Thursday, June 15, 2017

Kes Dihina Abang Kebab di Bazar Ramadhan Jadi Viral

Assalamualaikum semua

Kalau korang ada terbaca kat mana-mana page mengenai status Nanie berkaitan dihina abang penjual kebab di bazar Ramadhan... yes memang itulah yang berlaku. Tak sangka pulak Nanie sampai tahap macam tu sekali viral status tu. Nanie menulis di FB untuk pedoman dan nasihat sahaja. Sekadar meluah rasa perangai masyarakat kita yang suka "melabel" dan "menghina" orang lain.








KISAH KEJADIAN 

To be honest, masa kejadian Nanie memang terkedu sekejap sebenarnya. Sebab dia cakap macam tu betul-betul waktu Nanie nak serahkan duit. Jadi Nanie memang tak fikir panjang. Terus laju je Nanie cakap macam tu balik. Dalam hati, Nanie tahan je sabar. Ye lah, tak semena-mena orang cakap kita macam tu kan. Sapa tak bengang. Siap ketawakan dengan kawan-kawan dia lagi. Haih. Menguji betul!

Sebab tu lah Nanie kongsikan pengalaman tak best Nanie ni kat FB & Twitter. Nanie nak kita semua sama-sama alert dengan perasaan orang lain. Mungkin nak bergurau, tapi bila tak kena tempat dan tak kena cara - memang lainlah jadinya. Sepanjang dua malam tadi, memang tak berhenti twitter Nanie semua. Ramai yang RT. Ramai yang marah dengan perlakuan peniaga tersebut.

Dan Alhamdulillah ramai sangat-sangat yang menyokong tindakan Nanie - yang nampak sabar atau cool bila berdepan situasi sebegitu. Sebab sebahagian daripada mereka bagitau, kalau merekalah di tempat Nanie memang lama dah kena abang tu... Hehehe.


JANGAN BALAS API DENGAN API

Prinsip Nanie senang je...bila diprovok sedemikan, kawal emosi dan jangan balas api dengan api. Cukuplah kita letakkan diri kita level yang lebih tinggi tapi tetap sampaikan mesej atau nasihat yang padu - deep semua tu! hehehehe.

Ada yang tanya Nanie - betul ke Nanie cakap macam tu depan peniaga tu? Berani ke Nanie nak cakap macam tu? Dan sempat pulak Nanie fikir untuk jawab secara sarcastic gitu.

Well... kalau korang kenal Nanie personally, Nanie memang seorang yang fast response person. And Nanie memang boleh menjawab secara deep & sarcastic tanpa tinggikan suara - selagi itu adalah untuk pertahankan hak Nanie atau orang sekeliling Nanie. Skill semasa dalam legal & bahas dulu Nanie memang kuasai dan apply. Paling penting tak beremosi secara membabi buta.











BUKAN HALANGAN UTK ACHIEVE MORE! 

Nanie tahu kelemahan diri Nanie memang dari segi paras rupa dan fizikal... tapi Nanie tak pernah rasa kelemahan Nanie tu sebagai satu halangan untuk Nanie achieve more dalam hidup Nanie. Nanie sentiasa fokus pada apa yang Nanie nak capai dan sedikit demi sedikit Nanie nak orang lihat sudut kelebihan Nanie bukan kelemahan Nanie. Macam tu jugak Nanie nak kawan-kawan Nanie kat luar sana tu rasa. Sentiasa tonjolkan kelebihan diri kita sampai orang lupa kelemahan diri kita ni! 

Sebab tu bila perkara ni terjadi, Nanie rasa sedikit kecewa dengan masyarakat yang selalu meletakkan kecantikan sebagai asas untuk memandang tinggi seseorang. Bila orang ada kelemhan dari fizikal je terus di kata orang tu gagal, orang tu gini, orang tu negatif dan sebagainya. Sedangkan tak kenal lagi ni siapa orang tu sebenarnya. 

Jadi, pesanan untuk Nanie dan pesanan buat semua sekali yang tahu cerita Abang Kebab Viral ni... ingatlah... setiap dari kita ada kelemahannya. Kita nampak elok, nampak gah, nampak bagus di mata orang lain bukan sebab kita bagus... tapi sebab Allah sembunyikan aib kita. Allah sembunyikan part-part kelemahan kita. Dan paling penting, jangan sekali-kali kita hina sesama manusia. Biarlah apa pun rupa bentuk dia. Itu yang terbaik untuk diri dia. Dan ada sebab Allah berikan dia sebegitu. Kita yang sempurna, yang elok ni... jaga je lah perangai supaya sama elok dengan penampilan.




Mudah-mudahan kes viral ni memberikan 1001 mesej pada semua masyarakat Malaysia dan buatkan kita semua saling menjaga maruah serta hati orang sekeliling kita. Insya Allah. Oh ye, buat Abang Kebab - saya doakan moga abang terkesan dengan nasihat saya tu. Saya juga memohon ampun dan maaf andai ada tersalah bahasa dan bicara. Mudah-mudahan Allah memberikan yang terbaik buat kita semua. Amin 


Selamat Berpuasa dan Salam 20 Ramadhan!


9 comments:

  1. Pendapat Ika. Dia ingat kita yang jenis comel2 ni pelahap tahap hantu ke. Suka-suka hati ja nak kata orang mcm tu. Macam la dia keding dan sihat tahap bagus. Ada yang Ika kenal kurus ja tahap makan 5 kali ganda dari Ika. Eee. Geram

    Nukilan dari akak comel blog sebelah,
    Ika
    www.unlimitedbeautysecret.com

    ReplyDelete
  2. tulah bukan abg kebab tu je. orang lain pun sama xkesahla kau ada pangkat ke kaya raya ke. bila mati level semua sama xde pun yang kurus cantik tu Allah pandang lagi mulia..

    ReplyDelete
  3. wow meran tweet .. eh .. salah komen 😀

    ReplyDelete
  4. "Jangan lawan api dengan api" Thanks pesanan ni... susah sebenarnya nak kawal emosi bila dlm keadaan Nanie kena tu.. Tapi mmg respek dgn Nanie.

    ReplyDelete
  5. Bagus nasihat nanie tanpa guna emosi. Well done dik. Mmg manusia mcm tu kena nasihat secepukkkk baru ingat Tuhan. Suka2 je nak ckp org gemuk....heyyy x baik tau

    ReplyDelete
  6. ada baca gak td nanie..sabar ye.. padan muka abg tu nanie buat cmtu.. suka-suka je nak kutuk.. eii,.geram

    ReplyDelete
  7. Sesedap mulot je dia kan..patut xdo org beli...

    ReplyDelete
  8. Iday suka tweet meran, sekarang tweet meran semua jenis bermoral. dah tukar admin barangkali. hehehe tapi serius nannie, abaikan mulut-mulut diorang tu, kalau rezeki sangkut2 tu faham-faham je la. belajar sikit buat baik dekat semua orang. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Untuk pedoman bersama kan..

    - ERAZ FADLI

    Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html

    TQ :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork