Tuesday, July 11, 2017

Review & Giveaway Dr.Belmeur dari THEFACESHOP

Assalamualaikum semua

Pesanan Nanie : Korang kena baca post ni sampai habis tau... Nanie ada nak bagi hadiah! 

Pernah tak korang give up dalam mencari skincare? Especially for those yang memang berdepan dengan masalah kulit yang sensitif & kulit kering yang serius. Nanie tahu perasaannya macam mana sebab ada je kawan-kawan Nanie yang mengalami situasi tersebut dan selalu cerita pada Nanie seksanya dorang nak mencari "jodoh" dalam skincare.

Disebabkan itu, Nanie ada mencuba set skincare terbaru dari THEFACESHOP. Memang terbaik & memang Nanie highly recommended. Personally - Nanie memang suka! Skincare terbaru ni adalah Dr.Belmeur yang memang khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering & sensitif menerusi range Daily Repair & Clarifying.




Sebelum Nanie cerita panjang-panjang, meh lah Nanie kenalkan korang apa manfaat Dr.Belmeur ni sampai Nanie jatuh cinta sangat-sangat. Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta kan...


COSMECUETICAL SKINCARE PERTAMA 

Dr.Belmeur merupakan Cosmeceutical skincare yang pertama dari THEFACESHOP. Cosmecutiecal skincare ni maksudnya adalah skincare yang merawat masalah kulit. Dan kebiasaanya, memang mahal lah kalau skincare macam ni. Untuk Nanie - ni dia set yang Nanie amalkan iaitu Daily Repair yang mengandungi Moisturizer, Toner & Ato Salt Cream.



DICIPTA KHUSUS UNTUK ANDA

Dr.Belmeur skincare range memang dicipta khusus untuk mereka yang ada masalah kulit & kulit sensitif. Tak kira tau lelaki atau perempuan semuanya boleh guna. Well, biasalah bila ia adalah untuk mereka yang ada kulit sensitif, bahan yang digunakan juga mestilah Mild Formula yang telah teruji secara klinikal dengan pemilihan bahan semulajadi berasaskan tumbuhan. The best part, skincare range Dr.Belmeur TIDAK MENGANDUNGI sebarang bahan tambahan tiruan dan wangian. Jadi memang sesuai sangatlah bagi mereka yang kulit sensitif kan?


ATO SALT CREAM UNTUK ECZEMA

Dr.Belmeur skincare range ni untuk pertama kalinya turut memperkenalkan ATO SALT CREAM. ATO Salt Cream ni memang fokus kepada mereka yang mempunyai masalah Atopic Dermatitis (eczema) yang menyebabkan kulit merah & kering. Peggunaan garam laut dalam ATO Salt Cream bukan sahaja boleh membunuh bakteria dan kuman, malahan ia turut mampu menghilangkan parut dan kesan iritasi.


MANA SATU YANG SESUAI?

Nanie sendiri, bukanlah takde masalah kulit... ada je. Nanie jenis kulit combination. Maksudnya ada part yang kering & ada part yang berminyak. Jadi bila macam tu, Nanie kena balancekan selalu kulit Nanie ni. So, sebagaimana Nanie bagitahu di awal tadi... Dr.Belmeur ada dua kategori kan iaitu Daily Repair & Clarifying. Apa beza dia?



DAILY REPAIR RANGE  (For Sensitive , Damage & Dry Skin) 
  • Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering & kulit rosak akibat jerawat dan parut jerawat 
  • Juga sesuai untuk mereka yang banyak terdedah di bawah sinaran matahari, kesan penggunaan kosmetik dan bahan kimia berbahaya
  • Juga sesuai untuk mereka yang ada kulit eczema 



CLARIFYING RANGE (For Acne-Prone & Oily Skin) 
  • Untuk penjagaan sebum, kulit berminyak dan menyeimbangkan kelembapan kulit 
  • Sesuai untuk acne-prone dan kulit berminyak 
  • Merawat kulit berjerawat tanpa sebarang iritasi dan kegatalan 
  • Merawat pori tersumbat yang menjadi salah satu punca jerawat 





DR. BELMEUR DAILY REPAIR MOISTURIZER 
120 ml  / RM 105.89 (inc.GST) 

Moisturizer Dr.Belmeur berfungsi untuk meredakan kulit sensitif  dan secara tak langsung memberikan perlindungan kepada kulit daripada punca kerosakan luar. Ia memberikan keselesaan kepada kulit dengan mengekalkan kelembapan. Nanie suka sangat sebab ia tak berminyak dan senang meresap. Jadi tak ada masalah nak gunakan untuk kegunaan seharian.






DR.BELMEUR DAILY REPAIR TONER 
200ml / RM 95.29 (inc.GST)

Toner pula berfungsi untuk memberikan kesegaran kepada kulit yang sensitif dan kering di samping memberikan kelembapan yang berpanjangan untuk kulit. Teksturnya yang pekat turut mampu mengeluarkan sisa kotoran & kulit mati pada wajah yang tidak tertanggal semasa cucian. Untuk toner, Nanie gunakan cotton pad untuk dab kan pada wajah supaya mudah digunakan dan serata di seluruh muka.




DR.BELMEUR DAILY REPAIR ATO SALT CREAM 
80ml / RM148.29 (inc.GST)

Ini merupakan keunikan Dr.Belmeur skincare range. Didatangkan dengan ATO Salt Cream yang direka khusus untuk kulit kering dan Atopic Eczema. Garam mineral yang mengandungi 8% garam dari Laut Mati memberikan kelembapan yang banyak dan mengurangkan kegatalan serta iritasi. Garam mineral dari Laut Mati ni memang sangat terkenal sebagai rawatan masalah kulit. Malahan melalui kajian dermatologi THEFACESHOP sendiri - sebanyak 42% pelanggan mereka memberikan result positif untuk kelembapan kulit dan tiada pengelupasan akibat kulit kering dalam masa 4 minggu sahaja! Teksturnya yang pekat (krim) boleh digunakan di mana-mana bahagian badan yang mengalami eczema. Bukan sekadar pada wajah je tau!



So, secara personally... Nanie memang suka sangat dengan Dr.Belmeur Skincare Range ni. Highly recommended untuk mereka yang ada masalah kulit terutama kulit kering dan kulit sensitif. Nanie memang faham perasaannya bila kita "cemburu" tengok kulit orang cantik-cantik kan.

Takpe, Nanie rasa boleh kita cuba dan iktiarkan dengan Dr.Belmeur ni. Mana tahu sesuai kan. Nanie sendiri perlukan Dr.Belmeur ni bagi kekalkan kelembapan kulit sebab selalu jugak terdedah matahari dan duduk dalam aircond.



GIVEAWAY TIME!!! 

Okay.. Now adalah part yang menggembirakan hati semua orang. Disebabkan ramai sangat yang tanya kat IG & Twitter Nanie sama ada ok ke tak skincare ni, Nanie dengan gembiranya nak buat Giveaway!!! Yeaaay... cepat semua tepuk tangan... hehehehe.

So semua pembaca Blog Coklateyes boleh join tak de masalah. Tapi... kena ikut step-by-step ye. Hadiahnya adalah Set Trial Pack Dr.Belmeur Daily Repair yang Nanie dapat khas dari Seoul, Korea. Set Trial ni hanya available di e-store THEFACESHOP saje tau. Baik join, mana tahu rezeki korang.


SHARE & WIN 
DR.BELMEUR TRIAL SET GIVEAWAY 

Langkah-langkah
  1.  Follow IG ---- http://bit.ly/1OZSWea (@innanieariffin) 
  2.  Tonton video ni untuk info mengenai Dr.Belmeur  ---- https://youtu.be/P_9LOjWRwUk
  3.  Tinggalkan komen dengan share masalah kulit korang di Instagram Nanie "Saya nak THEFACESHOP Dr.Belmeur Daily Repair kerana....."
  4. Gunakan tag @TheFaceShopMalaysia & hashtag #InnanieXTHEFACESHOP serta #BlogCoklateyes.
  5. Giveaway berlangsung bermula 11 Julai - 31 Julai 2017 & seorang pemenang akan diumumkan pada 3 Ogos 2017



Sebagai penutup, nah ni Nanie saje-saje cubaan buat video lagi. Selamat menonton & cepat-cepat tau join Giveaway tu. Mana tahu rezeki korang. Or, sekiranya ada kawan-kawan yang ada masalah kulit & cuba skincare ni pun korang boleh suruh dia join sekali. Giveaway ni berlangsung di Instagram je! Senang kan?!


Untuk mereka yang berminat nak beli Dr.Belmeur boleh klik link di bawah untuk info lanjut : 

THE FACE SHOP CORPORATE PAGE: 
                             www.thefaceshop.my  
THE FACE SHOP ONLINE STORE: 
                           https://goo.gl/d97f43  
    THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE: 
                           www.facebook.com/thefaceshopmalaysia  
    THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE: 









Thursday, July 6, 2017

Sedikit Cerita & Gambar Kenangan Aidilfitri 2017

Assalamualaikum semua 

Aidilfitri tahun ni Nanie cuti panjang jugak. Lebih dari 10 hari. Tapi bagus jugak cuti panjang sikit sebab sebelum raya - Nanie memang busy gila dengan urusan kerja. Jadi, time raya ni selain dapat rehat, dapat duduk dengan mak ayah lama-lama. And yes, Nanie pun busy dengan urusan perkahwinan kakak Nanie akhir bulan ni. So, time raya - kesana sini jugak hantar kad jemputan.

As usual lah pagi raya, mesti ada sesi salam bersalam, mintak maaf semua kan, itu juga menjadi rutin Nanie dan keluarga. Alhamdulillah, raya tahun ni mak dan ayah Nanie sihat. Malahan untuk ayah, dia makin ceria dan makin gembira. Gembira nak dapat menantu agaknya. Heheh!


 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork