Monday, September 11, 2017

5 Kedai Wajib Masuk Untuk Mereka Yang Suka Dekorasi Ruang & Bilik

Assalamualaikum semua



Nanie ni takde lah suka sangat berkemas, tapi Nanie suka tengok barang-barang kemas & in place. Tak suka bersepah sangat. Janji terletak di tempat yang tak semakkan mata. Malangnya, Nanie ni jenis yang banyak barang. Cuba sebenarnya untuk kawan pembelian barang, tapi memang tak boleh. Dari apa segi pun, baju banyak, bag banyak, makeup jangan cakap lah! Payahnya bila nak organize and mengemas. That's why Nanie prefer something yang mudah diurus dan tak mendatangkan habuk. 




Beberapa minggu lepas, adik Nanie si Seha tu praktikal kat KL sebulan. So, sementara dia ada ni, Nanie gunakan dia untuk bantu Nanie decorate and lengkapkan bilik tidur Nanie. Basically Nanie kat KL ni duduk di bilik kedua di sebuah condominium. Alhamdulillah, memang selesa dan Nanie rasa selamat sangat. Condo ni baru, jadi Nanie antara first tenant untuk rumah ni. Bila macam tu, of courselah dari segi bilik semua masih baru dan dalam keadaan bagus. Senang nak mengadjustnya!1



Basically, dalam perancangan Nanie just nak ada satu tempat yang boleh letak segala mak nenek makeup dan barang-barang Nanie serta ada satu work space untuk Nanie. Sebelum-sebelum ni, Nanie tumpangkan makeup stuff Nanie atas meja jadi bila nak guna buat kerja jadi semak sikit. 


Bila nak decorate bilik atau ruang dalam rumah ni, ada beberapa kekangan yang Nanie realize. First thing first adalah dari segi logistik. Duduk di rumah condo macam ni, nak bawak masuk lori ke apa kena register and letak deposit. Walaupun refundable, tapi sekali letak RM 300 and leceh sikit nak turun naik management office. Dah lah Nanie sorang kan, memang kadang tak terlarat  nak angkut sorang dari parking ke rumah. 

Keduanya adalah dari segi kewangan. Sebagai orang yang "hidup sorang", Nanie memang kena bajet lah nak beli apa setiap bulan. Tak larat woi nak beli selepuk. Ada makan pasir jugak kang! Hahahaha. Cuma Nanie ni jenis goal oriented. Once Nanie nak sesuatu, I will make a research sehabis baik. Sama ada nak beli second hand ke, nak beli baru ke. Pandangan Nanie untuk decorate ruang di rumah, bukan barang baru atau lama yang jadi fokus, yang penting macam mana kita letak dan susur atur barang tersebut. Tapi kalau korang ada bajet lebih and boleh beli sekaligus, takde hal. Carry forward! Lagi bagus. Lagi excited gitu! 

Untuk entry pertama ni, Nanie nak share 5 tempat wajib yang korang kena singgah atau cuci mata jika korang nak dekorasi ruang rumah atau bilik. Ni semua adalah tempat-tempa favourite Nanie sebab masing-masing ada tarikan tersendiri. Mungkin kalau korang ada lagi mana-mana kedai atau tempat mencari idea / perhiasan murah - boleh lah share kat bawah komen ni. Supaya ramai orang baca & dapat idea. 

1. KAISON 

Kedai ni Nanie rasa memang satu rahmat besar buat mereka yang suka dekorasi rumah. Nanie kalau masuk Kaison ni, memang mesti lebih 45 minit - 1 jam. Dia boleh jadi ketagih dan ralit tau duduk dalam tu. Kau bagitau Nanie perempuan mana tak meroyan happy masuk Kaison. Actually Nanie pernah cerita mengenai Kaison sejak tahun 2013 lagi (KLIK SINI). Masa tu yang kenalkan Nanie dengan Kaison adalah Akim. Seorang pendekorasi yang Nanie percaya pada taste dia yang power dan idea yang classy but sofistikated. Kalau korang perlukan idea, bagitau Nanie. Nanie bagi contact Akim. 

Oh berbalik cerita Kaison. Kaison ni macam one stop centre untuk deco. Harga dia semua memang tak dapat kat kedai lain dan barang dia berkualiti. Nani suka sebab selalu up to date koleksi dia and banyak pilihan! Meh Nanie share gambar sikit. Korang nilaikan ye.... 






Boleh Nanie katakan, banyak gak barang Nanie beli di Kaison ni. Antaranya, Nanie beli langsir, hiasan meja, frame, jam dinding and a few item lagi. Next Nanie nak beli cadar dia pulak. Nak compare kalau dengan Akemi mana yang best. Akemi memang pricey sikit tapi selesa dia bila tidur.... ya Allah. Rasa tak nak bangun pergi kerja. Melampau kan?






2. MR.DIY

Anyone yang tak pernah masuk? Nanie pernah bagitau yang Mr.DIY ni, mak bapak je takde. Semua benda ada. Dan yang ini juga harganya sangat-sangat murah dan bersesuaian dengan fungsinya. Nanie kat sini beli hardware sikit untuk lekapkan frame, screw drive, penyangkut baju dan barang yang memang kau nampak remeh, tapi bila tak ada dia jadi tak lengkap hidup. Harga? Alahai jangan cakap. Sepatah kata tagline nya "Always Low Price!". 




3. IKEA 

Nanie letakkan store ni di tempat ketiga sebab untuk Nanie, ia lebih kepada inspirasi dan mencari barang-barang yang mudah untuk diangkat. Kan Nanie bagitau, kekangan utama adalah dari segi logistik dan man power. So, IKEA bukanlah pilihan utama untuk dekorasi ruang. Tapi, untuk dapatkan idea... yes, here is the place. Nanie beli rack MULIG 5 tingkat di IKEA dengan harga yang berbaloi. Itu pun selepas usha bermula dari awal tahun. Bukannya apa, Nanie mencari masa yang sesuai untuk bawak, pasang & punggah. Seperkara lagi, barangan IKEA juga bukanlah murah sangat. Kena bajet betul-betul. Selain rack MULIG tu, Nanie beli carpet, kerusi dan meja work station.






4. DAISO & MUJI 




Untuk kedua ni, Nanie sekalikan sebab dua dua konsep Jepun. Yang bezanya adalah harga. Daiso - harga yang sangat reasonable (tapi still kena pandai pilih, sbb ada je barang yang tak sesuai for RM5.30) dan MUJI pulak mengetengahkan konsep minimalis dan high-end. But, dua dua store memiliki barang-barang yang buatkan Nanie geram je!


Dekat Daiso Nanie beli rak storage kincare dan skincare untuk daily and bottles type, meanwhile kat MUJI Nanie suka makeup organizer dia yang sleek dan cantik. Nanie ada review sebelum ni di entry masa Nanie di rumah lama. KLIK SINI untuk baca.








5. ROBINSONS 

Robinsons juga adalah salah satu kedai yang selalu Nanie singgah bila pergi ke Gardens, Mid Valley. Selain daripada barangnya yang ada class, Nanie suka penataan gaya mid-high end yang diketengahkan. Lagi satu dekat Robinsons ni, pillow dia pun cantik-cantik jugak. Barang perhiasan pun sama. Cun-cun semuanya. Kat sini, Nanie beli storage untuk mekap. Berbaloi dan susah nak cari tempat lain. KLIK SINI untuk baca.



Secara jujur memang Nanie plan satu-satu dan step by step untuk deko bilik. Nanie bukanlah nak yang gah sangat sebab Nanie menyewa bilik kan. Cukup sekadar selesa untuk tidur dan uruskan urusan harian, boleh buat kerja dan paling penting tak bersepah, serta boleh amek gambar! Hahahhaah. So far, Nanie puas hati dengan apa yang Nanie buat dan deko. Insya Allah, akan cuba diusahakan lagi. Ada a few benda Nanie nak beli hujung bulan ni. Nanti Nanie update lagi.

Oh ye, kalau korang ada nak komen atau suggest apa-apa, meh komen kat bawah. Apa deko store yang korang suka atau wajib singgah?


19 comments:

  1. Replies
    1. Thank you Busyra. Tulah semua tu kegemaran ramai orang kan!

      Delete
  2. haiii salam perkenalan...cantik tak sabar nak tengok entry seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai salam kenal too! Heheheh kita buat slow2 na...

      Delete
  3. Bestnya Nanie...Selalu berangan macam ni zaman bujang dlu hehe

    www.azwaomar.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. kita pun suka bilik cam ni, tu yang gigihkan menghias

      Delete
  4. Wah Nanie bagus perkongsian. Ika cuma beli di Mr DIY. Tempat lain x de kat Penang lagi.

    ReplyDelete
  5. Well done dik nanie! Gigih plan deko ur room admire !!

    ReplyDelete
  6. Kaison Ikea Daiso is heaven pada org mcm kita ni...kekeke...boleh jadi giler masuk dalam 3 tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak wa! meroyan dibuatnya semua nak...

      Delete
  7. wajib masuk tempat tu kalau ternampak.. hehehe

    ReplyDelete
  8. memang best awak....kalau pergi kan,x mau balikkkk.....hahahah

    ReplyDelete
  9. tempat-tempat macam ni memang akan pergi kalau nak deco..hhheee

    ReplyDelete
  10. bagus jgk post cmni..boleh wat rujukan nnti

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork