Sunday, May 21, 2017

THEFACESHOP Miracle Finish Cushion Review Dengan 6 Pilihan Finishing Terbaru!

Assalamualaikum semua


Masa lawatan Nanie ke Seoul pada Disember lepas bersama THEFACESHOP, Nanie dah lama berkenan dengan CC Cushion terbaru mereka iaitu Miracle Finish Cushion yang menampilkan casing yang sangat elegan, cantik dan eksklusif. Sejak dari tu jugak lah, Nanie memang tak sabar nak tunggu pelancarannya di Malaysia. And here it is!!! THEFACESHOP Miracle Finish Cushion.




Untuk kali ini, THEFACESHOP memberikan sentuhan yang cukup klasik dan mewah kepada Miracle Finish Cushion mereka. Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih, serta logo emas "Miracle Finish" diatasnya membuatkan Nanie sendiri rasa sangat teruja untuk mencuba serta menggunakannya.








Secara jujur, Nanie memang letakkan THEFACESHOP Miracle Finish Cushion sebagai antara TOP Cushion Pilihan Nanie. So, meh Nanie kongsikan beberapa tips untuk pilih cushion terbaik dan kenapa Nanie letakkan Miracle Finish sebagai antara pilihan nombor satu Nanie. Mana tahu boleh bantu korang yang dalam dilema nak pilih cushion mana yang sesuai.

1. Pilih cushion mengikut keperluan spesifik anda 

- THEFACESHOP memperkenalkan enam pilihan cushion kepada kita semua untuk memenuhi keperluan kita yang berbeza-beza. Formula Matte, Cover, Hydrating, Longwear, Coolong dan BB Generating memberikan korang kulit wajah yang ideal serta tampak berseri.

2. LG Patented "Micro Foam" Technology 

- THEFACESHOP Cushion Foundation menggunakan teknologi terkini dalam dunia kosmetik iaitu LG Patented Micro Foam yang mana ia memudahkan proses aplikasi masa kita makeup. Bukan tu je, ia juga melambatkan proses pengeringan foam cushion dan menjadikan ia lama digunakan.


3. Blooming Coverage 

- Tidak seperti cushion yang lain, THEFACESHOP Cushion memiiki high coverage yang mana sangat perfect untuk menutup segala cela, skin blemishes dan spots di kulit wajah. Malahan, ia turut berfungsi dengan baik untuk menyamaratakan tona tidak sekata pada wajah kita.




Kalau nak lagi best, korang beli Miracle Finish Cushion ni siap-siap dengan refill pack dia. Mudah digunakan, just tukar dengan tukarkan seluruh compact tu dan masukkan finishing yang korang suka. Penggunaannya yang ringkas dan mudah, senang jugak nak diuruskan. Tak kotor pun tangan. Tak payah nak refill liquidnya pun. 






Selain daripada kemasan casing yang cantik, THEFACESHOP  juga memperkenalkan enam pilihan finishing. Sebagaimana Nanie beritahu kat atas tadi, ianya semua adalah bagi memenuhi permintaan dan mengikut keperluan pelanggan THEFACESHOP yang mana kulit wajah kita kan berbeza-beza. Jadi, secara tak langsung keperluan kita juga berbeza!



Untuk Nanie yang combination skin ni, Nanie sangat suka dengan Oil Control Water Cushion & CC Ultra Moist Cushion. Keduanya menjadikan kulit Nanie nampak glowing, bermaya dan tidak pucat. Paling penting, setiap kali apply ia menutup cela dan mengawal minyak pada wajah Nanie. Jadi kalau Nanie ke event mahupun ada kerja luar, tak perlu risau dengan kulit berminyak. Just tap-tap Miracle Finish Cushion kegemaran Nanie dan dah siap! 





Boleh dikatakan memang setiap hari lah Nanie apply cushion dari THEFACESHOP ni. Siap bawak ke hulu ke hilir lagi. Ni macam kat bawah ni, korang boleh tengok di bahagian pipi Nanie pada asalnya ada sedikit tona tak sekata. Tapi dengan cushion dari THEFACESHOP ni (Ultra Moist Cushion), tona tak sekata tadi kurang kelihatan dan berikan efek glowing pada wajah. Cantik kan?


Nanie memang highly recommended sangat sapa-sapa yang nak cari cushion untuk kegunaan harian, boleh cuba THEFACESHOP Miracle Finish Cushion ni. Lagi pulak dengan casing yang cantik ni kan... sapa tak geram?




Harga :RM104.83 (termasuk GST) 
Harga Refill : RM 58.90 (tidak termasuk GST)

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di bawah :

Instagram: 

Facebook: 


Miracle Finish is now available at:
THE FACE SHOP online store: 

THE FACE SHOP nationwide outlets: 

9 comments:

  1. Cantiknya packaging!! Nak pergi the faceshop la macam ni. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan... akak pun mula-mula tengok terus suka!

      Delete
  2. menarik.. tgk harganye, adehh rasa nak pitam.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan lama juga awak.. and sekarang ni TFS ada sale

      Delete
  3. Airah pun suka sangat kumpul cushion yang cantik2 lepasni nak try faceshop punya pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh.. sebab memang lawa!!! :)

      Delete
  4. wahhh menarik sangat nie ! lagipun akak memang suka tengok cara awak make up dik ..sentiasa nampak cantik kemas dan elok je kat muka..

    ReplyDelete
  5. banyak pilihan bedak comel di the face shop ya

    Anak syarikat facebook ke ni

    Haha

    ReplyDelete
  6. Next item. memang nak try this cushion before baca entry kak nanie lagi.
    next time nak try pakai.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork