Monday, March 27, 2017

Resepi Mudah: POKKA Macaroni Cheese with Honey Lemon & Biscuit Crumbles

Assalamualaikum semua 

Nanie memang hari ni stay dekat rumah je. Rasanya sebab usia dah meningkatkan, tu pasal duduk rumah tu rasa heaven sangat. So, since duduk rumah jomlah kita masuk dapur kan. Asah bakat memasak sikit. Mana tahu esok dapat jodoh! Eh... hehehehe. Jomlah masak dengan Nanie. Nanie nak share resipi ciptaan sendiri ni. 





Sebagaimana entry Nanie sebelum ni [http://bit.ly/2n5HplD], Nanie kan bagitau minuman Pokka sangat versatile. Bukan sekadar minuman, malahan boleh juga diubah suai dalam masakan dan memang lazat serta menyelerakan. Nama resipi Nanie ni ialah POKKA PRAWN BALL MACARONI CHEESE WITH HONEY LEMON & BISCUIT CRUMBLE. Tudiaaaa kau! Gordon Ramsay dengar nama ni mau dia gelak je. Kehkehkeh. Ah! Gelak tak gelak, ni resepi Nanie kan! Suka hatilah nak letak nama apa. :) 

Let's started... 



Bahan-bahan 
  • POKKA Natsbee Honey Lemon 
  • 1 biji bawang besar & 5-6 ulas bawang putih (hiriskan kasar) 
  • Lemon (sebagai hiasan sahaja) 
  • Bebola udang 
  • Mozarella Cheese 
  • Biskut Weetameel (kalau takde, biskut marie pun boleh & hancurkan biskut) 
  • Macaroni 
  • Daun Parsley 





Cara-caranya senang & mudah. Tak payah pening-pening. Sebab Nanie pun main campak-campak je resipi ni. Ikut gerak hati. Ikut naluri. Paling penting penuh dengan kasih sayang. Itulah rahsia sebenar masakan jadi sedap. Hehehe. Tak caya, cuba tanya dengan mak-mak kita. Itulah jawapannya! 


1. Didihkan air dan celur macaroni sehingga al-dente. Semasa celur tu, masukkan sesudu minyak masak dan secubit garam supaya lembut dan mempunyai rasa. Tos dan ketepikan. 



2. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing kekuningan. Masukkan juga sedikit serbuk perasa kedalam tumisan sehingga garing. Nanie gunakan Maggi Cukup Rasa. 





3. Setelah kelihatan garing, masukkan pula bebola udang. Pastikan bebola udang tadi dah defrost sepenuhnya sebelum dimasak. Sebab untuk resipi ni, Nanie nak pastikan bebola udang menyerap air Honey Lemon tu nanti. 



4. Selepas lebih kurang 4-5 minit gorengkan bawang dan bebola udang tadi, tuangkan kira-kira setengah cawan Pokka Natsbee Honey Lemon kedalam masakan. Biarkan macaroni sedikit terendam tapi jangan terlalu banyak. Perlahankan api sedikit supaya rebusan ini mendidih. 



5. Selepas air rebusan Honey Lemon meresap ke dalam bebola udang dan macaroni, masukkan pula cheese mozzarella ke dalam masakan. Gaul sehingga rata & biarkan cheese cair sehingga likat dan melekat pada macaroni. 



6. Terakhir, masukkan biscuit crumble dan daun parsley. Biscuit crumble tu berfungsi untuk memberi tekstur kepada makanan dan menjadikan ia lemak manis. Ratakan sehingga sebati dan selepas itu boleh tutup api dan sedia dihidangkan. 



7.  Buat mereka yang sukakan pedas, boleh masukkan lada sulah atau potong cili api untuk tambah pedas. Macam Nanie, Nanie memang tak tahan pedas. Jadi Nanie tak bubuh elemen pedas tu untuk masakan. Hidangkan semasa panas dan tambahkan lagi biscuit crumble dan daun parsley di atasnya! 


Fuh! Bangga betul Nanie bila boleh masak dengan resipi sendiri ni. Ecewah, macamlah hebat sangat kan. Cubaan yang berjaya. Lepas masak tu, Nanie share dengan housemate and dia pun suka. Siap cakap, tak sangka boleh masak dengan minuman Pokka. Tak pernah terfikir kan! 


Berkaliber betul air POKKA Natsbee Honey Lemon ni. Bila Nanie rasa masakan Nanie, Alhamdulillah memang menjadi lah. Dengan rasanya yang cheesy dan ditambah dengan rasa lemak prawn ball menjadikan macaroni ini sedap dan lazat. Nanie gunakan POKKA Natsbee Honey Lemon sebagai pengganti lemon dan bagi mengekalkan rasa segar dan memotong rasa muak untuk makanan ini. Bila ada Honey Lemon, memang tak muak dan sangat lazat! 

Jadi pada anda semua di rumah yang selalu buntu tak ada idea nak masak apa, boleh lah versatile kan masakan anda dengan bahan-bahan yang ada dirumah. Yang penting, mestilah masak dengan baik dan penuh kasih sayang. Sebab dari masakan lah boleh mengikat kita semua. Insya Allah.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik :

Laman Web 

Facebook 




No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork