Assalamualaikum semua
Makeup ni memang kegemaran Nanie. Entah tak tahu sejak bila. Memang kalau pergi mana-mana mall, pantang ada makeup store... ke situ lah yang dituju. Kadang tu tak beli pun, sekadar cuci mata tengok-tengok apa trend terkini & produk yang latest di pasaran. Itu je dah cukup buat Nanie puas dan happy.
Antara yang menjadi kegilaan dan sebahagian besar koleksi Nanie adalah BB & CC Cushion. Ya Allah, Nanie memang suka sangat cushion. Sebab dia comel, compact and basic need untuk cover flaws for all day! Woah... cam ayat iklan aku ni. Hahahah.
Jap, before proceed... Nanie nak korang tahu apa beza BB & CC Cream atau cushion. Memang ramai yang confuse. Even Nanie pun kadang confuse amenda lah beza dua ni sebab tak banyak sangat pun beza dan fungsinya. Itu yang kita cakap... yang sebenarnya adalah seperti kat bawah ni :
Last few weeks, Nanie try organize semua barang-barang Nanie. So, ni ada a few BB & CC Cushion Collection Nanie setakat hari ni. Nanie dah cakap, Nanie memang pengumpul tegar cushion. So, jom Nanie share serba sedikit mana satu favourite Nanie and nak share tips cushion yang sesuai untuk pilihan mengikut jenis kulit.
TOP 5 CUSHION KEGEMARAN
1. THEFACESHOP Miracle Finish Cushion
Nanie dah gunakan THEFACESHOP Miracle Finish Cooling & Long Lasting ni sejak bulan Januari lepas lagi. And dari sejak tu, in between Nanie ada jugak guna a few yang lain, tapi yang ini masih lagi paling sesuai dengan jenis kulit Nanie. Nanie jenis kulit combination. So, di bahagian T-Zone ada masa berminyak sedikit. Untuk Miracle Finish ni, once Nanie dab-kan memang akan control oil dan tak nampak langsung cakey. So untuk mereka yang combination skin macam Nanie, boleh cuba this cushion.
Dari segi ketahanannya sendiri, Nanie boleh rasa ia sesuai untuk long-hour. Malahan, the best part yang Nanie suka adalah, coverage yang medium-to-full dan jika digunakan sebelah malam pun, tak nampak bercapuk sebab warna boleh di blend rata dengan baik. Nanie ada share experience & review Nanie gunakan THEFACESHOP Miracle Finish di link ini : https://goo.gl/UHeQPw
2. Laneige BB Cushion (Pore Control)
Laneige ni jugak antara kegemaran Nanie dari segi cover up pore! Nanie tak nafikan, ada masa cushion diperlukan bukan sekadar untuk tutup cela mahupun tona tak sekata, tapi ia juga berperanan penting untuk tutup pori terbuka. Tahu kan, pori terbuka adalah disebabkan kulit yang terlalu banyak minyak dan menjadikan ia terbuka besar.
Jadi, sebahagian tricks untuk meminimumkan masalah tersebut adalah melalui cover pore dengan cushion. Tapi, ingat jangan cari yang too oily. Nanti makin besar lah pori tu pulak. So, Laneige jugak adalah cushion yang sesuai untuk oil control. Jangan risau for that! Nanie ada share experience & review di link ini : https://goo.gl/CgUKTC
3. ETUDE HOUSE Precious Mineral Any Cushion
Bagi mereka yang beginner, Nanie rasa Precious Mineral Any Cushion dari Etude House adalah sesuatu yang boleh korang masukkan dalam list. Teksturnya ringan dan mudah untuk diurus dan di blend bersesuaian dengan tona kulit Nanie.
Precious Mineral Any Cushion ni adalah lebih kepada colour controller. Jadi dari segi litupan (coverage) adalah medium. Tapi part yang Nanie suka sebab warnanya yang boleh mencerahkan tona kulit dan harganya juga berpatutan berbanding yang lain.
4. ETUDE HOUSE Lock 'N Summer Precious Mineral
Sebelum Nanie gunakan Precious Mineral Any Cushion atas tu, Nanie gunakan Lock 'N Summer Precious Mineral ni jugak. Yang ini part Nanie suka dari kawalan minyak nya. Sesuai dengan namanya Lock 'N Summer, cushion ni memang mengawal minyak pada muka kita. Ia membuatkan kulit jadi sentiasa glowing walaupun kita berpeluh dan kulit dah start berminyak. Ini juga bagus jika anda adalah beginner!
Nanie tak pasti lagi sekarang ni Etude House masih keluarkan atau tak Lock 'N Summer ni. Pertama kali Nanie gunakan waktu tu Nanie beli dari Althea Korea yang mana review dari si Mira Cikcit buatkan Nanie tergoda. Nyata, pilihan Nanie bukan sia-sia! Baca sedikit review di sini : https://goo.gl/4T9oCH
5. Banila Co CC Cushion
Banila Co CC Cushion juga jangan diketepikan. Nanie juga sedang gunakan CC Cushion ni. Pada Nanie, ia memberi kelainan dari segi glowingnya. Dengan sekali swipe, memang nampak kulit jadi glowing dan porcelain macam tu. Ia tidak memberikan litupan yang penuh tapi dengan efek glowing tu sangat cantik bila digunakan untuk touch up.
Sedikit yang Nanie tak prefer sebab Banila Co CC Cushion ni macam sedikit oily bila digunakan lebih 4 jam. Jadi kadang Nanie kena topup dengan translucent powder atau setting powder bagi menyerap lebihan minyak pada muka. Nanie biasanya akan tambah bila dah nak petang-petang tu, Padahal kat office je. Tak berpanas sangat. Pun muka naik berminyak.
Secara keseluruhan, pada Nanie lah kan... BB & CC Cushion ni memang memudahkan orang macam Nanie yang busy dan untuk daily routine. Coverage adalah kurang sedikit dari foundation tapi performance nya buatkan Nanie suka. Jimatkan masa, mudahkan untuk apply dan paling penting senang nak bawak pi mana pun sebab dia compact kan.
Tapi, jangan salah pilih ye. Kena pandai pilih yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Maklumlah kita ni duduk di Malaysia yang mana cuaca ekstrem panas dan lembap. Ada BB & CC Cushion juga yang terlalu berminyak sampaikan Nanie rasa cam menyesal pulak beli. Antara brand yang Nanie rasa kureng adalah IOPE Cushion. Terlalu berminyak dan sticky. Maybe ia lebih sesuai kalau di tempat sejuk cam Korea tu. Untuk Malaysia pada Nanie dia tak berapa best sangat.
Ni antara daily makeup Nanie yang 100% gunakan BB & CC Cushion sahaja untuk ke office. |
Selain dari tu, ada jugak drugstore & local brand yang keluarkan cushion ni. Untuk Nanie sedikit je kelemahan yang perlu mereka perbaiki adalah dari segi sponge serapan mereka yang teksturnya agak kasar. Nanie tak berapa berkenan kalau sponge mereka kasar sebab ia akan bagi efek tak smooth kat kulit muka kita.
So, ini adalah pandangan Nanie. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian jenis kulit, performance dan bajet juga. Setakat sekarang, 5 di atas adalah antara Top Favourite Nanie. Kalau korang nak suggest mana-mana cushion untuk Nanie try, korang bagitau ye!
38 Inspirasi Dari Pembaca
cantiknya kulit 😍😍 sha suka jugak pakai bb cushion kalau malasla hehe
ReplyDeletewow..patutlah cantik nanie. ehehehe.. laneige tu mcm best je kan
ReplyDeleteNice post especially for those yang ada muka sensitif
ReplyDeleteyour skin looks very nice. I think its natural beauty not make up :P
ReplyDeleteAmboi makin gebu dan putih muka Innanie ni lama tak jumpa heheh nanti jumpa mesti dah lain kan wakakaka..
ReplyDeletepenah try yg laneige tu je..tu rasa best..igt nk try plak la thefaceshop..mcm best jee..
ReplyDeleteWahh cantiknya
ReplyDeletegreat review tapi bagi saya paling best ialah Laneige dan Etude House Any Precious Mineral Cushiong
ReplyDeleteooo baru tahuu kegunaannya.
ReplyDeletefor general knowledge je hehe
saya kasih tau pacar saya nih, biar selalu cerah mukanya . makasih infonya
ReplyDeleteI pon suka laneige. Biasa beli dekat airport murah sikit especially mask.
ReplyDeleteOh my this is great! I’m currently using the face shop cushion 😍 really love it
ReplyDeleteThanks atas perkongsian nanie. Laneige tu macam best jer ☺
ReplyDeleteSeriously bagus la nanie ni. Reference chart tu very nice. Bella pun tak tahu.
ReplyDeleteTak apa kita nak komen banyak2 kat sini hehehe nanti nak satu event dengan Innanie...
ReplyDeletekulit macam tak sesuai dgn cream.
ReplyDeleteDah pernah try Laneige dengan Etude House. Tak pernah try The Face Shop lagi. Nanti boleh dipertimbangkan.
ReplyDeleteKalau bbcushion kita suka laneige juga, rata2 yang guna pun kata ok sgt :)
ReplyDeleteyanmie
www.yanmieonline.com
Sekarang nie ngah guna Maybelline and L'Oreal nyer BB hahaha...
ReplyDeleteWow im more amazed with your flawless skin, hahaha. Thanks for the tips tough.
ReplyDeletebest gak ye laneige ni...tapi skrg kena hati -hati sebab byk sgt yang dijual fake..leh teruk muka..
ReplyDeleteMemang flawless! And that ayat iklan is super power! hahahaha...I have not heard or used any of these brands bb cushion...but definitely will consider...
ReplyDeletelaneige, etude still ada lagi sampai sekarang. Masa ke korea dok borong kat sana sb murah...hehehe
ReplyDeletePatutler.. Ini rupanya rahsia ya. Akak pon nak cantik cam nanie jugakk
ReplyDeleteI am in search of an all-day cover to cover all my flaws the whole day. Right now, I haven't found the perfect one. My skin is just a mess!
ReplyDeleteTop 5 ni semua rasa nya memang famous kan
ReplyDeleteSemua ni memang famous tapi iday tak pernah cuba. sekarang iday pakai product korea, tapi not bad jugak la. Nanti iday nak check senarai yang nanie bagi tu. hehe
ReplyDeleteApa benda semua ini... argghhhhhhh susahnya jadi lelaki... hahahah
ReplyDeleteCantik je kulit nampak berseri.
ReplyDeleteWow cantiknya kulit berseri2 dan nampak ayu.
ReplyDeleteI tried the Laneige cushion and I like it. I want to try this new Faceshop miracle cushion.
ReplyDeleteI tried the Laneige cushion and I like it. I want to try this new Faceshop miracle cushion.
ReplyDeleteEtude tu macam best. untuk Beginner lah katakan! No wonder lah Nanie sentiasa glowing :)
ReplyDeletehi beybeh!! hehe jom ckp psl makeup! HAHA laneige tu i baru je try for me x cover enough lah light sgt so klu nk pkai dia alone as a part of makeup mmg x jd la mmg kena ada foundation bagai beforehand. gituhhh tp b4 this innisfree pon i pnh try huahuahua mmg terbaek!
ReplyDeletekita pun suka pakai bb cushion..sebab dap dap dan full coverage..per mall pakai ni je..lagi nak cepat siap bila ada anak ni..hahaa.
ReplyDeleteThe infographics look really good. What do you use to make them? Also, I think it's a product review. Good stunning images
ReplyDeleteyes! i totally agree!! coverage cepat je! i like!!
ReplyDeleteThey look so good on you dear and amazing product review on the choices. I am all for Laneige too- the comfort of wear on that one is amazing.
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!