Wednesday, May 31, 2017

AVA Medispa Ampang : Manjakan Kulit Wajah dengan Rawatan Facial Berkualiti

Assalamualaikum semua

Salah satu cara untuk Nanie rasa relax sebenarnya bila pergi facial. Ye lah sapa yang tak rasa relax kalau muka dibelai, di bersihkan, di urut-urut... woi nikmat tau facial ni. Sapa yang tak pernah pergi facial, boleh Nanie kategorikan "agak rugi" disitu. Beberapa minggu lepas, Nanie ada jalani satu facial treatment di AVA Medispa Ampang. 

Bagi Nanie, pemilihan spa untuk facial ni mestilah dipilih dengan baik sebabnya, kita mestilah nak yang bertauliah untuk cantikkan wajah kita kan. So, pertama sekali jangan risau di AVA Medispa ni, beautician yang mengendalikan adalah jururawat aesthetic yang terlatih. 



Terletak di Galaxy Mall, Ampang - AVA Medispa menyediakan pelbagai perkhidmatan aesthetic yang berkualiti dan selamat. AVA Medispa ni bukan sekadar menyediakan facial untuk wanita tau, orang lelaki pun boleh juga. 










Walaupun baru beroperasi kira-kira 3 bulan yang lepas, namun pemilik AVA Medispa ini iaitu Gerald Thien merupakan seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang kecantikan dan facial. Masa Nanie borak-borak dengan beliau, pelbagai info yang Nanie pelajari. Malahan apa yang lebih menambah keyakinan Nanie, AVA Medispa memberikan rawatan facial yang terkini dan telah terjamin memberi hasil yang memuaskan kepada pelanggan. Antara rawatan yang disediakan di AVA Medispa adalah : 


Nampak tak, dengan serendah RM 69 sahaja, korang dapat menikmati rawatan facial yang memang best dan menyegarkan. Paling Nanie suka bila AVA Medispa menyediakan rawatan LED Therapy yang merupakan antara teknologi terkini dalam bidang facial. 







Sebagaimana Nanie katakan tadi, di AVA Medispa jururawat mereka adalah terlatih dalam bidang aestetik. Masa Nanie buat treatment tempoh hari, Nanie selesa sangat dengan beauticiannya. Ramah dan buat dengan lembut sekali. Setiap satu per satu step diterangkan. Jadi kita takdelah rasa bosan dan aware dengan treatment yang dijalankan. Macam tempoh hari, Nanie jalankan Celebrity Flawless White Treatment. Memang best & fresh je rasa selepas rawatan tau! 










Bukan Nanie sorang je yang puas hati dengan rawatan di AVA Medispa tau. Ramai lagi pelanggan mereka yang turut berpuas hati. Ye lah, kalau dah servis tip top mestilah kita akan suggest pada kawan-kawan kita kan. Facial di AVA Medispa memang terbaik. Oh ye, kalau korang tak sure dengan rawatan apa yang patut korang ambil, boleh je tanya beauticial AVA Medispa dan beritahu mereka apa concern korang untuk kulit korang tu. Insya Allah memang berbaloi & puas hati.

Untuk maklumat lanjut, Nanie berikan alamat AVA Medispa dan klik link dibawah :


AVA MEDISPA

Alamat : 
G059, Ground Floor, Galaxy Mall Ampang, Jalan Dagang 5, 
Taman Dagang, Ampang Kuala Lumpur

Tel : 011-5118 8894

Facebook : 

Instagram: 



3 comments:

  1. bestnya berspa..mesti lepas buat tu rasa fresh, sejuk, bersih ringan je tubuh kan.. lamanya xberspa..

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘

    http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

    ReplyDelete
  3. Betul betul di pusat bandar ni

    Memang senang nak pergi

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork