Monday, March 20, 2017

Percutian Hebat di Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum semua
Yeay! Cuti sekolah dah bermula. Seronoklah semua yang bersekolah kan. Paling seronok mestilah budak-budak sekolah termasuk cikgu-cikgu. Yang mak-mak dan ayah-ayah pun seronok jugak. Boleh plan percutian untuk keluarga. Inilah masa untuk eratkan lagi sillaturahim dan sambil tu merehatkan minda dan badan yang dah digunakan untuk kerja dan menguruskan rutin harian. Anak-anak pun mesti dibawa berjalan juga sekali sekala. Barulah mereka gembira dan bersemangat untuk belajar. Lagipun, tak rugi bawa mereka berjalan sebab, ia sebahagian dari aktiviti menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan. Bak kata orang "Jauh perjalanan, luas pemandangan!".



AKTIVITI KELUARGA DI CUTI SEKOLAH

Bila musim cuti sekolah, mesti ada yang tengah plan aktiviti terbaik untuk keluarga anda kan? Apa kata anda bawa anak-anak anda tengok burung unta secara real? Boleh belajar dan rasai pengalaman yang unik. Tapi kat mana nak rasa pengalaman sebegitu kan? Jawapannya adalah di PD Ostrich Show Farm yang merupakan salah satu tarikan yang ada di Bandar Port Dickson. Kalau dari KL ni, tak jauh pun PD tu. Kurang dari 2 jam dah boleh sampai. Yang paling menarik kat sini adalah korang sendiri boleh melihat betapa besarnya burung unta  dan telur  burung unta. Jangan disangka kecik tau. Buat telur dadar satu bas boleh makan!

sumber gambar : www.portdickson.info
RUMAH API & BLUE LAGOON

Selain itu, antara tarikan lain ialah Rumah Api Tanjung Tuan dan Blue Lagoon yang menjanjikan pemandangan  yang sangat cantik. Pantai Port Dickson ni memang sejak dulu lagi dah terkenal dengan airnya yang jernih, pantainya yang landai dan sesuai untuk aktiviti air dan kekeluargaan. Bila musim cuti sekolah, ramai juga yang buat family day di PD.


sumber gambar : www.portdickson.info

PD WATERFRONT & TELUK KEMANG

Bagi yang ingin menikmati suasana damai, boleh ke PD Waterfront dan Pantai Teluk Kemang juga merupakan salah satu tarikan di Port Dickson.  Pendek kata, semuanya ada dekat Port Dickson ni. So, jika korang plan untuk datang ke sini, make sure korang kena layari traveloka.com untuk korang cari tempat penginapan sekitar bandar di Port Dickson ni.


LEXIS HIBISCUS - PENGINAPAN PALING SELESA DI PORT DICKSON
Bila anda kesini, pasti anda bingung memilih hotel yang baik dan selesa kan, jangan risau sebab Nanie nak suggest satu penyelesaian. Pernah dengar Lexis Hibiscus Port Dickson? Lexis Hibiscus PD ni merupakan salah satu hotel & resort yang bertaraf 5 bintang yang menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan promosi untuk korang nikmati.



Jadi, dapatkan Lexis Hibiscus Port Dickson promotion online di Traveloka.com sekarang juga! Hotel mewah ini mempunyai 642 buah resort yang direka mewah dengan size bilik yang luas iaitu 770 sehingga 872 kaki persegi. Resort-resort ini dikelaskan kepada beberapa jenis yang boleh anda pilih seperti executive pool villa, premium pool villa, panorama pool villa (pemandangan laut atau bukit),sky pool villa, royal suite, imperial suite dan presidential suite.



Setiap bilik mempunyai keistimewaan tersendiri. Korang tak perlu risau pasal tempat menarik sebab hotel ini terletak tidak jauh dengan tarikan utama di Port Dickson. Antara tarikan yang berhampiran dengan hotel ini ialah Blue Lagoon (3.7km), Pantai Teluk Kemang (6km), PD Ostrich Farm (5.1 km), Raptor Bird Sanctuary (4km).

Selain dari lokasinya yang strategic, mesti korang nak tahu jugak kan apa yang menarik sangat pasal Lexis Hibiscus PD ni kan? Yang paling best adalah setiap unit resort mempunyai kolam renang dalam bilik sendiri lengkap dengan sauna. Dah nama resort 5 bintang, mestilah ada keunikan dan kemewahan yang disediakan.





Selain itu, Lexis Hibiscus Port Dickson turut menyediakan pelbagai aktiviti indoor, outdoor dan jugak water sport. Contoh aktiviti water sport yang korang mesti cuba ialah jet ski, kayak, airhead dan banyak lagi termasuk banana boat.

Jadi, jika anda ingin menginap disini, pastikan korang bawak pakaian lebih tau! Antara aktiviti lain yang disediakan resort ini juga adalah gym dan juga karaoke untuk kemudahan pengunjung pelbagai lapisan umur. Bagi ahli perniagaan, korang takyah risau kerana disini banyak kemudahan disediakan seperti meeting room, board room, sky ballroom, nautica deck dan jugak VIP room.


Dah nama pun penginapan bertaraf 5 bintang, korang takyah risau la pasal keselesaan kerana korang dijamin selesa punya kerana banyak kemudahan yang disediakan. Alang-alang bercuti biar la puas hati kan. JadIkan Lexis Hibiscus Port Dickson sebagai tempat penginapan anda! Jangan lupa visit traveloka.com untuk membuat tempahan.

Dijamin, memang puas hati. Memang memberikan kepuasan & satu pengalaman menarik yang tiada tandingan. Sekali datang, confirm mesti nak datang lagi. Sambil rehatkan minda, sambil bergembira bersama keluarga tercinta!

3 comments:

  1. seronoknya ! airah pun nak pegi pd weekend ni

    ReplyDelete
  2. wah cantiknya tempat. satu hari nanti nak pergi jgk..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork