Wednesday, March 29, 2017

Gogoprint : Online Print Namecard Dengan Mudah, Pantas & Berkualiti

Assalamualaikum semua

Namecard Nanie dah lama sangat habis. Kadang tu pergi ke event rasa tak sedap pulak bila tak ada namecard. Penting untuk seorang blogger memiliki namecard. Selain dari pengenalan diri, mudah juga untuk keep-in-touch kan. Baru-baru ni Nanie kongsikan pengalaman Nanie menggunakan khidmat Gogoprint untuk print namecard Nanie. Alhamdulillah memang puas hati & memang mengikut spesifikasi yang Nanie mahukan. Jom Nanie share pengalaman gunakan servis dari Gogoprint. 




Gogoprint adalah satu portal printing online dan firma teknologi yang bermatlamatkan membantu pelanggan dalam meminimumkan kos printing untuk perniagaan mereka. Dengan menekankan kualiti printing yang bagus, perkhidmatan penghantaran yang meluas dan pantas, Gogoprint menyediakan platform kepada pelanggan untuk memesan secara online pada bila-bila masa dengan easy-to-use ordering system. Memang mudah! 


Kalau perkhidmatan printing yang konvesional, selain daripada korang kena tunggu masa printing yang kadang agak panjang, korang juga kena 2-3 kali revised harga dengan finishing yang diperlukan. Bagi mereka dalam arena bisnes, masa adalah sangat berharga. Tak kanlah nak tunggu printing namecard sampai 2-3 minggu kan. Mestilah nak cepat, tapi kualiti tetap TIP TOP! 

No automatic alt text available.

Maka, Nanie nak suggest korang gunakan Gogoprint. Satu solusi terbaik untuk korang yang print dengan cepat, mudah dan berkualiti. Servis yang ditawarkan juga pelbagai. Bukan sekadar namecard semata-mata, Gogoprint pun boleh print tag, stickers, greeting card, flyers, booklet dan pelbagai lagi. Kiranya lengkap untuk mereka yang berbisnes kan. 

Di Gogoprint ni, hanya perlukan 4 langkah mudah je untuk gunakan servis mereka. Tak payah pening-pening. Nanie pun yang mula-mula macam tak tahu nak buat macam mana, akhirnya berjaya untuk gunakan servis mereka. 


1. PILIH PRODUK IKUT KESESUAIAN : Macam Nanie yang nak print namecard ni, di Gogoprint ada banyak pilihan finishing, size yang kita nak juga material. 


Kalau korang tak sure dengan material apa yang kita nak guna, klik je pada bahagian finishing tu, ada video yang disediakan untuk tunjuk materialnya. 



2. CHECK HARGA & TARIKH DELIVERY - Setelah selesai memilih pakej yang korang perlukan, cuba check pulak harga printing. Delivery charge - FREE ya!!! Kalau korang nak gunakan cepat, harga akan tambah sedikit. Tapi, don't worry production boleh dibuat seawal 24 jam tau! Pantas kan! 



3. CARA BAYAR YANG MUDAH - Next, setelah selesai pilih material dan format, korang perlu buat pembayaran terlebih dahulu. Mesti ada yang tanya, tapi design tak ada? Macam mana? Don't worry baby, design adalah selepas ni. Selepas proses pembayaran. 


Dah nama pun printing online, pembayaran pun secara online jugak. Mudah sangat lah. Tak payah fikir-fikir banyak kali. Harga yang diberikan pun berpatutan. Memang susah nak dapat harga macam ni di luar sana dengan kualiti yang bagus. 


 4. HANTARKAN DESIGN - Selepas pembayaran tu, akan terima satu email cutoff time untuk design. Korang kena upload design korang pada kotak yang Nanie dah bulatkan tu sebelum tarikah cutoff.

Sekiranya korang tak ada design, boleh dapatkan khidmat pelanggan mereka untuk bantu korang buat design. Gogoprint turut menyediakan perkhidmatan designer bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa design. Atau pun, kalau nak mudah boleh guna servis buat design secara online. 



Design kali ni, Nanie pilih yang simple je. Tak pilih yang serabut. Nanie nak guna minimalist dan senang untuk dibaca. Tak ada fancy-fancy sangat. Warna pun Nanie amek warna yang ala-ala warna blog Nanie je. Senang. Pastikan design korang dalam format yang ditetapkan. Just incase kalau korang ada kekeliruan, terus je chat dengan mereka. Memang pantas respond dari Gogoprint. Hari tu, Nanie pun ada tak faham, mereka terus cepat-cepat jawab soalan kita. 


Selesai kita upload design, terus kita akan dapat email confirmation order beserta dengan nombor rujukan sekali. Itu bermaksud, order kita sedang diproses. Sekiranya terdapat masalah untuk design, mereka akan hubungi kita semula. 



Nanie ambil pakej yang 24 hours printing untuk 1000pcs (10 kotak) dengan delivery standard. Harganya hanyalah RM 117.60 je. Tak ke murah tu? Nanie check dengan rata-rata printing services, paling lewat adalah 5 hari bekerja. Jadi memang pantas kan Gogoprint. Dahlah delivery percuma. 



Sebagaimana yang dijanjikan pada tarikh ditetapkan. Parcel dari Gogoprint pun selamat sampai ke tangan Nanie. Yeay! Pembungkusannya kemas sebab ada bubble wrap. Jadi tak risau kalau pecah ataupun terkena air. Insya Allah selamat. 



Dan inilah hasilnya.... memang kemas printingnya, font tak kembang. Material sebagaimana yang Nanie pilih - tebal. Kemasannya pun cantik. Serba-serbi Nanie puas hati lah. Alhamdulillah mudah, pantas dan terbaik servisnya! 



Pada sapa-sapa yang tengah mencari printing service yang efisien, bolehlah tengok-tengok laman web Gogoprint ni. Cuba bandingkan harga mereka dengan company lain dulu, Insya Allah memang puas hati. Terima kasih Gogoprint.

Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah : 


Website 


Facebook 




2 comments:

  1. cantiknya card. airah pun teringin nak ada name card ni

    ReplyDelete
  2. Wah .dah lama godek2 ni gogoprint ni ..tapi tal pandai pulak nak upload design ..mungkin tutorial ni dpt membantu ccl ..tq sharing

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork