Cosmoprof Worldwide Bologna : Platform Terbaik Untuk Industri Kecantikan Intai Pasaran Eropah
1:47:00 PM
Assalamualaikum semua
Trend terhangat yang melanda industri bisnes di Malaysia hari ni adalah berkaitan perkembangan pesat produk-produk kecantikan dan kosmetik. Bukan sekadar mensasarkan pasaran local semata-mata, malahan ada produk yang berjaya mendapat tempat sehingga ke luar negara.
Baru-baru ni, Nanie berkesempatan menghadiri satu conference Cosmoprof Worldwide Bologna yang mana ia menjadi platform terbaik untuk anda yang mempunyai produk kecantikan dan kesihatan bagi menembusi pasaran Eropah. Sepanjang Nanie di conference tersebut, pelbagai input yang bagus Nanie dapatkan. Antara yang menarik perhatian Nanie adalah apabila kosmetik dan produk kecantikan dengan status HALAL mendapat sambutan yang memberangsangkan dari negara-negara luar.
Conference ini adalah yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur dan usaha ini merupakan usaha kolaborasi antara The Italian Trade Agency (ITA) dan Bologna Fiere And Cosmetic Italia dengan sokongan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Menjadi satu "pembukaan" bagi World's Biggest International Trade Show untuk bidang kecantikan, Cosmoprof Worldwide Bologna 2018 menjanjikan peluang perniagaan dan membawa trend kecantikan yang dinanti di peringkat global.
Pengalaman luas dalam bidang perniagaan kecantikan yang telah mencecah 50 tahun ini menjadikan Cosmoprof satu platform terbaik bagi para usahawan menjengah peluang yang lebih besar dalam pasaran ini dan membuatkan kredibiliti produk semakin diyakini. Menurut Mr. Mattia Miglio, Pengurus Pemasaran Antarabangsa bagi COSMOPROF, mereka melihat Malaysia dan negara-negara Asia sebagai satu "kolam emas" untuk dieksplorasi dengan lebih mendalam.
Cosmprof sentiasa menyediakan pelbagai saluran kemudahan dan inovasi dalam mengetengahkan dan menjadi leading untuk perusahaan kecantikan. Malahan dengan adanya platform sebegini, ia turut membuatkan dunia semakin celik mata dengan permintaan pasaran yang mula meningkat terhadap kosmetik halal, kosmetik selamat dan paling penting memberi manfaat kepada pengguna tanpa mengira kategori produk kerana Cosmoprof meliputi semua bidang kecantikan from head to toe.
Secara keseluruhan, Cosmoprof merupakan stage terbaik untuk para usahawan kosmetik dan kecantikan melebarkan sayap menembusi pasaran yang lebih luas di luar sana terutama pasaran Eropah yang kukuh, mantap dan memberi pulangan yang berhasil kepada peserta yang mengunjunginya.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik link ini : http://www.cosmoprof.com/
18 Inspirasi Dari Pembaca
Wow. Hebat la awak. Penting juga event macam ni untuk brand kecantikan berkembang lebih lagi.
ReplyDeleteBetul. bila ada event macam ni barulah kita tahu trend yang ada kat luar kan.
Deletebetul tu. sekarang sha kalau nak beli skincare or kosmetik msti nak cari yg selamat dan halal. sebab kalau guna yg kilo tu kang ada kesan -ve pulak kan
ReplyDeleteSetuju! halal dan selamat sgt penting supaya kita sendiri yakin kan.
DeleteWow...banyaknya cosmetics baru sekarang ni...macam2 theme ada ha...cosmoprof ni online shopping kan?khas utk barangan kecantikkan..
ReplyDeletecosmoprof adalah platform B2B kak... dia more to finding out the upcoming beauty trend.
DeleteMenariknya! Lagi pun kosmetik halal sememangnya pilihan kebanyakan wanita lagi2 kalau ibu nak pinjam makeup kita mesti dia tanya halal tak ni hahaha
ReplyDeleteyes!!! setuju. pasaran halal kosmetik di luar sana semakin mendapat sambutan!
DeleteBestnyer tengok uols berkumpul bersama. Dah lama tak jumpa uols semua - the beauty bloggers of Malaysia
ReplyDeleterindu kita ye!!! hehehehe nanti bila2 ada event sama boleh jumpa and chill-chill! :)
Deletebagus jugak ada program program macam ni untuk mengetengahkan bakat bakat para mekap dan usahawan kosmetik di malaysia supaya dorang dapat ilmu baru dan juga pendedahan yang baru tentang dunia kosmetik dan kecantikan ni.
ReplyDeletesetuju! beauty trend kat Malaysia dan kat luar sana perlu ikut sama. kalau tak kita pun tak tahu mcm mana pasaran luar kan
DeleteInteresting!
ReplyDeleteif someone wanted to Know More About Beauty Expo,
Can really exploring this CosmoProf!
Yes dear!! good to know that you're interested! :)
DeleteBagus program sebegini beri kesedaran kepada orang ramai untuk mencari produk yang diyakini dan selamat
ReplyDeletepengasas produk wajib rebut peluang ni kan. Bagus ada program macam ni untuk lebarkan bisnes.
ReplyDeletemenarik..banyak produk kecantikan yang kita dapat tau kalau ada event macam ni
ReplyDeleteThis is great! I have visited Cosmoprof in Hong Kong before but not in Bologna yet. Would like to check out the exhibitors too.
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!