Assalamualaikum semua
Bila Nanie drive balik ke Johor, Nanie mesti singgah kat mana-mana stesyen minyak. Selain daripada isi minyak dan isi Smart Tag, Nanie beli jugak makanan macam jajan dan gula-gula, juga Nanie akan beli minuman sekali terutama kopi yang boleh buat celik mata macam tu. Dan semestinyalah kalau Nanie, pilihan utama adalah kopi dari jenama POKKA!
Nanie suka jenama Pokka ni sebab minuman dia semua versatile. Bukan sekadar minuman biasa penghilang dahaga tau. Setiap rasa minumannya authentic dan asli. Boleh diminum dengan pelbagai cara dan di keadaan apa sekalipun. Ni lagi pulak lah nak bulan Ramadhan kan, macam-macam boleh dibuat ni. Ye lah, sebab bila berpuasa kita nak layan tekak dengan minuman sedap dan lazat kan.
PENGIKTIRAFAN HALAL JAKIM
Kelebihan yang Nanie nampak untuk minuman Pokka ni adalah sebab ia mendapat pengiktirafan Halal JAKIM. Alhamdulillah. Pengiktirafan sebegini membuatkan para pelanggan yakin dengan produk Pokka dan sekaligus, bolehlah kita menikmati kelazatan minuman Pokka tanpa ragu-ragu kan!
Dah alang-alang tu kan, meh lah sini Nanie ceritakan beberapa star product dari Pokka. Star Product ni maksudnya - produk yang memang mendapat permintaan tinggi dan memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
1. POKKA PREMIUM - KOPI SUSU & KOPI CAPPUCINO
Rugilah sangat sapa yang tak minum kopi. Kopi Pokka ni sangat sedap dan memang kena dengan tekak tau. Kopinya tak manis sangat dan tak terlalu strong. Kalau drive, kopi Pokka ni lah pilihan Nanie sebab boleh bukak mata yang ngantuk. Kopinya pekat, melekat dan lazat. Dibrew dari biji kopi sebenar, aromanya membuatkan peminat kopi memang jatuh cinta!
2. POKKA MINUMAN CAMPURAN - COOKIES & CREAM dan SUSU & TEMBIKAI
Bagi peminat produk susu pulak, don't worry! Pokka tetap memberikan anda pilihan yang sedap dan lazat untuk menikmati minuman mereka. Dua produk ni, flavour Cookies & Cream dan Susu & Tembikai memberikan satu kelainan rasa yang segar untuk peminat Pokka. Kakak Nanie paling suka minuman Cookies & Cream tu. Ya Allah, rasa dia berkrim dan sangat meyegarkan tau! Tu nampak tak, Nanie fokuskan pada logo Halal JAKIM. Nampak tak dengan susu sebenar & rendah lemak tau. Insya Allah penuh khasiat.
3. POKKA TEH HIJAU JASMIN & POKKA NATSBEE HONEY LEMON

Nak rasa sesuatu yang segar dan menyihatkan? Yes, Pokka pun ada. Dengan rasa segar Teh Hijau & Natsbee Honey Lemon, Pokka menjadikan minuman ini sebagai salah satu minuman sihat yang mempunyai banyak khasiatnya untuk badan dan kesihatan kita. Teh Hijau atau Green Tea adalah minuman kegemaran orang Jepun sebagai agen detoks segala toksik dalam badan kita. Begitu juga honey lemon yang terbukti sebagai agen anti-penuaan dan kaya dengan vitamin C yang baik kan? Rasa minuman Pokka ni memang sedap ah!
Seperkara lagi, harga untuk minuman Pokka ni semuanya murah-murah. Takdelah mahal dan berbaloi dengan sizenya. So, lepas ni kalau korang singgah mana-mana nak beli minuman, jangan lupa tau pilih Pokka. Ada banyak pilihan, banyak rasa dan paling utama ianya Halal dan tanpa keraguan! Insya Allah.
Untuk maklumat lanjut dan pilihan perasa, boleh klik link di bawah :
Laman Web
Facebook
0 Inspirasi Dari Pembaca
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!