Assalamualaikum semua
Baru perasan, Nanie belum update lagi dengan pembaca semua mengenai Korea Beauty Travel with THEFACESHOP : Part 2. Ampun awak... kita busy tak ingat. Kerja...kerja... kerja! Hehehe. Takpe, now kita update sambil berkongsi pengalaman ye. Mana tahu, ada pembaca Nanie yang nak ke Korea kan?
Seawal 8.30pagi Nanie dan team Malaysia dah turun breakfast bersama. Macam biasa, bila Nanie ke luar negara, breakfast ambil yang mudah dan yakin Halal. So basically Nanie lebih prefer amek cereals, buah-buahan dan susu je.
Hari kedua lebih memfokuskan kepada pengenalan produk-produk terbaru dari THEFACESHOP untuk tahun 2017. Kami semua excited untuk melihat sendiri beberapa produk terkini mereka. Yelah, menjadi antara orang pertama yang mencuba, melihat dan merasai produk terbaik THEFACESHOP merupakan satu penghormatan buat kami semua sebagai Key Opinion Leader. Masa ni juga kami diperkenalkan dengan delegasi dari negara lain iaitu Thailand dan Philippine.
Acara pertama adalah Opening Greetings & Welcome Speech dari Vice President THEFACESHOP iaitu Mr. Bill Lee. Sebagai Vice President, beliau menerangkan serba sedikit mengenai THEFACESHOP dan tujuan serta matlamat program Key Opinion Leader 2016 ini.
![]() |
Key Opinion Leader dari Philippine |
![]() |
Key Opinion Leader dari Thailand |
![]() |
Key Opinion Leader dari Malaysia |
THEFACESHOP yang sentiasa mementingkan kehendak dan kepuasan pelanggan menjadikan Program Key Opinion Leader sebagai platform untuk mereka lebih mendekati pelanggan dan mengetahui keinginan sebenar pelanggan mereka. Disamping itu, ia juga bermatlamatkan untuk memberi kesedaran kepada pelanggan dalam mencari solusi kecantikan berteraskan alam semulajadi yang menjadi core principe buat THEFACESHOP sendiri.
1. Yehwadam Revitalizing Line [ Review : http://bit.ly/2mT6Lmz ]
2. Moisture Touch Lipstick [ Review : http://bit.ly/2n3bJiC ]
3. Miracle Finish BB Cushion
4. Dr.Belmeur Line
Yehwadam Revitalizing Line |
Moisture Touch Lipstick |
Miracle Finish BB Cushion |
Dr.Belmeur Line |
Sebelum ke sesi sebelumnya, kami semua dihidangkan dengan lunch ala fine dining. Paling menarik adalah, mereka hidangkan daging yang halal untuk kami semua. Jadi tak perlu ragu-ragu. Insya Allah. Makanan yang dihidangkan di Hotel Lotte, memang lazat dan sedap!
Dah makan kan, dah kenyang semua... bermulalah kelas makeup. OMG! Part ni pun seronok untuk Nanie. Yelah, makeup Korean Look memang cantik dan natural kan. Tambah pulak yang bakal mengajar kami untuk this makeup class adalah Mr. Kim Seung Won, Celebrity Makeup Artist yang sangat terkenal di Korea.
Pelbagai teknik solekan yang Mr. Kim Seung Won ajarkan. Sehinggakan cara pegang brush jugak diajar dengan betul. Tengok dia makeupkan orang, amboi kemain senang lagi. Sekejap je dah boleh dapat Korean Makeup Look yang cantik & segar.
Bila dah belajar, jom kita kena buat sendiri lah. Kata orang praktikalkan apa yang kita belajar. Baru boleh tahu jadi ke tidak kan. Masa ni Nanie rasa segan sikit jugak lah. Orang lain semua power-power wei makeup dorang. Kira teknik dah cun dah. Nanie ni makeup light-light je. Heheheh.
Tak pe jangan risau. Menurut Mr.Kim, dalam makeup kita kena berani gunakan teknik yang selesa dan sesuai dengan kita. Kalau digunakan setiap hari, memang lama-lama kita akan pandai. Lega hati dengar macam tu kan. Inilah nasihat dari yang pakar!
Sebelah malamnya, kami semua ada dinner bersama-sama di Itaewon. Perjalanan dari Junggu ke Itaewon lebih kurang 20-30 minit. Dapatlah Nanie tengok bandar Junggu sebelah malam. Dengan suhu sekitar -10' masa tu, memang rasa sejuk sampai ke tulang.
Dapat merasa grilled seafood Korea, kimchi dan makanan tradisional mereka. Lazat gak. Tang udang tu... gebu dia rasa lebih besar dari jari Nanie. Di Itaewon memang terkenal dengan pelbagai restoren dan kedai makan. Kedai makan Halal juga ada. Antara yang Nanie nampak restoren Pakistan - kebab & briyani.
Waktu kat Itaewon ni lah, suhu mencecah -13' hingga -15'. Ada satu pengalaman yang Nanie tak dapat lupakan kat sini bilamana air hidung keluar terus jadi ais wei! Hahahaah. Kelakar jugak lah. Sebab ingatkan apa benda keras kat atas mulut, rupanya.... air hidung jadi air batu! Memang sejuk sangat-sangat. Nanie pakai kain, tpi kat dalam pakai seluar long john tu and letak warm pack pun masih sejuk!
Lebih kurang jam 9.30malam kami semua pulang ke hotel untuk aktiviti esok yang lebih menarik. Tapi kami tak tidur pun. Dalam jam 10.30 macam tu, team Malaysia semua keluar ke Myeongdong Street lagi. Hehehe. Menikmati suasana Korea yang bukan senang nak dapat kan.
Pengalaman ke Korea bersama THEFACESHOP memang mengujakan Nanie. To be honest sampai sekarang Nanie menghargainya dan rindu sangat dengan bumi Seoul. Kalau ada rezeki, ada jodoh, Insya Allah Nanie memang nak jejak kaki kesana lagi. Nanie akan sambung pengalaman hari terakhir di Korea secepat mungkin ok!
Love you!
Bacaan :
- Korea Beauty Travel Part 1 : http://bit.ly/2nqaVWZ
- Video Travel ke Korea bersama THEFACESHOP : http://bit.ly/2nq69sP
- Persediaan Bajet ke Korea untuk musim sejuk : http://bit.ly/2nFgpxA
Bacaan :
- Korea Beauty Travel Part 1 : http://bit.ly/2nqaVWZ
- Video Travel ke Korea bersama THEFACESHOP : http://bit.ly/2nq69sP
- Persediaan Bajet ke Korea untuk musim sejuk : http://bit.ly/2nFgpxA
Website:
Facebook Page:
Instagram:
4 Inspirasi Dari Pembaca
Wah bestnya kak nani dapat pergi korea <3
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki! :)
Deleteakak suka product the faceshop ni.. :)
ReplyDeleteTu lah kak! kita pun memang peminat TFS ni. best!
DeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!