pengaruh tersendiri. Dengan pengaruh tu lah, membuatkan orang lain menjadikan kita sebagai inspirasi mereka. STUFFIEE turut memperkenalkan Ambassador Wall dalam aplikasi ini.

Dengan mengguna pakai STUFFIEE Ranking System, caranya sangat mudah. Korang hanya perlu UNLOCK setiap level melalui engagement korang di aplikasi ini. Untuk dapatkan ranking paling tinggi iaitu Level 5, apa yang korang perlu buat adalah semudah SHARE, LIKE & COMMENT, korang akan dapat point dan boleh naik level. Mana tahu, semakin tinggi level korang, ada brand-brand besar yang pandang dan berminat untuk engage dengan korang semua? Boleh buat side income ye tak? 

Rankings
The higher your rank the higher your earning potential
To improve your rank, simply earn more likes and connect to more friends!

•Level 1 : Lieutenant
•Level 2 : Captain
•Level 3 : Major
•Level 4 : Colonel
•Level 5 : General


Jadi, secara kesimpulannya, STUFFIEE ni memang aplikasi yang seronok dan memudahkan kehidupan harian kita. Dah tak payah nak pening-pening kepala letak gambar sepah-sepah di gallery telefon. 

Apa yang korang perlukan adalah:

  • Ambil gambar dan upload ke STUFFIEE ikut kategori yang bersesuaian
  • Boleh juga dapatkan maklumat dan inspirasi daripada kategori kawan-kawan yang lain 
  • Dapatkan info mengenai apa yang kawan-kawan suka dan recommend
  • Share & recommend juga stuff kesukaan anda, mana tahu boleh bantu orang lain
  • Jangan lupa untuk naikkan level anda supaya lebih ramai yang menjadikan anda Personal Ambassador dan Influencer buat diri mereka! 

Ehhh... ehhh... nanti dulu korang. Nanie lupa nak bagitau ni. STUFFIEE juga ada jalankan satu contest menarik tau. Korang boleh menang duit! Baca bawah ni untuk keterangan lanjut. Korang join, hantar gambar banyak-banyak... mana tahu rezeki boleh menang wang besar! 

Stuffiee’s Photo Contest will begin Feb 26, 2017.


Show us your stuffs #ShowStuffs and win RM1,000 every 2 weeks!

To Participate :

  1. Download Stuffiee on Google Play 
  2. Post your stuff that YOU ARE MOST PROUD OF on Stuffiee
  3. Share it on your Facebook or Instagram and tag #showstuffs

We will give cash of RM1,000 EVERY 2 WEEKS to the most awesome stuffs shown on #showstuffs. 


So, nak tunggu apa lagi... cepatlah Download STUFFIEE. Nanti jangan lupa follow Nanie ye... Nanie akan follow semula anda. Dalam tu Nanie akan recommend macam-macam makeup stuff, food, dan skincare juga. Yeay!!! 



2 comments:

  1. Menarik tapi kena tunggu dulu la yer sbb kat Apple store belum ada..huwaaa.

    ReplyDelete
  2. Good info..
    Thanks for sharing this...
    Cheers.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork