Assalamualaikum semua
Nanie baru je update iOS11 untuk phone Nanie. Memang ditunggu-tunggu ni. Dari malam tadi lagi di Twitter orang semua dah bercerita pasal iOS11 ni. Haiii Apple ni selalu tau jadi trend setter. Bila Nanie dah update iOS11 ni terus rasa macam pakai phone baru. Macam iPhone X pulak! Hahahahah berangan lah kau! Padahal iPhone7+ ni pun belum setahun lagi. Jangan mengada nak tukar lain!
Bercakap mengenai iOS11, ada beberapa pembaharuan yang iOS11 berikan. Dari semasa ke semasa Apple memberikan keselesaan dan kemudahan yang lebih sistematik untuk user experience dia. And to be honest, i love it so much!!! Serious best.
1. Screen Recording : Untuk Nanie, this is my ultimate happiness. Walaupun benda ni dah ada di Huawei P10 dan mungkin beberapa yang lain, Apple devices memang sangat perlukannya. Ia memudahkan tugas seharian escpecially yang dalam bidang editing, design etc. Nanie dah cuba beberapa kali search apps dalam AppStore, memang tak ada. Jadi bila dalam iOS11 ada, memang sesuatu yg sangat bagus!
Untuk mereka yang tak jumpa macam mana nak set Screen Recording di iPhone, ini Nanie berikan langkah-langkahnya. Senang je!
Setting > Control Centre > Customise Control > +Screen Recording > Done!
2. Control Centre : Control Centre pun berubah. Design yang lebih sleek di tambah dengan gaya yang mudah untuk swipe up and down buatkan ia kelihatan canggih sangat. Lepas tu, button mobile data di letakkan di control centre! What a bless! Bagi pengguna iPhone memang tahu sangat mobile data button biasanya leceh nak on/off. Tapi kali ni dah senang.
3. Screen Shot & Editing : iPhone memang meletakkan peranti mereka sebagai "The Best Smart Devices" sebab memberikan pelbagai kemudahan kepada pengguna mereka melakukan rutin harian terutama dari segi office. Jadi dengan adanya screenshot yang terus boleh di edit (sama seperti untuk iPad) ia memudahkan pengguna melakukan editing.
4. Camera & photo effect : Tak lupa jugak untuk camera & photo effect mereka. Live photo effects mereka boleh diedit malahan untuk depth effect pula ia turut boleh digunakan kepada app yang lain. Jadi, jangan risau pening-pening nak dapatkan effect yang power untuk potrait.
6. Apps Store Display : Yes, menu di Apps Store berubah sama sekali. Walaupun agak janggal, tapi lama-lama nanti ok lah. Ia tukar daripada swipe left right kepada swipe up and down for menu. Malahan font untuk keseluruhan App Store dan juga display berubah. Nampak lebih jelas, besar dan terang.
7. iMessage : iMessage pula diattached kan dengan apps yang ada contohnya kepada Google Maps, Music dan lain-lain. Makin mudah dan makin interaktif untuk gunakan iMessage kan :)
So, Nanie rasa buat mereka yang belum update iOS11, untuk update segera. Memang agak take time sebab kapasitinya besar dan melibatkan banyak pembaharuan. Namun Nanie boleh kategorikan ianya adalah sesuatu yang worth it dan memang best untuk dicuba serta diexplore.
Maklumat lanjut, korang boleh terus klik link ini : https://www.apple.com/ios/ios-11/
29 Inspirasi Dari Pembaca
bestnya, tak sabar nakupdate
ReplyDeleteJom cepat-cepat update! best. new experience! :)
DeleteKalau baru tukar biasanya agak janggal...lepas beberapa lama baru ok kan...for sure this is for iphone aje ye x?
ReplyDeleteyes akak ni untuk iphone je. hehehe. betul2 mula je janggal, kang dah terer okk je!
DeleteNampak lagi advance dari yang sebelum" ni
ReplyDeleteBetul! memang advanced and best :)
DeleteSaya tak pakai hp ios. Android je la. Yang penting cantik la ios ni...
ReplyDeleteHeheheh betul mmg cantik :)
DeleteAlamak kita ni pengguna Android tegar hehehehe boleh ker nak komen kat sini tapi serius makin canggih makin berat phone juga dibuatnya...
ReplyDeleteSo far, hp kita mmg space dia besar. pd kita antara sbb kita suka iphone, dia tak pernah hang walaupun gambar dalam fon je dah almost 20k :)
Deletekita takpakai iphone haha. bestnya dah ios11
ReplyDeleteHeheheh! mana tahu satu hari nanti :)
Deletemenarik..macam lagi cun..
ReplyDeleteAbsolutely! i like it so much
DeleteBelum updated lagi. Lepas baca ni tak sabar dah nak updated. Tq ;)
ReplyDeleteCepat cepat!!!
Deleteecha belum update lagiii. mcm best je :o
ReplyDeletegood to see this. But I don't have iphone shall tell my friend now.
ReplyDeleteWah nice info! Thanks for the manual
ReplyDeleteNice info sis, saya pun baru nak update . yang part screen rec tu, lama nau i cari cara dia , baru tahu hee
ReplyDeleteWow..kita buta bab2 ios ni...
ReplyDeleteMaklumlah duk pakai samseng je😅😅😅
ipad pun boleh jugak kan sebab iOS :) menarik!
ReplyDeletehaha yeah always prefer IOS even though its a little more pricey.
ReplyDeletebaru tahu pasal ni ..tq
ReplyDeleteuntuk pengguna ios memang baguslah untuk updet.. utk android, mampu tenung je..hehehe..
ReplyDeleteI kinda love the latest version of iOS ni. Especially screen recording. OMG!
ReplyDeleteIOS ni cam best. Nanti i check out kat outlet
ReplyDeleteBestnya. Tak pernah pakai handphone jenama iphone lagi. Teringin jugak ☺
ReplyDeleteKita rasa bahagia sangat dengan penambahbaikan ini. Seronok godek everything sampai nak habis bateri hahaha
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!