Tuesday, March 14, 2017

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa bersama Stellavingze International

Assalamualaikum semua

Pada 8 Mac yang lepas, Nanie telah dijemput oleh Stellavingze International untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa yang bertempat di MELILEA Tower, Bangsar South. Seawal Nanie tiba, dah kelihatan beberapa wanita - terutama ibu-ibu dah lengkap berpakaian serba merah jambu. Nampak cantik dan sangat meriah.




Nanie sendiri secara peribadi, ini merupakan sambutan pertama kali untuk Nanie meraikan Hari Wanita. Sebagai seorang wanita, dah tentulah Nanie rasa bangga dan dihargai kan. Lagi pulak, sebelum tu, di office - CFO Nanie berikan dua kuntuk bunga ros untuk semua staff wanitanya.Tambah rasa seronok dan happy. 

Stellavingze adalah sebuah organisasi bebas yang bermatlamatkan memperkasa wanita dan memberikan manfaat serta sokongan moral buat wanita. Badan ini banyak melakukan aktiviti kebajikan dan seminar bagi memberikan wanita ilmu pengetahuan dan mendedahkan mereka dengan pelbagai skill dan kebolehan. 


Bercakap mengenai wanita, peranan wanita sangat meluas. Hari ini, wanita memainkan peranan yang sangat besar. Tidak kira lah dalam mana-mana institusi sekalipun. Wanita hari ini bukan sekadar duduk di rumah dan mengasuh anak sahaja. Malahan, dengan perkembangan pesat teknologi - dari rumah juga mampu menjana pendapatan buat wanita dan sekaligus membantu meningkatkan ekonomi keluarganya.



Image may contain: 5 people, indoor


Peranan wanita dalam dunia global ini, dikupas secara cantik dan penuh informasi oleh 4 orang panel jemputan untuk satu forum khas yang dianjurkan Stellavingze International. Kesemua ahli panel ini mempunyai pengalaman dan motivasi tersendiri sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan berinspirasi. Panel jemputan terdiri daripada :


- Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, 
Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)

- Datin Azizan Binti Hj. Shariff,
 Yang Dipertua Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Perliman Lembah Pantai

- Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, 
Timbalan Presiden Yayasan Wanita Cermelang

- Ms Wee Siew Ling, Pengarah Stellavinge International


Sepanjang program, pelbagai input dan cerita inspirasi yang diberikan oleh setiap ahli panel. Betul, cabaran menjadi seorang wanita moden amat banyak. Namun, dengan ilmu dan kecekalan yang ada membuatkan wanita sentiasa bijak mengadaptasi dirinya. 

Salah satu yang paling Nanie suka adalah dari Tan Sri Datin Padukan Seri Hajah Zaleha, apabila beliau diminta memberikan ulasan - Adakah wanita itu unik? Jawapan beliau - sudah semestinya unik. Keunikan terbesar buat seorang wanita adalah MULTI TASKING! 

Nanie memang setuju sangat-sangat dengan kenyataan ni. Nanie sendiri, walaupun masih belum ada tanggungjawab sebagai seorang isteri mahupun ibu, tapi dalam kepala memang fikir banyak benda. Sambil drive, kadang fikir - nak beli barang apa, nak masak apa. Sambil mandi, fikir kat ofis nanti ada kerja apa, nak setel yang mana. Macam-macam. Hebatkan cara wanita berfikir. 




Sebagai wanita, Nanie nak ucapkan juga - SELAMAT HARI WANITA buat semua wanita di Malaysia dan pembaca Blog Cokateyes khususnya. Nanie doakan setiap dari kita dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan mengharungi apa sahaja cabaran hari ini. Ingat, tangan yang menghayun buaian boleh meggoncang wanita. Moga kita semua menjadi wanita yang memberi inspirasi, aspirasi dan motivasi buat orang sekeliling kita. 

Selamat Hari Wanita, wanita!!! 




2 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork