Tuesday, May 30, 2017

Resipi Muesli Breakfast Bowl with BOH Green Tea Latte untuk #BOHGTLBreakfastSearch

Assalamualaikum semua 

Baru-baru ni sebelum puasa hari tu, Nanie ada join #BOHGTLbreakfastsearch. Bukan senang ye nak dapatkan idea resepi apa lah yang bagus dan berkhasiat untuk dinikmati waktu pagi kan. Sebelum terlupa, saje nak share dengan korang semua... breakfast sangat penting ye untuk tubuh badan kita. Dulu masa zaman belajar Nanie bukan seorang yang breakfast, tapi bila dah kerja barulah rajin nak breakfast. And you know what, Nanie sendiri memang rasa bezanya bila sarapan dengan tak sarapan. 





So, back to our topic. Dalam cabaran ni, Nanie kena dapatkan idea resipi untuk sarapan pagi bersama BOH Green Tea Latte. Produk terbaru dari BOH Tea yang sememangnya telah lama menakluki hati rakyat Malaysia dengan aroma dan kelazatannya. 

Kali ni, Nanie kena jadi kreatif bersama pembaca & follower Nanie #TeamInnanieAdaUmmmph untuk mencipta satu resepi baru sarapan pagi asalkan dengan menggunakan bahan utamanya BOH Green Tea Latte. Bagi penggemar Green Tea, Nanie boleh recommend korang untuk cuba teh hijau dari BOH ni sebab rasanya yang authentic dan pure! 

Alhamdulillah, memang banyak sangat suggestion dari pembaca & follower Nanie di Instagram & facebook jugak. Ada lebih dari 20 resipi yang dikongsikan. Masing-masing memang buat Nanie terliur jugaklah mendengar namanya kan. Hehehe. 







Dan dalam ramai-ramai tu, resipi dari kenalan Nanie di Instagram bernama Sharin (@thesandwichboss) telah Nanie pilih. Tapi, Nanie buatkan penambahan dengan ikut citarasa dan kegemaran Nanie sendiri. Ideanya dari Sharin! Yeaaaay.... nak tahu Nanie pilih resipi apa??? 


MUESLI BREAKFAST BOWL 
WITH 
BOH GREEN TEA LATTE 




Kat bawah ni Nanie share kan sekali cara-cara penyediaan Muesli Breakfast Bowl with BOH Green Tea Latte. Memang mudah, senang, pantas dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati jugak. Jadi tak ada lagi alasan korang untuk tak breakfast ok! Btw, since ni bulan Ramadhan, boleh jugak korang ambil ketika bersahur. 





Well, mesti korang nak tahu kan kenapa dalam banyak - banyak resipi ni, Nanie pilih Breakfast Bowl. So, ini 5 Sebab Kenapa Nanie pilih Muesli Breakfast Bowl untuk resepi sarapan Nanie bersama BOH Green Tea. 

1. Bahan asas yang kurang kalori 
- Kebiasaan breakfast bowl, mereka menggunakan cereal biasa. Tapi untuk Nanie, Nanie tukarkan cereal biasa kepada Muesli. Muesli ni memang kaya dengan fibre dan kurang kalori. Since ia adalah sarapan pagi, kan bagus banyakkan fibre supaya senang pelawasan nanti. 

2. Gunakan yogurt dan susu yang kaya vitamin dan sumber pre-biotik
- Disebabkan Nanie kalau minum susu pagi-pagi mudah rasa mual, jadi Nanie ambil inisiatif untuk masukkan susu segar ke dalam breakfast bowl ni. Ditambah pula dengan yogurt yang merupakan sumber pre-biotik yang sangat bagus untuk imunisasi badan. 

3. Lebihkan nuts & fruit untuk tambahan nutrisi. 
- Muesli yang Nanie pilih dah tersedia dengan dried fruit dalamnya. Jadi, dah sah-sah lah ia kaya dengan khasiat fibre. Nanie lengkapkan lagi dengan tambah campuran nuts seperti biji bunga matahari, dried prunes, walnut, almond dan kismis. Nuts ni sangat berkesan untuk meningkatkan daya fokus minda untuk rutin kerja seharian Nanie. 

4. Tambahkan madu dan sedikit biskut
- Penggunaan biskut adalah untuk tambahkan crunchy dalam breakfast bowl. Bila ada tesktur yang berlainan, ia membuatkan Nanie semakin seronok nak makan sarapan tau!

5. Green Tea Latte yang ori & ada Ummmph! 
- Last but not least, ini dia our star ingredient iaitu BOH Green Tea Latte. Sapa lagi yang tak tahu kan khasiat green tea? Green tea yang memang bagus sebagai agen detoks kepada badan bila ditambah dalam breakfast bowl membuatkan rasanya semakin lazat, semakin rich dan paling penting TETAP BERKHASIAT untuk badan kita! 




Jadi, untuk maklumat lanjut mengenai BOH Green Tea Latte ni, boleh klik link-link di bawah :

Website : http://www.boh.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/BohTeaMalaysia/
Instagram : @bohteamalaysia 

So, ingat tau... sarapan pagi jangan pernah skip atau lupa... barulah kita ada UMMMPH!!!

#BOHGTLBreakfastSearch
#TeamInnanieAdaUmmmph



3 comments:

  1. wahhhh best nyer dik ! transfrom jadi yang lain tapi masih lagi enak !

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah ke blog killa ye ������

    http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

    ReplyDelete
  3. Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘

    http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork