Sunday, September 17, 2017

Baru Je Kahwin! Majlis Resepsi Teha & Dr.Taha

Assalamualaikum semua 


Akhir Julai yang lepas, Alhamdulillah dah selesai majlis nikah dan resepsi untuk kakak sulung Nanie dan juga merupakan majlis perkahwinan pertama untuk family Nanie. Nanie boleh tarik nafas lega, sebab kalau selagi tak selesai... selagi tu lah macam-macam yang perlu diuruskan. Syukur sangat majlis di kedua-dua pihak berjalan lancar. 




Majlis nikah dan resepsi sebelah perempuan dilangsungkan di kediaman Nanie pada 29 Julai 2017 manakala majlis sebelah pihak lelaki di Sri Medan, Batu Pahat berlangsung pada 5 Ogos 2017. Untuk kedua-dua majlis memang buat secara sederhana dan dihadiri kawan-kawan serta ahli keluarga. Meriah dan paling penting, dipermudahkan. Alhamdulillah. 

Dari segi persiapan, semuanya bermula dari lepas majlis pertunangan bulan Disember lepas lagi. Keterbatasan masa dan upaya ayah serta mak buatkan Nanie dan Along kena plan betul-betul setiap bulan, nak buat apa nak buat apa. Kena ada timeline yang perlu dipatuhi. Walaupun ayah Nanie baru pertama kali buat majlis kahwin, tapi pengalaman dia uruskan majlis kahwin adik-adik mak Nanie dan anak-anak sedaranya buatkan ayah cukup arif dalam aturcara dan persiapan majlis A-Z. 



Dan the best part, Alhamdulillah kami dapat jiran-jiran yang sangat-sangat membantu, rajin, dan bertoleransi membantu menjayakan majlis kakak Nanie. Bayangkanlah, mereka memang bergotong royong bermula kira-kira 2 minggu sebelum majlis, sampaikan ke sudah majlis pun mereka bantu keluarga kami. Memang tak terbalas jasa mereka semua. Allahuakbar! 


Sebahagian jiran tetangga yang membantu, ayah Nanie sponsor baju kurung lelaki dan perempuan untuk mereka. Jadi, on the day memang semua nampak sama. Family Nanie gunakan hijau emerald, manakala jiran tetangga gunakan hijau pucuk pisang. Meanwhile the pengantin hijau mint pastel. Actually pada awalnya, kiteorang takde pun plan nak bertema warna sangat... tapi bila pilih-pilih baju tiba-tiba termatchy-matchy. Hehehe! Alaaa sekali sekala kan. Seronok-seronok.

Untuk hantaran perkahwinan pulak, adik Nanie si Seha tu offer diri nak buatkan untuk Along. Mula-mula kiteorang cam tak caya lah jugak sebab dia tak pernah pun tunjuk skill dia menggubah hantaran kahwin ni. Sampaikan Nanie cakap dengan dia, jangan nanti last minute susahkan kepala akak ye. Kebetulan dia cuti semester time tu, sekali dah jadi... fuhyoh! Cantik jugak. Pandai dia gubah. Dia kata ikut dalam pinterest je! Hahahah. Senang Nanie nanti... tak yah keluar bajet banyak untuk hantaran kan? 





Bagi makeup, siapa lagi kalau bukan kawan adik Nanie dan juga kenalan Nanie sendiri, Maizura. Nanie dah tempah dia lamaaaaaa sangat sebab Nanie memang suka sentuhan dia yang sweet and soft. Tak terlalu galak dan tak terlalu down. Just nice. Dari segi kualiti kerja dan timing memang on time. Makeup pun tahan dan lawa! Berbaloi untuk orang Kluang amek dia di hari bersejarah korang. Tapi, sekarang dia tengah cuti berpantang. Heheheh. 





 Untuk family pula, ayah Nanie of courselah orang paling excited kan. Ayah memilih untuk nikahkan Along sendiri. And kami yakin, keputusan ayah memang tepat pun. Even Nanie sendiri pun, kalau umur ayah panjang dan diberi kesihatan, memang nak ayah nikahkan sendiri. Tok Kadi nya pulak guru besar sekolah agama kami and ayah memang kenal sangat-sangat, jadi tak banyak soalan cepu cemas lah diberikan. Green light aje! Hehehe. 


Sebagaimana maklum, ayah Nanie kan tak sihat. So tangan ayah yang sebelah kanan tak dapat berfungsi dengan baik. Jadi ayah perlukan orang utk pegang dan sokongan tangan ayah. Lagi satu, ayah tak boleh tulis - kena gunakan cap jari. Masa momen tu sebak lah jugak sebab ayah kuat semangat demi nak nikahkan sendiri anaknya kan. Alhamdulillah ramai yang bantu. Pakcik-pakcik dan jiran-jiran ada berhampiran ayah untuk sokong tangan ayah. Even majlis nikah pun, kami gunakan meja dan kerusi untuk urusan tersebut. Senang dan mudahkan ayah. 


Alhamdulillah sekali lagi, dengan sekali lafaz je, Along dah jadi isteri orang. Steady lah abang ipar Nanie. Ayah pulak Nanie tak risau sebab dia dah hafalkan lafaz akad tu dari bulan puasa lagi. Pantang kiteorang balik cuti, itulah yang dia praktis. Siap praktis kuat-kuat lagi depan kiteorang. Sampaikan kiteorang pun dah hafal...hahaha. 







Selesai akad nikah, majlis batalkan air sembahyang dan terus ada gambar-gambar sikit dengan keluarga kedua belah pihak. Memang ada sebak sikit, tapi chill je sebab paling penting perkara wajib dan sempurna dengan jayanya. Lepas tu, terus tukar baju untuk berarak dan makan berdamai. Kakak Nanie tak ada bersanding. Sebab segan sebenarnya. Cuma ada pelamin untuk ambil-ambil gambar je. Tu pun letak pelamin dalam rumah je untuk keluarga dan kawan-kawan. 


Selain daripada saudara mara yang jauh dan dekat datang, antara yang buat Nanie terharu adalah sebab kawan-kawan Nanie dari KL pun ada yang datang. Syukur Alhamdulillah mereka dapat luangkan masa sama-sama dan kenal-kenal dengan family. Family Nanie baik mak ayah, mahupun makcik-makcik ada yang memang dah kenal dgn mereka. Sebab Nanie kan jenis selalu bercerita, jadi mereka ada lah nama yang familiar macam Kirin, Akim and Arief. 



Mana yang ada follow Nanie di IG, boleh tahu yang ada surprise dari kawan-kawan Nanie ni pada malam sebelum majlis tu. Pada awalnya, si Akim (yang baju hitam) ni kata tak dapat cuti. So tak dapat hadir majlis kakak Nanie. Nanie pun mulanya macam ok lah, nak buat cemana. Orang kerja kan. Lagi pulak bidang tugas macam Akim yang ada emergency lah apa lah. Tapi yang menyakitkan hati, dari pagi sampai malam asyik tanya, Kirin dan kawan-kawan dah sampai ke belum, Nanie buat apa kat rumah, Nanie kat mana sekarang, itu ini itu ini sampaikan Nanie geram. Ye lah dah tau tak datang, tak yah lah tanya banyak-banyak kan. 



Sekali.... tengah malam tu... Kirin bagitau dah sampai depan rumah. Tup...tup.... tudiaaaa dengan si Akim ada sekali. Dari jauh memang tak perasan sebab gelap kan. Dalam hati... eh Kirin bawak kawan ke lagi sorang. Apasal Kirin tak bagitau. Rupanya si Akim dari tengahari dah sampai Kluang. Dok call tanya-tanya tu sebab tak nak kantoi. Kot-kot Nanie lalu depan rumah dia ke, nampak kereta dia. Cis!!! Memang sumpah terkejut. Tapi syukur dan happy sangat sebab semua kawan-kawan ada kat Kluang meraikan majlis keluarga Nanie! 



Cuaca hari tu pun Alhamdulillah. Tak terik sangat. Sedang-sedang je. Just nice orang kata. Cuma petang tu agak panas sikit. But still Alhamdulillah sampai ke petang ada lagi tetamu dan jemputan yang datang majlis. Kaum keluarga jangan cakaplah. Memang ramai dari dekat dan jauh hampir 70-80% datang. Ayah Nanie buat majlis sulung kan. 

Hidangan hari tu, ayah Nanie amek Briyani Johor siap dengan Sirap Bandung lagi. Ada beberapa juadah dessert seperti bubur sagu, kuih muih dan pilihan air minuman yang meriah jugak lah. Goodies pulak, kiteorang bagi bungkusan makanan Nasi Briyani Johor jugak, kerepek & muruku serta telur pindang. Mudah-mudahan orang yang dekat rumah dapat merasa makanan jugak. Kat bawah entry ni Nanie senaraikan semua vendor  & servis yang digunakan ok!











Kek pengantin, Nanie sponsor. Nanie cari bakers yang berhampiran rumah. And before majlis, memang Nani dah 2-3 kali tempah dengan dia. Nak rasa satu, kedua nak tengok servis. Alhamdulillah, memang bagus, sedap dan harga yang sangat-sangat reasonable. Nama Instagramnya adalah Cakeamel. Kalau orang Kluang nak tempah boleh tempah dengan dia. Memang ok. Insya Allah!




Tema kek ni, Nanie pilih yang 3 tier dengan kek & cupcakes. Flavournya, Nanie amek yang chocolate moist. Kau tahulah Nanie memang suka coklat kan. Sebagai tips, Nanie suka ada cupcakes sebab senang untuk bahagi-bahagikan pada orang. Kiranya kalau ada yang teringin, amek je cupcakes tu without potong main cake. Main cake kita makan ramai-ramai lepas majlis ye! Cake toppers tempah dari kawan je kat IG! 

Sebagai kenang-kenangan, Nanie letak gambar saudara mara dan kawan-kawan yang hadir ke majlis kakak Nanie. Meriah dan sekali lagi, syukur Alhamdulillah ramai yang datang. Walhal banyak yang hanya kirimkan kad sahaja atas sebab kapasiti dan keadaan ayah yang tak mengizinkan untuk bergerak banyak ke rumah saudara mara. Tapi, kehadiran semua buat kami sekeluarga terharu. 















Sekali lagi, setinggi-tinggi syukur dan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis di rumah Nanie ni. Saudara mara, jiran tetangga juga kawan-kawan dan para jemputan yang memeriahkan majlis pertama ayah Nanie ni. Bila majlis macam ni, memang terasa kemeriahan dan keakraban semua. Majlis berjalan sangat lancar, dan dipermudahkan.

Kesihatan mak dan ayah pun Alhamdulillah bagus. Nanie memang dah pesan awal-awal kat mak and ayah untuk trust other people, and let them be. Tawakal. Kita dah bagi tanggungjawab pada orang yang sewajarnya, kita percaya pada mereka dan biarkan mereka uruskan dengan baik. Cuma Nanie lah kena pantau semua dan pastikan on time.

Oh ye, actually the person yang banyak membantu dan menjadi tulang belakang adalah Cik Md Noh dan Cik Siti yang memang dah jadi macam family dah. Dari dulu sampai sekarang. Kalau Nanie kat KL, Cik Siti dan Cik Md Noh lah yang memang boleh katakan setiap hari tengok mak ayah, belikan apa-apa keperluan yang mereka nak dan segala-galanyalah. Ya Allah, syukur bila Allah hadirkan orang macam ni untuk jaga mak ayah kita kan. Mudah-mudahan hidup Cik Siti dan Cik Md Noh diberkati dan dilimpahkan rezeki serta kemudahan urusan dunia akhirat.

Last but not least, Nanie akhiri entry ni dengan....

"Who's next?"




Buat Along & Abang, semoga perkahwinan kalian dilimpahkan berkat dunia akhirat. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, sentiasa bersabar dengan ujian rumah tangga dan doakan adik-adikmu segera menyusul! Hehehhee



As rujukan, Nanie just senaraikan je lah semua servis yang Nanie gunakan untuk majlis kakak Nanie ni. Mana tahu, orang Kluang yang nak kahwin dan nak buat majlis boleh gunakan mereka. Kualiti memang Insya Allah dijamin bagus. Kalau ada yang Nanie tak senaraikan tu, means Nanie kurang berkenan lah dengan servis mereka. Heheheheh. Bukan tak bagus, cuma tak meet expectations orang kata.


  • Khemah + kerusi + meja, makanan, minuman, dessert, pramusaji, dj, kompang dan etc : En Rasman Briyani Desa, Taman Desa Kluang. (HIGHLY RECOMMENDED All-in-One!!!) 
  • MUA : Nur Maizura (IG : @nurmyzura) 
  • Photographer : Deen Khalid (IG : @deenkhalid) 
  • Hidangan Makan Berdamai : Pn Safura (Taman Korakyat) 
  • Telur Pindang (Pn Norzila - 019 730 0289
  • Kek : (IG : @cakeamel) 
  • Cake Toppers : @chummylummy 
  • Baju Nikah & Sanding Pengantin : Tempah sendiri di Kak Lin Butik Pengantin di Taman Sri Kluang - nanti Nani bagi nama kedai dia. Lupa! Jahitan dia memang cantik & harga pun berbaloi sangat! 
  • Hantaran & Hand bouquet : Seha - adik Nanie je buat!
  • Hiasan hantaran : Kedai Hiasan Perkahwinan Harmoni, Dataran Tasik Kluang
  • Emcee : Nanie adalah cakap sikit-sikit. Kalau nak book untuk emcee boleh PM tepi! :) 

Pandangan Nanie, untuk majlis perkahwinan ni memang kena rancang dengan baik dan bersatu hati. Tak dinafikan memang ada je kadang berselisih idea dan pendapat tapi kena ingat balik majlis adalah untuk meraikan pengantin dan para jemputan. Buat mana yang elok, mana yang mudah dan paling paling penting - mengikut kemampuan serta jangan membazir. Itu jelah. Nanie pun tak tahu esok lusa majlis Nanie cemana. Tapi setakat hari ni, belum ada sebarang plan lagi. Hehehehe

Bye semua!


28 comments:

  1. Simple tapi tetap tampak menarik. Tahniah buat akak and abang long akak Nanie!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Kak Nani dapat abang ipar =)

    ReplyDelete
  3. Tahniah, lepas nie turn Innanie pula :)

    ReplyDelete
  4. Wahhhh tahniah!! Selamat pengantin baru! Hihi. Moga jodoh berkekalan ke anak cucu. 😁

    ReplyDelete
  5. Tgok orang kawen terus akak rasa nak kawen...ehhh..hehehe...seronok kalau majlis2 macam ni kan..selain dapat jumpa saudara mara..dapat mengeratkan silaturrahim..

    ReplyDelete
  6. Comelnya. Tahniah pengantin. Kek comel. Gambar pun cantik cantik!

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Hantaran simple and sweet. Majlis pula berjalan lancar dan meriah.

    ReplyDelete
  8. tahniah! semoga berkekalan ke anak cucu. bestnya tengok jiran sedara mara berewang hehe

    ReplyDelete
  9. baju pengantin and bunga nampak sangat cantik, congratulations on the wedding!

    ReplyDelete
  10. Tahniah.....selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  11. hijau.. iloike.. cantik disanding berdua
    merpati sejoli.. tahniah utk pengantin

    ReplyDelete
  12. Cantiklah hantaran tu. Buat sendiri memang jimat kan. Alhandulillah selamat sudah kenduri Kak Long dgn Abg Long. Nanti giliran Nanie jangan lupa jemput ya,heehee

    ReplyDelete
  13. Meriahnya mak ngah! Btw hantaran tu mmg patut buat sendiri je. Boleh jimatkan kos. Sesambil menunggu hari bolehlah dok buat sendiri bunga hantaran sehari 1 kelopak kan. Hehe. Selamat pengantin baru buat kakak Nanie.

    ReplyDelete
  14. Tahniah! Tapi kenapa kek and cupcakes dia comel sgat? <3

    ReplyDelete
  15. Congratulations. Majlis simple tapi serious nampak cantik n menarik

    ReplyDelete
  16. nice pictures there! Congratulations to your femily!

    ReplyDelete
  17. sesuai sangat dgn baju hijau! tahniah!

    ReplyDelete
  18. Tahniah for your sista .. btw memang cantik mekap tu , natural je ..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah... Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah nanie dapat abang ipar ☺

    ReplyDelete
  20. selamat untuk pengantinsemoga menjadi keluarga sakinah mawadah dan warohmah

    ReplyDelete
  21. Terkejut tadi ingat Nani yang kahwin tak jemput kita heheheh tahniah kepada pengantin dan semoga bahagi hingga Jannah...

    ReplyDelete
  22. Congrats on your sister's wedding. A simple ceremony but so meaningful when the family is together and there were so many well-wishers!

    ReplyDelete
  23. Thanks for sharing. I learnt more on Malay wedding custom here.

    ReplyDelete
  24. tak nak cakap banyak. just nak tau akak bila pulak? heheehhehe

    ReplyDelete
  25. hantaran semua cantik, kakak nanie lawa..tahniah atas perkahwinan ni..semoga kakak nanie bahagia dengan suami hingga ke jannah

    ReplyDelete
  26. Simple dan meriah kenduri kahwin macam ni. tahniah buat kakak nanie dan abang ipar. Semoga berbahagia hingga ke syurga.Aaminn

    ReplyDelete
  27. how sweet.... nama pun dah nak serupa, semoga berkekalan sehingga Jannah.... nice pics... Nanie...

    ReplyDelete
  28. Congratulations on your sister weddinf my dear! When is yours? Haha

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork