Tuesday, April 18, 2017

Golongan Yang Dilarang Menderma Darah

Assalamualaikum semua 

Nanie ada kongsikan di Facebook mengenai satu sharing bermanfaat dari seorang doktor ni. Lepas Nanie share tu, baru Nanie perasan yang dia adalah kakak kepada pasangan pengantin yang mana tak lama dulu Nanie jadi pengacara untuk majlis adiknya. Patutlah namanya macam familiar. Pernah jumpa sebelum ni. 


Perkongsian doktor ini adalah berkaitan "Selfish". Rupanya ada golongan selfish di kalangan rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di hospital. Meremang juga bila baca perkongsian beliau. Ye lah, tak semena-mena orang lain boleh mendapat bala. Ini perkongsian Doktor Hana Hadzrami : 


Kebelakangan ini kami mendapati semakin ramai pesakit yang mempunyai latar belakang seks rambang, homoseksual termasuk yang positif HIV merahsiakan maklumat mereka apabila mendapatkan rawatan di hospital.
Pesakit ini datang untuk pembedahan elektif dan kecemasan. Staf hospital yang mengendalikan urusan rawatan dan pembedahan mereka berpotensi terdedah kepada jangkitan virus mereka.
Kami bukan nak menghakimi kehidupan seks anda; apa yang anda buat disebalik pintu adalah urusan peribadi anda. Namun apabila kami menguruskan cecair tubuh anda seperti darah dan sebagainya, adalah tak patut bila anda sengaja menyorokkan maklumat dan membiarkan kami terdedah dengan jangkitan virus.
Ada seorang pesakit menjalani suatu pembedahan kepala; namun setelah lukanya lambat pulih, doktor telah menyiasat dan mendapati dia sebagai pesakit HIV dengan beban virus yang tinggi. Bila ditanya, barulah mengaku dia melakukan hubungan seks rambang.
Ada seorang lagi pesakit, datang dengan masalah bengkak dikemaluan. Sangka kami masalah angin pasang. Apabila dibedah rupanya ada nanah didalamnya. Bila ditanya barulah mengaku dia pesakit HIV yang menjalani rawatan. Sengaja tak mahu mengaku sebab takut tak dapat buat tuntutan insurans (pun tipu syarikat insurans).
Bayangkan betapa ramai staf dan pekerja hospital yang dah terdedah dengan virusnya akibat perbuatannya yang mementingkan diri sendiri?
Pesakit yang mempunyai virus berbahaya yang berpotensi berjangkit seperti hepatitis dan HIV perlulah memberitahu staf perubatan, jika mereka mendapatkan rawatan. Ini kerana pekerja hospital perlu menggunakan peralatan dan perlindungan khas sewaktu mengendalikan rawatan pesakit. Malah, sisa cecair tubuh pesakit perlu dilupuskan secara khas, bukan seperti pesakit biasa.
Terbaru, bagaikan ada trend pula; pengamal homoseksual sengaja menderma darah sebagai cara mendapatkan khidmat saringan kesihatan percuma. Mereka sengaja menyorokkan maklumat kehidupan seks lalu selamba menderma darah. Mereka hanya tertangkap apabila darah yang diderma sekian lama akhirnya menunjukkan kehadiran virus HIV dan hepatitis.
Virus HIV boleh berada lama dalam darah secara senyap (dormant) selama beberapa bulan sebelum ia dapat dikesan. Jadi pemeriksaan saringan darah HIV boleh menjadi negatif selama beberapa bulan sebelum bertukar positif apabila virus berjaya dikesan.
Mereka yang homoseksual dan yang melakukan seks rambang adalah dilarang menderma darah. Namun ada sebilangan yang tak peduli dan sengaja menyembunyikan maklumat ini supaya mereka dapat membuat pemeriksaan darah percuma.
Walaupun kebarangkalian kes ini berlaku adalah sangat rendah, namun bayangkan impaknya kepada bayi dan orang tak bersalah yang menerima transfusi darah tersebut. Tak pasal-pasal dapat HIV!
Pada saya, kehidupan peribadi anda hak anda, suka hati anda. Namun jika anda sengaja mencelakakan orang lain akibat nafsu dan pilihan peribadi anda ini; anda memang tak guna!
Tak suka jadi penyibuk tapi terpaksa juga

Betul kan, memang tepat perkongsian Dr. Hana. Nanie sendiri tak sedar risiko sebegini jika tidak didedahkan. Maklumlah sekarang ni trend seks rambang dah sangat-sangat meluas. Bukan kata lelaki sahaja, yang perempuan pun dah macam-macam. Nauzubillah. 
Pada pandangan Nanie, sebagai umat Islam... tak usahlah nak lakukan benda-benda dilarang ni. Bila dilarang oleh agama tu, tentunya bersebab. Mesti ada manfaatnya pada kita kan. 
Semoga perkongsian ni membuka mata kita semua. Ingat! Jangan jadi selfish! 


5 comments:

  1. Alahaiii takut nyer dik..macam mana org yg perlukan darah? macam mana masa eksident kelaur bnyk-bnyk darah tu..aaa...

    ReplyDelete
  2. Yang menderma darah memang tak ramai. Nak cari darah yang sesuai lagi lah susah.
    .
    Mulianya irang yang suka menderma darah ni

    ReplyDelete
  3. Saya sendiri banyak terima sampel pesakit-pesakit daripada pelbagai hospital swasta dan memang betul, seks rambang memang sudah menular ke dalam masyarakat kita ini. Paling sedihnya, sampel tu kebanyakannya datang dari kaum-kaum kita juga. Mana perginya iman?...

    ReplyDelete
  4. Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘

    http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

    ReplyDelete
  5. Hi sis. info sangat menarik. mekasihh tauu

    Jemput juga singgah ke blog saya.
    http://seriwanita.com/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork