Tuesday, March 21, 2017

THEFACESHOP Moisture Touch Lipstick : Review & Kesesuaian Dengan Tona Kulit Wajah

Assalamualaikum semua 

Walaupun Matte Cream banyak di pasaran, but somehow we still need a lipstick. Pada Nanie keduanya ada peminat tersendiri. Ada masa Nanie juga macam tu. Nanie perlukan lipstick sebab Nanie mahukan kelembapan bibir yang berterusan. So, Nanie nak share lipstick terbaru dari THEFACESHOP iaitu Moisture Touch Lipstick. 







Moisture Touch Lipstick ni memang cantik-cantik warna dia. Dari Nanie di Korea lagi Nanie geram je tengok koleksi warnanya. Terbahagi kepada dua kategori iaitu warm colour dan cool colour - kesemuanya amat berpadanan dan sesuai dengan tona kulit wanita Malaysia. 


PACKAGING YANG MUDAH DIBAWA & SIMPLE 

Bila THEFACESHOP hadiahkan pada Nanie Moisture Touch Lipstick ni, Nanie memang excited sangat nak gunakannya. Didatangkan dengan packaging matte grey yang simple dan sleek, ianya sangat mudah di bawa kemana sahaja. Nak selit dalam handbag pun senang. Penutupnya pula dilengkapi dengan magnet, jadi tak mudah tertanggal dan merosakkan tesktur lipstick atau menjadi kering. 



12 PILIHAN WARNA YANG CANTIK & SESUAI 

Di Korea, terdapat 20 pilihan warna yang memang cantik dan meletop! Untuk pasaran Malaysia, sebanyak 12 warna dibawa masuk dan ianya pasti membuatkan pelanggan terutama makeup lovers, pening kepala nak pilih yang mana satu. Hampir kesemua warna yang dibawa masuk adalah bertepatan dengan tona kulit wanita Malaysia dan sangat cantik bila digayakan.


TONA KULIT - WARM COLOUR 

Bagi Nanie, Nanie sesuai menggunakan lipstick dengan tona warna warm iaitu lebih kepada orange dan merah. Nanie kurang sesuai dengan warna cool dan nudes sebab warna tersebut lebih kepada mereka yang berkulit putih cerah. Nanie ni takdelah cerah sangat. Cerah-cerah Melayu orang kata! Hehehe. 



KELEBIHAN THEFACESHOP MOISTURE TOUCH LIPSTICK

Beberapa kelebihan yang diberikan kepada THEFACESHOP Moisture Touch Lipstick adalah seperti berikut : 

1. Kelembapan yang tinggi agar bibir tampak lembap dan tidak kering sehingga luka
2. Warna yang terang & memberikan kejelitaan sebenar pada wajah 
3. Bentuk lipstick yang lebih luas permukaannya untuk memudahkan pemakaian 
4. Glossy Clear yang membuatkan bibir mungil dan cantik
5. Tahan lama, ringan dan tidak melekit membuatkan kita selesa menggunakannya

Jom tengok, macam mana warna-warna ni semua Nanie padankan di bibir. Kesemua warna THEFACESHOP Moisture Touch Lipstick ni sesuai untuk kegunaan siang dan malam hari. Sepanjang Nanie gunakan, ia tidak melekit hingga menyebabkan tak selesa dan sangat ringan dioleskan pada bibir. 



BEIGE BOMB BE01



Pada asalnya, Nanie ngeri sikit nak gunakan colour ni. Sebab ni betul-betul nude kan. Untuk tona kulit Nanie, memang akan kelihatan pucat bila gunakan warna beige dan nude sebegini. Tapi, tak salah kalau anda berani sedikit. Biasanya untuk warna sebegini, Nanie akan gunakan dengan campurkan sedikit warna kemerahan. Jadi, dia nampak subtle red. Tak salah juga bila nak gunakan warna sebegini. Bila Nanie apply pada bibir - tak adalah nampak pucat sangat kan! Paranoid betul Nanie ni. Hehehe. 


PINK FLASH PK02 



Bila dengarkan namanya yang Pink Flash, Nanie dapat bayangkan ia kelihatan shocking pink bila diapply. Tapi, bila Nanie applykan pada bibir - warnanya sangat cantik. Lebih kurang macam pink rose macam tu. Nampak sweet je. Tidak keterlaluan pink dan tidak keterlaluan merahnya. Nanie suka Pink Flash PK02 ni bila nak gunakan di waktu siang. Sesuai buat mereka yang suka warna pink yang lembut dan tidak terlalu menyerlah. 


FEEL SO CORAL - CR02 



Untuk yang ini juga sweet sangat! Warna coral pink ni memang kegemaran buat wanita Korea untuk nampak natural dan tidak terlalu berlebihan. Warna pink sweet dan nampak manis ni amat sesuai buat mereka dengan solekan tipis dan boleh digunakan sepanjang masa. Nanie sendiri pun suka warna ini. Sesuai dengan tona kulit Nanie dan tidak menampakkan Nanie terlalu kurang cerah. Hehehe. 



RED RISING RD02 



Yes!!! Those yang memang follow Nanie memang confirm tahu kan Nanie penggemar lipstick merah. Bagi mereka yang ingin nampak bold, berani dan menyerlah, warna Red Rising RD02 ni sangat sesuai dengan anda. Warna merahnya masih lagi tidak keterlaluan. Sedang-sedang je. Jelas sekali menampakkan raut wajah sedikit garang dan yakin. Untuk kegunaan siang dan malam, ia sentiasa nampak menyerlah kerana merahnya membuatkan wajah tampak lebih berseri dalam berani.


WAJIB DAPATKAN UNTUK KOLEKSI! 



Keseluruhannya, THEFACESHOP Moisture Touch Lipstick ni memang best. Dengan teksturnya yang ringan dan lembut dioles pada bibir, serta warna yang terang dan pigmented membuatkan kita rasa selesa menggunakannya. Tak perlu makeup tebal pun, bibir dah kelihatan cantik dan mungil. Ia juga tahan lama dan tidak mudah melekap pada permukaan sudu dan gelas.



Dijual dengan harga RM 63.49 sebatang dan terdapat 12 pilihan warna yang cantik dan menarik. Korang boleh tengok-tengok dan cuba warna yang sesuai di mana-mana outlet THEFACESHOP seluruh Malaysia. 

So, sekarang ni tak perlu risau lagi bibir kering dan merekah. THEFACESHOP Moisture Touch Lipstick melindungi bibir dan menjadikan bibir kekal lembap sepanjang masa! Confirm korang suka dan memang cantik warnanya! 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah : 

Website: 

Facebook Page: 

Instagram:

Pilihan warna lipstick : 


2 comments:

  1. bestnya ! semua warna cantik2.sesuai dengan nanie

    ReplyDelete
  2. amboi mahalnya harga lipstick ni. tapi mungkin worth beli sbb warna semuanya cantik2!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork