Wednesday, September 13, 2017

Pelancaran iPhone X Yang Memukau!

Assalamualaikum semua 

Bagi peminat Apple, malam tadi merupakan antara yang ditunggu-tunggu. Mula-mula Nanie cam excited gak nak tengok Live Preview iPhone 8, tapi memandangkan mata tak larat nak bukak, baik layan tidur je lah. Dan sebagaimana dijangka, iPhone 8 telah dilancarkan semalam. Ni baru lancarkan kat luar negara dulu. Malaysia belum masuk lagi ye. Namun apa yang menjadi highlight semalam bukannya iPhone8, tetapi iPhone X. 












Daripada apa yang Nanie baca dan Nanie faham, iPhone X menggunakan kaca untuk bahagian depan dan belakangnya sama seperti iPhone4 dulu. Screen pulak menggunakan Super Retina Display, 1125x 2436 OLED yang didatangkan daripada Samsung. Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah charge tanpa wire, dan Face Unlock ID yang mana menggunakan wajah kita untuk unlock. Kemain kan? 




Dari segi storage pula, sama macam iPhone 7 dan 7 Plus, didatangkan bermula 64GB sehingga 256GB. Pilihan warna untuk iPhone X adalah hanya dua warna iaitu Space Grey dan Silver. Tiada warna Gold. Untuk warna gold hanyalah bagi iPhone8 saja. Of courselah, part paling ditunggu adalah harga kan? Meh Nanie share harga dia berapa. Roughly, harga di Malaysia untuk iPhone X bermula pada harga lebih kurang RM4834 untuk 64GB. Gulp! 





Pandangan Nanie secara keseluruhan, iPhone X memang menggoda. Sebab kemasannya cantik. Tapi memikirkan ia adalah diperbuat daripada glass tu, macam kena consider semula. Yelah, tau-tau jelah kan kalau jenis ganas ke apa, memang payah nak menjaga. Lagi pulak untuk baiki screen kalau pecah pun mahal... kedua, Nanie macam tak gemar sangat charge tanpa wayar tu. Memang nampak wow, tapi macam agak menyusahkan lah. Bayangkan dalam kereta, time travel ke. Leceh kan? Sedangkan Nanie guna iPhone7+ yang earpiece guna bluetooth ni pun payah nak uruskan.

But, wait..... melihat semula kepada gaya orang Malaysia - walaupun harganya mahal yang amat... Nanie tahu iPhone tetapa da raving fan mereka sendiri. Percayalah kalau iPhone X dilancarkan November atau Januari nanti, confirm orang beratur panjang. Confirm orang menggila. Well, so typical Malaysians kan. 


Ke Nanie & korang sama macam tu? Hahahaha. Cukuplah iPhone7+ Nanie ada ni. Cuma kalau ada yang nak bagi hadiah apa salahnya kan? Rezeki jangan ditolak. Hehehehe. 



5 comments:

  1. So far xminat Iphone. hihi. Kat office mmg dah kecoh dengan Iphone X ni.

    ReplyDelete
  2. Benda macam ni memang bermusim

    Akan sentiasa keluar model baru

    penat kejar

    ReplyDelete
  3. Mampu tengok dari tepi je ipX ni hahah

    ReplyDelete
  4. cantiknya..tak pernah nak bli iphone

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork