Tuesday, August 29, 2017

Meriah Betul Diskaun dari Traveloka Sempena KL 2017!

Assalamualaikum semua

Fuhyoh sana sini memang tak lekang kat bibir semua orang mengenai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Bermula dari Majlis Perasmian yang gilang gemilang, disusuli dengan beberapa siri kontroversi, tak salah rasanya bagi Nanie untuk kategorikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini antara trending nombor 1 di seluruh Asia Tenggara.




Sekalung tahniah Nanie ucapkan pada Kementerian Belia & Sukan yang telah menganjurkan  majlis ini dengan penuh jayanya. Malahan sehingga ke hari ini, Malaysia sendiri leading dalam pungutan emas. Satu kejayaan yang cukup membanggakan. Tahniah juga buat penyumbang pingat emas ke 111, Azizul Hasni Awang. Memang satu detik yang membanggakan dan menggembirakan buat seluruh rakyat Malaysia kan.





Ni Nanie nak cerita dan bagitahu, Traveloka merupakan salah satu sponsor untuk Sukan SEA KL 2017 ni. Mereka merupakan official Online Travel partner. Malahan Traveloka ada membuka booth di Bukit Jalil sepanjang berlangsungnya majlis ulung ini di samping pelbagai peraduan yang dianjurkan di booth Traveloka. Malahan korang juga berpeluang untuk menang hadiah sehingga RM 200,000 tu. Fuhyoh! Banyak tuuu.... 



Bagi mereka yang tak sempat nak follow Sukan SEA KL 2017, sama macam Nanie yang busy ni... apa kata korang boleh follow Traveloka Livesream page di travelokakl2017.com.my. Dah nama pun livestream kan, jadi secara tak langsung korang dapat mengikuti acara sukan yang ditayangkan secara live! Memang power.

Jadi sambil-sambil buat kerja kat ofis, boleh jeling-jeling livestream tu. Beri sokongan pada Team Malaysia kan. Barulah semangat patriotik sikit! Kat situ pun ada macam-macam peraduan yang disediakan untuk semua. Meriah kan??? Bila ada peraduan, hadiahnya pun mestilah best-best kan!

Eh, bukan tu je tau. Malahan sempena Sukan SEA KL 2017 ni, Traveloka sendiri ada pelbagai promosi yang menarik dan berbaloi. Promosi sehingga 40% untuk yang booking hotel dan flight mealui Traveloka ni. Banyak jugak tau kurangnya. Boleh gunakan bajet yang balance tu untuk perkara lain.


Dahlah kebetulan musim cuti sekolah kan. Sempat ni kalau nak bawak family jalan-jalan makan angin. Yelah, asyik kerja je sepanjang masa. Nak spent dengan keluarga pun sampaikan tak ada masa. Jadi, dengan ada promosi semua. Inilah masanya untuk round the globe! Nah ni tengok kat sini : https://www.traveloka.com/en-m y/promotion/hello-malaysia



Buat mereka yang tak tahu atau masih was-was nak gunakan Traveloka, rasanya boleh buang perasaan tu jauh-jauh. Traveloka memang diyakini dan telah lama menambat hati ramai pelancong dalam dan luar negara.


Dengan semuanya lengkap dan mudah, Traveloka menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk melancong. Cakap je apa yang korang nak, booking hotel, booking flight malahan mereka juga boleh suggestkan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Banyak feedback yang diberikan oleh pelanggan mereka, semuanya berpuas hati dengan servis dari Traveloka. Malahan dengan harga yang terbaik diperolehi, sedikit sebanyak dapat membantu para pelanggan untuk berjimat dan mengawal bajet mereka disamping menikmati percutian yang menarik!




Cari je lah hotel dan flight mana nak guna, melalui Traveloka semuanya mudah dan di hujung jari je! Selamat pun selamat sebab memang ada security yang akan protect data kita. Tak cukup dengan tu, ada jugak Customer Service secara online yang boleh bantu kita sekiranya ada permasalahan. Dah tak payah nak pening-pening, cepat check out their official website :  https://www.traveloka.com/en-my/

So, disamping kita menyokong team Malaysia untuk Sukan SEA KL 2017, why not jugak untuk kita ambil kesempatan dan gunakan promo dari Traveloka ni untuk rehatkan badan, rejuvenate stress semua. Memang best betul Traveloka kan!

Untuk maklumat lanjut, cecepat check out website mereka & have fun!



1 comment:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork