Monday, May 15, 2017

Kedai Emas MAYA, Kedai Emas Terbaik di Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua 

Dulu kan masa kecik-kecik, bila lagi 2-3 hari nak raya, mak Nanie mesti dah siap-siapkan pakaikan rantai emas dengan gelang emas kat kitaorang adik beradik. Mulalah masing-masing tadah leher sebab mak nak ikatkan benang dekat gancu rantai tu. Anak semua perempuan, meriahlah mak hiaskan anak-anak dia dengan emas. Terus mood raya tu masuk bila mak dah pakaikan barang kemas tau! Suka bunyi loceng gelang tangan lah... pakai loket huruf-huruf lah. Memori betul. Tu belum lagi tengok kedai-kedai emas penuh ye bila nak raya. Meriah macam pesta. Sebab semua nak nampak berseri bling-bling di pagi Syawal.




Bercakap pasal emas kan, harga emas sekarang ni mencanak-canak naik tahu. Kadang Nanie lalu depan kedai emas tu, perhati je harga 1 gram dia berapa. Tudiaaa tak pernah turun. Memang harga emas stabil dan meningkat. Agaknya, sebab tu ramai yang suruh beli emas kan. Sebab harga stabil. Btw, korang pernah dengar tak pasal Emas Lelong? Rumah lelong selalu lah kan? Emas lelong pun ada tau. Haaa kalau tak pernah dengar, teruskan baca entry ni. 


Sebelum bercerita panjang, Nanie nak bagitahu... 

Apa itu emas lelong? 

Emas lelong adalah emas jualan dari bank yang mana pemilik asalnya tidak dapat menebus kembali emas pajakan mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Biasanya, emas lelong ini masih lagi dalam keadaan yang sangat baik  kerana sebelum pajakan, pihak bank akan meneliti secara terperinci kondisi emas dari segi berat, kejituan, unsur-unsur dalam emas tersebut sama ada campuran atau tulen dan pelbagai kriteria yang lain. Namun, apa yang menarik... emas lelong adalah sekitar 10% lebih murah dari harga pasaran kerana ia tiada kos upah. Jadi, kita boleh lah berjimat sikit tapi masih melaram dengan barangan kemas kan! 


Buat orang Terengganu terutama di kawasan Kuala Terengganu. Ni berita baik untuk anda. Di kawasan anda, ada sebuah kedai emas lelong terbaik tau. Namanya Kedai Emas Lelong MAYA. Telah lama bergiat aktif dalam urusan jual beli emas lelong iaitu semenjak tahun 2014 lagi, kedai emas ini menjadi pilihan ramai terutama di musim perayaan. 


Di Kedai Emas Lelong MAYA ni ada pelbagai barangan kemas dijual. Cakap je nak apa, rantai leher, rantai tangan, cincin, gelang kaki, rantai leher kanak-kanak, loket emas, gelang tangan kanak-kanak semuanya serba-serbi lengkap. Design pulak, memang lawa-lawa. Trendy dan mengikut gaya semasa. Rambang mata jugaklah Nani tengok barangan kemas di Kedai Emas Lelong MAYA ni. 

No automatic alt text available.












Atas kredibiliti dan kualiti barangan kemas serta layanan pelanggan yang bagus, patutlah Kedai Emas MAYA ni tak pernah putus-putus dikunjungi orang. Kadang tu tak payah tunggu musim raya pun ornag berderet-deret beli emas dengan Kedai Emas MAYA ni. 



Lagi menarik, Kedai Emas Lelong MAYA ni turut menjual produk mereka melalui website. Mudah jugak untuk kita kira-kira bajet sebelum membeli. Tengok-tengok dulu design yang sesuai kan. Barulah kata orang tu, kita bekerja keras kalau nak dapat emas. Dari segi keselamatan dan customer service, Insya Allah mereka akan berikan layanan yang terbaik untuk pelanggan mereka. 


Jadi, kalau anda mencari emas terutama di musim hari raya nanti... apa kata beli Emas Lelong Maya ni. Cantik pun cantik, murah pun murah. Untuk maklumat lanjut, boleh klik dan hubungi link tertera di bawah untuk komunikasi , info dan pertanyaan : 


Facebook page
Alamat: 


No.105A, Jalan Hiliran, Chabang Tiga,
 21000 Kuala Terengganu, Terengganu 
(LOKASI BERHADAPAN PEJABAT POS CHABANG TIGA)

No Telefon: 012-910 9215
Website rasmi; 

Waktu operasi kedai: 10am-6 pm



*** MAKLUMAT TAMBAHAN***

1.EMAS dari KEDAI EMAS LELONG MAYA ini bukan emas pajak yang tidak ditebus atau tidak diambil oleh pemilik asal.

2. Nama KEDAI EMAS LELONG MAYA diambil  dengan harapan untuk memberi persepsi  kepada org ramai bahawa perkataan LELONG itu menunjukkan harga emas itu murah.

3. Sememangnya harga emas di KEDAI EMAS LELONG sangat murah berbanding harga pasaran emas semasa di luar sana. Sebagai contoh, harga emas semasa hari ini RM190/gm. Tetapi kedai emas lelong jual RM169.8/gm.

4.Semua barang2 kemas yang ada di kedai EMAS LELONG MAYA adalah EMAS BARU. Fresh dari 'oven' kilang.

5.Paling menarik di kedai EMAS LELONG MAYA adalah,kesemua design emas di kedai ini adalah yang paling TERKINI dan jarang di temui di kedai emas biasa.

Menarik kan??? Tak payah was-was. Cepat Orang Ganu, serbu lah KEDAI EMAS LELONG MAYA ni :) 


4 comments:

  1. cantiknya rantai tangan tu.memamg betul kan dulu2 mak2 selalu pakaikan emas bila raya haha😂

    ReplyDelete
  2. Nak dekat raya ni ramai trade in emas untuk dapat emas baru

    tambah duit sikit je

    ReplyDelete
  3. OWNER YANG LELAKI TU MY EX HUSBAND

    ReplyDelete
  4. OWNER YANG LELAKI TU MY EX HUSBAND

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork