Thursday, July 6, 2017

Sedikit Cerita & Gambar Kenangan Aidilfitri 2017

Assalamualaikum semua 

Aidilfitri tahun ni Nanie cuti panjang jugak. Lebih dari 10 hari. Tapi bagus jugak cuti panjang sikit sebab sebelum raya - Nanie memang busy gila dengan urusan kerja. Jadi, time raya ni selain dapat rehat, dapat duduk dengan mak ayah lama-lama. And yes, Nanie pun busy dengan urusan perkahwinan kakak Nanie akhir bulan ni. So, time raya - kesana sini jugak hantar kad jemputan.

As usual lah pagi raya, mesti ada sesi salam bersalam, mintak maaf semua kan, itu juga menjadi rutin Nanie dan keluarga. Alhamdulillah, raya tahun ni mak dan ayah Nanie sihat. Malahan untuk ayah, dia makin ceria dan makin gembira. Gembira nak dapat menantu agaknya. Heheh!




Mula-mula ye lah semua behave. Kau tengok kejap lagi. Kemain semua. Sekali lagi syukur Alhamdulillah... semua orang yang Nanie sayang ada depan mata. Oh ye, tahun ni Nanie tak ada pun beli baju baru ke apa. Adik je lah baju baru. Sebab Nanie ada je baju yang tak pakai lagi. Jadi pakai lah yang tu. Raya ni bukan baju baru ke apa semua yang penting, tapi paling mustahak adalah masa bersama keluarga tu!







Ayah Nanie tu, walaupun dia sakit... tapi semangat dia kuat. Kalau dengan kiteorang ni, ada je yang diguraunya. Nanie pulak suka menyakat. Kalau semua adik beradik ada kat rumah, memang bising lah rumah. Yang ketawa, yang menyakat, yang bising sana sini. Hahahaha.










Tapi, bila part mintak maaf apa semua, selalunya Seha, adik bongsu Nanie lah buat drama. Mesti menangis punya. Tulah, banyak dosa dengan kakak-kakak dia! hahahahah. Jahat kan? Biasalah kan, part-part macam ni memang sayu hati sikit. Nanie pun sipi-sipi je nak tumpah ayaq mata! Tapi control. hehehe







Persiapan rumah dan raya memang kami bersederhana je. Lebih fokus untuk majlis Along akhir bulan ni. Cuma Along & Nanie beli lah kuih semua. Takde nak spent banyak sangat. Bersederhana kata orang tu. Insya Allah. Asalkan tetap meriah. 




Dan seperti tahun-tahun lepas, memang rumah Nanie akan "diserbu" ramai sedara mara. Dari jauh dan dekat. Alhamdulillah sebab semua ingat lagi pada ayah dan keluarga Nanie. Masa ayah sihat dulu pun, raya kami memang rajin berkunjung dan menziarah keluarga. Apatah lagi bila ada orang tua kat rumah kan. Ini pun, banyak yang Nanie tak sempat snap gambar. Sebab kita bertugas kat dapur melayan tetamu semua kan. Hehehe! 






Buat semua pembaca Blog Coklateyes, Salam Aidilfitri dari Nanie. Maafkan Nanie zahir dan batin sekiranya selama Nanie menulis blog, ada yang terasa, ada yang tersakit hati atau pun ada perkataan Nanie yang menyinggung perasaan anda semua. Nanie tulus hati memohon sejuta kemaafan!

Nanie sayang korang semua. Salam Aidilfitri! :)




4 comments:

  1. Wahh ..cuti raya 10 hari . Dapat spend time dengan family kan .bestnya ..salam aidilfitri dari CCL

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aidil fitri. Semoga Allah terima ibadat puasa kita seluruhnya

    ReplyDelete
  3. Best nya berkumpul dengan adik beradik

    Mak ayah pun ada lagi kan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork