Tuesday, March 28, 2017

Korea Beauty Travel with THEFACESHOP : Part 3

Assalamualaikum semua

Baiklah, ini adalah entry terakhir untuk Korea Beauty Travel with THEFACESHOP. Kalau nak diikutkan banyak sangat yang Nanie nak cerita, nak sharekan pengalaman menjejak kaki ke Seoul, Korea buat pertama kali. Untuk mereka yang belum lagi baca entry sebelum-sebelum ni, Nanie compile kan link disini ok. 


- Korea Beauty Travel Part 1 : http://bit.ly/2nqaVWZ
- Korea Beauty Travel Part 2 : http://bit.ly/2nENWYl
- Video Travel ke Korea bersama THEFACESHOP : http://bit.ly/2nq69sP
- Persediaan Bajet ke Korea untuk musim sejuk : http://bit.ly/2nFgpxA

Untuk hari ketiga Nanie di Korea, pagi Nanie dimulakan dengan breakfast dengan menghadap pemandangan bandar Seoul yang sangat cantik disimbahi sinaran matahari. Sehingga hari ini, Nanie masih lagi terbayang-bayang keindahannya. 




Selesai breakfast, kami segera ke Hall yang ditetapkan untuk mengikuti satu course Interactive Personality and How To Finding Your Personal Colour daripada Ms. Ji-Yeon Lee, seorang pakar perunding imej profesional di Seoul. Beliau banyak "membentuk" artis-artis terkenal Korea untuk lebih bijak bergaya dan tampil yakin dengan appearances diri sendiri. 




Untuk pengetahuan semua, untuk memilih personal colour - kita perlu menilai beberapa aspek. Bagi mereka yang free hair, boleh matchkan warna rambut untuk kesesuaian personal colour. Bagi yang bertudung pula, of courselah warna kulit dan warna anak mata kita boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan Best Personal Colour. 


Macam Nanie, Nanie ni taklah cerah sangat. Tapi tak lah gelap sangat. Nanie memang perasan, Nanie tak berapa sesuai bila warna-warna nude dan pastel. Sebab kulit akan nampak macam "kelabu asap" dan tak menyerlah. Dan tepat sangkaan Nanie, Nanie seorang yang sesuai dengan Warm Colour. Iaitu mereka yang mempunyai kulit sawo matang. Antara warna yang sesuai dengan Nanie adalah seperti warna orange, merah, coklat, hijau dan pink. 



 Nanie bagi contoh dua gambar Nanie dibawah tau. Gambar yang pertama ni, Nanie gunakan lipstick yang seakan-akan warna Dark Red, which is tak ada dalam Warm Colour chart - supposedly tak sesuai untuk tona kulit Nanie sebab tak naikkan penampilan Nanie. 

Than, Nanie tukar warna lipstick kepada warna oren iaitu warna dalam warm colour chart. And cuba korang tengok hasilnya. Seriously, memang berbeza terutama dalam mencerahkan kulit wajah. Macam magik kan? 



Kulit Nanie nampak lebih cerah dan bersih bila gunakan warna yang sesuai dengan tona kulit kita. Sebab tu lah, pemilihan warna pakaian, warna makeup - lipstick,eyeshadow dan blusher sangat penting untuk enhance lagi kecantikan kita. Baru tahu.....

Selepas selesai, untuk makan tengahari kami dibawa ke Gwanghamun. Kawasan ni terkenal dengan sebuah restoran makanan tradisional Korea yang ala fine-dining. Perjalanan dari Junggu ke Gwanghamun adalah sekitar 30 minit. Sepanjang perjalanan, sekali lagi Nanie terpana dengan kecantikan bandar Seoul di waktu siang dengan suhu sekitar -6'. 






Nanie memang sebelum-sebelum ni tak pernah pun makan makanan Korea di Malaysia. Jadi, to be honest, Nanie memang tak tahu sangat nama-namanya. Tapi, so far yang Nanie boleh ceritakan, makanan Korea asli di sana sangat plain.  






Harap korang janganlah tanya Nanie ye apa nama makanannya. Nanie memang tak tahu. Apa yang boleh Nanie share, mereka lebih sukakan rasa asli sesuatu bahan tu. Kalau rasa pedas, betul-betul pedas. Tak ada lah pedas manis macam sambal tumis kita ke apa. Kalau rasa dia kekacang, betul-betul kekacang tu lah rasanya. Tak ada rasa ala-ala stock ayam ke apa ke.









Makan-makan gak. Nanie tetap ambil gambar dengan kakak kesayangan ni. Kak Sabby ni pun macam Nanie gak sebenarnya. Kami tekak Melayu. Jadi, makanan Korea ni buat alas-alas perut je. Kan kak Sabby kan? Ohhh rindunya geng Korea - Chency, Kak Sabby, Kiena and Louisa!!!



Sebelah petangnya, kami dibawa ke Gangnam untuk menghadiri kelas buatan Teh Tradisional Korea daripada Juara Koordinator Teh di Korea iaitu Ms. Bo-eun Lim. Yang paling best, kami di bawa ke sebuah cafe comel ala-ala Korean Drama tau. Nama cafe tersebut adalah Mercie Bonnie. Serius sangat comel & boleh fefeling macam heroin k-pop! 








Semasa di Merci Bonnie Cafe, kami belajar buat Yehwadam Green Tea. Yehwadam adalah herba terbaik dari Korea yang turut digunakan dalam produk THEFACESHOP  untuk Yehwadam Revitalizing Line. 






Rasa Yehwadam Green Tea ni unik dan sangat menyegarkan. Ditambah pula dengan suhu dingin di luar, terasa kehangatannya. Memang memanaskan badan dan sangat romantik tau diminum dengan cara tradisional Korea. 


Last but not least, di Mercie Bonnie juga kami diberikan kelas Handcraft Soap Making. Fuhyoh! Yang ni Nanie suka sebab first time buat sabun sendiri. Senang je rupanya. Tak susah pun. Ecewah, macam dah terer sangat kan! Heheheh. 



Ada pelbagai pilihan isi sabun yang Nanie pilih. Antaranya avocado, green tea, mud, sea salt, charcoal dan papaya. Kesemuanya ada khasiat tersendiri. Dan Nanie campurkan kesemuanya untuk dijadikan souvenir buat kawan-kawan di Malaysia. Handmade soap dari Seoul tau! Dibuat dengan penuh kasih sayang gitu! 









Kalau nak diikutkan proses untuk keraskan sabun ni lama. Lebih kurang 5-6 jam macam tu. Tapi disebabkan suhu kat luar kan sejuk. Dorang bawak je mould sabun ni di luar dan biarkan dalam 30-45 minit macam tu. Dah keras ye. So bayangkanlah badan kami pun sejuk sama bila diluar tu actually! 






Setelah dipotong ikut saiz yang dikehendaki, masukkan dalam kotak yang disediakan dan ikatkan reben. Dah jadi tanda kenangan dari Korea buat kawan-kawan. Nanie berikan pada keluarga dan sahabat handai. Ada sentimental value disitu! Selepas kelas, terus kami ke kawasan berhampiran hotel untuk makan malam.

Lepas dinner bersama team THEFACESHOP Korea, kami dihantar semula ke hotel. Waktu ni, team dari Philippine dan balik. Yang tinggal hanyalah team Thailand dan team Malaysia. Disebabkan ia merupakan malam terakhir kami semua. Selepas dihantar pulang ke hotel, team Malaysia meneruskan malam dengan mencari cafe bingsu di Myeongdong. Kami nak spent malam terakhir di Seoul dengan kenangan manis.









Memang manis dan romantik sangat suasana malam terakhir kami bersama tu. Duduk pula tepi cermin yang menghadap pemandangan Myeongdong di malam hari. Nanie tak ingat nama cafe ni. Tapi tu lah, bila tengok semula... patutlah drama Korea semua buat orang feeling sendiri. Sebab suasananya memang cantik, romantis dan membuai perasaan. Dengan alunan lagu sweet, makanan manis yang sedap, walaupun kat luar sejuk... ais krim Korea lazat! 









Malam tu jugak kami berkongsi pelbagai cerita. Masing-masing enjoy dan gembira. Walaupun badan penat, tapi memang tak terasa. Yang kami tahu, malam itu kami yang punya. Kami berborak, buat video sama-sama dan bergelak ketawa merakam memori indah bersama. Nanie selitkan video dari Kak Sabby. Korang boleh tengok macam mana happynya kami semua di malam terakhir tu. Walaupun setelah 12 jam buat macam-macam aktiviti. 



Secara ikhlas, terima kasih yang tidak terhingga kepada THEFACESHOP Malaysia kerana memilih Nanie dan memberi peluang keemasan yang tidak terhingga kepada Nanie. Pengalaman yang sangat berharga buat Nanie terutama dalam mengenali produk THEFACESHOP dan pengalaman menjejak bumi Seoul, Korea sendiri. 

Ditambah pula, bersama-sama Key Opinion Leader yang lain seperti Kiena Suhaimi, Sabby Prue dan Chency yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri di media sosial. Alhamdulillah semuanya baik dan sekepala. Tiada masalah dan sangat enjoy bila bersama. 


Peluang keemasan sebegini datang sekali seumur hidup dan Alhamdulillah Nanie dapat merasainya. Insya Allah, Nanie akan share lebih banyak info dan maklumat produk THEFACESHOP dengan para pembaca semua. Moga-moga perjalanan dan perkongsian Nanie di bumi Korea ini memberi manfaat untuk semua. 





1 comment:

  1. awwww miss you allll <3 really miss the moments <3

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork