Wednesday, September 6, 2017

THEFACESHOP YEHWADAM Pure Brightening Skincare Line Guna Formulasi Tradisional Korea Untuk Cerahkan Wajah!

Assalamualaikum semua


Jika sebelum ni, Nanie perkenalkan kepada korang semua mengenai YEHWADAM Revitalizing Anti-Aging Care (Klik Sini), kali ni THEFACESHOP ketengahkan YEHWADAM Pure Brightening Skincare Line pulak. Untuk skincare yang ini, ia lebih memfokuskan kepada pencerahan kulit supaya tampak cantik dan glowing. 





Sebelum Nanie cerita panjang-panjang, Nanie tetap nak korang kenal dan tahu dulu makna disebalik perkataan YEHWADAM tu. Supaya korang tahu manfaat dari produk ni. Ni di, Nanie belajar dari orang Korea sendiri. 

YEHWADAM 蘂花譚
YE (蘂): herbs & plants
HWA (花): flower
DAM (譚): story




Mengekalkan gaya tersendiri THEFACESHOP, dengan formulasi sumber semulajadi 
negara tersebut iaitu  Chil-baek-seol-yun-dan Complex’- ia menggunakan 7 herba tradisional Korea dalam mencerahkan kulit. Malahan, ekstrak bahan-bahan ini juga menggunakan kaedah 'baek-ja' iaitu satu kaedah tradisional Korea yang menyingkirkan segala toksik dari bahan tadi agar dapat memberikan kesan yang optimum kepada kulit.




Mesti ada yang nak tahu kan, apakah 7 bahan tradisional yang terkandung dalam YEHWADAM Pure Brightening Skincare Line ni? Yes, Nanie sendiri bila gunakan skincare, part ni memang Nani selidik habis-habisan.


No wonder lah dapat mencerahkan kulit. Antara bahan utamanya adalah serbuk mutiara & white ginseng. Kedua-duanya merupakan bahan yang telah terbukti secara saintifik dapat mencerahkan kulit tanpa sebarang kesan buruk. Begitu juga dengan bahan-bahan lain yang ternyata khasiatnya buatkan kulit cantik dan sihat. 




Bagi YEHWADAM Pure Brightening Line ni, terdapat 4 produk di bawahnya. Ia meliputi toner, serum, lotion dan cream. Kiranya memang lengkap untuk penjagaan sepanjang hari buat kulit wajah kita. Penjagaan yang lengkap akan buatkan kulit sihat dan semestinya melindungi kulit dengan baik dari pencemaran yang sangat banyak kat luar sana tu. 


Ok, now Nanie nak kenalkan range YEHWADAM Pure Brightening Skincare Line ni. Terdiri daripada toners, serum, lotion dan cream, skincare YEHWADAM Pure Brightening ni pada Nanie sangat konsisten. Teksturnya yang pekat tetapi mudah meresap dan tak berminyak buatkan kita selesa sangat bila guna. 

1. YEHWADAM Pure Brightening Toner - 155ml (RM149.90) 
  • Toner yang berperanan sebagai anti-penuaan ini menyah-kan kulit kusam. Disamping itu, ia membuatkan kulit jadi radiant dan glowing secara semulajadi.
  • Teksturnya ringan dan sangat mudah meresap. 
  • Main Ingredients • Chil-baek-seol-yun-dan Complex (7 traditional herbs for skin brightening) , Niacinamide untuk skin brightening dan Adenosine untuk anti-wrinkle 


2. YEHWADAM Pure Brightening Emulsion - 140ml (RM 149.90) 
  • Mencerahkan kulit dengan baik dan melembutkan kulit wajah. 
  • Dengan penggunaan yang berterusan, akan membuatkan kulit menjadi lembut, tegang dan mengurangkan kekusaman kulit.
  • Teskturnya pekat  dan hanya gunakan sedikit sahaja untuk mendapatkan hasil yang kita kehendaki


3. YEHWADAM Pure Brightening Serum - 45ml (RM 239.90) 
  • Memberikan kecerahan kepada kulit wajah dan menjadikan kulit semakin bersinar dan glowing dengan adanya ingredient serbuk mutiara.
  • Lembut dan sangat-sangat mudah meresap supaya dapat memperbaiki sel kulit di bahagian bawah kulit kita. 
  • Melembapkan kulit dengan baik kerana kandungan Lamellar didalamnya yang merupakan bahan seakan-akan struktur kulit agar dapat mengekalkan air dalam kulit kita. 



4. YEHWADAM Pure Brightening Cream - 50ml (RM 239.90) 

  • Untuk cream pula, teksturnya lembut dan tak berminyak. Memudahkan untuk digunakan tak kira siang atau malam. 
  • Memberikan perlindungan dan anti penuaan kepada kulit agar kekal sihat sentiasa. 
  • Malahan ia turut berikan kelembapan berpanjangan pada kulit. 







Personally untuk Nanie, memang THEFACESHOP YEHWADAM Pure Brightening Skincare Line agak mahal, namun dengan formulasi tradisional dan bahan-bahan bermutu tinggi yang digunakan sebagai bahan asas di dalamnya membuatkan Nanie fikirkan ia berbaloi. Selain tu, dari segi kuantiti dan ketahanan juga penting. Nanie rasakan sebotol boleh tahan sehingga 6-12 bulan! 



Untuk mereka yang nak tahu lebih lanjut mengenai THEFACESHOP & produk mereka, boleh klik link di bawah : 


THE FACE SHOP CORPORATE PAGE:

THE FACE SHOP ONLINE STORE:

THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE: 
       
THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE:


21 comments:

  1. Good info especially bab kaji selidik tu. Tak pernah dgr white ginseng sebelum ni. Macam best je produk ni walopun harganya boleh tahan! Kalau berkesan kita sanggup. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kalau nak beli produk, memang akan tengok bab ingredients semua awk. heeheh :) betul...kalau berbaloi boleh je spend duit kan!

      Delete
  2. wah bestnya. kalau produk dari korea selalunya semua memang deBoom kan 😁😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sebb korea banyak gunakan bahan semulajadi and its proven kan!

      Delete
  3. Wow..macam menarik je... Kat kluang dah ada ke ek the face shop ni? Ke bp je ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluang ada THEFACESHOP.... kat Kluang Mall.

      Delete
  4. Alahai...menarik la nanie...mahal tapi menang memakai takpe kot Nanie..akak suka serum...tp kena fikir gak nek beli satu set sekali harung...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak - kita pun peminat serum! best serum dia and worth it sbb dia botol besar. cuma kalau nak bawak jalan tu je lahhhh jenuh sikit. hehehehe

      Delete
  5. Awaaaaaaaaaakkkk..... Ploles nye kulit awak.. jeles jeles jelessss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah.... ada masa ada gak jerawat bulanan! heheheheeh :) btw, thank you for visiting me!

      Delete
  6. Panjangnya nama produk ni susah nak ingat hehehe tapi orang perempuan senang nak cari laki jer tak ada huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. cantik dia punya tekstur tu. harga pun boleh tahan. hehe

    ReplyDelete
  8. wow, your skin looks really pretty! might try it in the future next time

    ReplyDelete
  9. Bagusnya produk ni. Mahal tapi worth it. Nampak sangat keberkesanannya

    ReplyDelete
  10. ekslusiff nampak produk ni.. packaging yang menarik.Tekstur krim pun nampak lembut dan mudah meresap ke kulit tu

    ReplyDelete
  11. THE FACE SHOP NI TAK SEMUA PRODUK ADA DEKAT MALAYSIA KAN. TAPIIIIIIIIIIIII DIA PUNYA PACKAGING MACAM PRODUK YG NAMA SWALWHASOOO (AHHHH TAK INGAT EJAAN DIA,HAHA) HARGA DIA MAHAL JUGAKKAN NANIE ...TAPI SATU JE YANG ONIE SUKA BAB PRODUK NI, DIA PUNYA INGREDIENT HERBA...LIKE IT!

    P/S: WAKKKK,RINDU....BOLEH TAK SELIT KOMEN GINI :P

    ReplyDelete
  12. Patut la kulit dia cantik belaka... makin cantik la si Innanie sekarang nie...

    ReplyDelete
  13. bukan senang nak match product skin care dgn kulit wajah kita kan
    kekadang byk bahan2 xxx yg buat kukit rosak teruk.. bahan2 semulajadi
    sgt selamat digunakan.. sebut korean pasti ramai nak mencuba

    ReplyDelete
  14. dasat ingredient dalam tu.. semakin jelita la awok lepas ni..hehehee...
    produk2 mcm ni halal ke?? kdg risau nak guna sbb terwas was..huhuu..

    ReplyDelete
  15. Bestnya produk thefaceshop ni. Sebab bahan-bahan dia semulajadi kan. Rasa selamat kalau pakai ☺

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork